Cara tentukan harga produk dalam perniagaan untuk anda yang baru belajar berniaga - Penulis Jemputan


Kebanyakan mereka yang baru berniaga kurang arif bagaimana untuk menetapkan harga kos produk. Dari harga pembekal, operasi, pemasaran sehingga ke harga akhir yang sesuai untuk di jual pada pembeli.

Berapakah sepatutnya harga yang perlu di ‘markup’ dan berapa keuntungan ‘profit’ barangan yang anda jual?

Adakah anda sebagai peniaga, benar-benar tahu apa yang dibuat dan dijual?

Ada peniaga yang gagal untuk melakukan kira-kira dan akhirnya mereka mengalami kerugian setiap bulan. 

Saya harap itu tak berlaku pada anda yang membaca ni.

Peniaga yang sebegitu, produknya habis. Angka jualan keseluruhan nampak sangat bagus. Tetapi pada penghujung, tutup buku kira-kira tetap rugi juga.

Kenapa jadi macam itu?

Kira markup dan profit margin

Bagaimana cara untuk mengira Markup Margin dan Profit Margin?

Bunyi seakan sama tetapi mempunyai maksud yang berlainan.

Kepada peniaga yang melakukan ‘trading’ iaitu ambil dari pembekal dan terus jual kepada orang ketiga pengiraannya agak mudah.

Tetapi kepada peniaga yang membuat berasas dari bahan mentah contohnya kedai roti, pengiraan akhir kos agak sukar sedikit.

Tapi cara pengiraan tersebut semuanya adalah mudah. Tidak perlu kalkulus atau algebra untuk selesaikannya.

Trading – Perdagangan

Adalah urusan beli dan jual. Saya membeli dari pembekal A dan menjual semula kepada pelanggan B.

Saya membeli dari pembekal A secara pukal dan menjual semula kepada pelanggan B secara runcit.

Harga yang saya dapat adalah jauh lebih murah dari harga mereka yang beli secara runcit.

Contohnya:-

Beli dari pembekal – RM10.00

Jual kepada pelanggan – RM13.00

Saya mendapat keuntungan dari urus niaga di atas sebanyak RM3.00

Soalan:-

Berapa Markup Margin saya?

Berapa Profit Margin saya?

Beli RM10.00
Jual RM13.00

Untung RM3.00

Mark-up Margin?
Profit Margin?

Perbezaan di antara Markup Margin dan Profit Margin

RM10.00 + 30% = RM13.00

Markup Margin dengan mudah kita hanya menambah peratus kepada harga belian dari pembekal dan di sini kebanyakan peniaga membuat kesilapan dengan menambah 30% ianya sudah di anggap keuntungan sebanyak 30%.

Nota: Cuba lihat bahawa markup adalah keuntungan yang diambil berdasarkan kos atau harga belