3 kriteria yang anda perlu ada jika mahu berjaya menjadi seorang boss yang baik


Artikel ni nak cerita pasal boss.

Sebagaimana setiap gunung ada puncak, begitu juga setiap organisasi ada boss. Jika diberi pilihan antara menjadi boss atau orang bawah, tentu lebih ramai yang pilih untuk jadi boss. 

Tapi, agak pelik juga kan?

Kenapa setiap kali ada mesyuarat perlantikan boss dalam organisasi sukarela, lebih kerap berlaku orang tolak untuk jadi boss?

Bukankah jadi boss tu ada banyak kelebihannya?

Biasanya, orang ramai mahu kelebihan dan kuasa yang ada pada boss. Tapi tak mahu ambil tanggung jawab yang perlu dipikul oleh seorang boss. 

Jika ada orang bawah yang tak puas hati dengan boss yang dirasakan tak buat apa-apa kerjapun, biasanya dia secara sedar atau tidak, sakit hati kepada kelebihan yang ada pada boss tanpa fikirkan tanggung jawab yang boss perlu pikul. Itu biasanya berlaku dalam dunia makan gaji.

Boss dalam dunia makan gaji tak sama dengan boss dalam dunia perniagaan. Bagi boss yang makan gaji, dia sentiasa ada orang lain di atasnya lagi sebagai boss. Tugas utamanya adalah untuk gembirakan boss di atas itu terlebih dahulu. Sebab kalau yang ata stak gembira, dia terpaksa pergi cari kerja tempat lain.

Atau untuk lebih selamat, dia boleh berniaga. Jadi boss kepada dirinya sendiri. Begitulah orang anggap bila berniaga. Tak ada lagi sesiapa yang akan beri arahan padanya. Tak perlu gembirakan sesiapa lagi di atas.

Namun begitu, bila anda berniaga, masih tetap ada boss juga di atas. Boss kepada seorang usahawan ialah para pelanggannya. Kalau pelanggan tak gembira, bukan saja boss yang kena buang kerja, malah habis satu syarikat akan kena buang kerja.

Cuma kelebihan berniaga adalah anda tak perlu gembirakan semua orang. Tapi masih tetap selamat seandainya ada sekelompok pelanggan yang gembira terhadap perniagaan anda, mencukupi untuk membolehkan syarikat hidup.

Apapun, samada anda mahu berniaga, jadi usahawan atau jadi pekerja yang berkhidmat pada majikan, semuanya tidak menjadi masalah, asalkan anda melakukan yang terbaik dan beramanah dalam menunaikan tanggung jawab.

Apa juga yang dilakukan, pastikan anda berusaha menjadi yang terbaik. Jika jadi boss, jadi boss yang terbaik. Jika jadi tukang sapu sampah, jadilah seorang tukang sapu sampah yang terbaik.

3 kriteria boss yang berjaya 

Untuk menjadi Boss yang berjaya, anda perlu ada 3 kriteria berikut.

1. Bercita-cita tinggi

Hidup akan menjadi tidak bermakna bila anda tidak punya cita-cita. Dengan adanya cita-cita maka timbullah perjuangan. Seperti kata Buya Hamka yang pernah saya baca, katanya.

"orang yang tiada perjuangan, hidupnya seumpama mati".

Oleh itu pra-syarat untuk berjaya samada sebagai seorang usahawan maupun makan gaji, anda mestilah mempunyai sesuatu yang disasarkan. Dan alang-alang buat sasaran biarlah tinggi dan logik untuk dicapai.

Ada 2 pemikiran dalam meletakkan sasaran. Yang pertama cadangkan agar anda rendahkan sasaran supaya ia mudah dicapai. Ini dapat mengelakkan berlakunya rasa kecewa seandainya tidak tercapai sasaran tersebut

Satu lagi pemikiran pula suruh letakkan sasaran yang paling tinggi yang mampu secara realistiknya untuk anda capai. Ini akan menolak anda menjadi orang yang lebih bagus berbanding dari kebanyakan orang. Risikonya adalah apabila semua sasaran diletakkan tinggi, kemungkinan untuk tidak berjaya mencapainya adalah jauh lebih banyak. Anda pasti akan hadapi banyak rasa kecewa.

Saya memilih untuk meletakkan sasaran yang tinggi. Tapi dengan pegangan bahawa sasaran hanyalah kompas arah terhadap semua perjalanan kerja dan usaha anda. Tak dapat capai sasaran pun tak ada masalah. Tapi perjalanan mesti ke arah itu.

2. Hidup ringkas

Untuk menjalani budaya hidup ringkas, anda perlu berusaha melapangkan kehidupan agar banyak masa. Untuk itu, anda terpaksa meninggalkan perkara-perkara remeh yang tidak memberikan kesan besar terhadap kehidupan.

Masa yang dilapangkan itu dapat dipenuhi dengan aktiviti mengasah pemikiran dan menajamkan akal.

Dengan sikap begitu, anda akan merasa lebih mudah untuk melepaskan tanggung jawab kerja kepada orang bawah yang dipercayai. Susun sebanyak mungkin kerja pada orang bawah supaya mereka menjadi lebih cekap dengan tugasan yang diamanahkan kepada mereka. Masa anda akan menjadi lebih lapang.

3. Bijak mempengaruhi orang

Jika ada satu saja keupayaan yang diperlukan untuk jadi seorang boss, sudah tentu ia adalah keupayaan mempengaruhi orang lain.

Tak payah buang masa lantik diri jadi boss jika apa saja arahan, apa saja keputusan yang anda buat tak ada orang yang mahu laksanakan. Anda hanya syok sendiri dan akhirnya kena buat sendiri. Itu bukan boss namanya. 

Kita perlu mempengaruhi orang lain dengan bijak. Melihat siapa, di mana, keadaan, semasa dan mengenal pasti cara terbaik untuk pastikan orang ikut keputusan dan laksanakannya dengan baik adalah rahsia seorang boss yang cekap.

Ada masanya anda kena lembut, ada masa kena keras, ada masa kena kalah dan ada masa kena menang. Buatlah apa saja asalkan orang ikut dan laksanakan arah dan segala keputusan anda.

4. Buat keputusan baik

Jika semua di atas sudah berjaya anda bina, maka ini satu-satunya yang akan menentukan samada anda jadi seorang boss yang baik atau yang buruk.

Jika anda pandai buat keptusan baik, maka jadilah anda seorang boss yang baik. Sebaliknya anda sentiasa buat keputusan yang buruk, maka jadilah anda seorang boss yang buruk.

Jika anda buat keptusan jahat, maka jadlha anda seorang boss yang jahat.

Orang bawah, hanya aikut saj arahan anda sebab kepandaian yang saya sebutkan di atas tadi. Sama buruk atau baik, kerja dan keputusan pasti terlaksana.

Sebab itu bahaya jika anda ada keupayaan mempengaruhi orang tetapi jahat!

Bijak dan malas

Dengan semua kombinasi dia atas tadi, akan sentiasa berfikir macam mana nak berjaya melaksanakan sesuatu tugas dengan cara yang lebih mudah, ringkas dan berkualiti, tanpa anda sendiri perlu melakukannya.

Jika anda perhatikan, seorang yang malas, bijak serta punya cita-cita tinggi, biasanya sangat sesuai untuk diletakkan sebagai ketua paling tinggi dalam organisasi anda.

Malas di sini bermaksud mahu hidup lapang dan hanya memberi tumpuan pada kerja-kerja yang bermakna dan memberikan impak sahaja.

Tidak guna jika seorang boss itu terlalu rajin sebab dia akan buat kerja remeh temeh seperti sapu sampah dan mencuci longkang di depan pejabat. Dia akan sinsing lengan buat sendiri selesaikannya setiap kali ada benda tak kena. Itu semua langsung tidak membantu perkembangan syarikat.

Boss yang berjaya biasanya merupakan seorang yang bijak tetapi pemalas. Tapi malas secara terancang. Dengan adanya sikap mahu hidup lapang, anda akan mula melihat keperluan untuk menyerahkan tugasan pada orang bawahan.

Pastikan orang bawah melaksanakan tugasnya dengan baik sebagaimana yang dikehendaki dengan mencari jalan terbaik mendidik sehingga mereka faham dan cekap. Dengan itu anda berjaya membina satu lagi pelapis pengurus untuk menguruskan syarikat.

Post a Comment

Previous Post Next Post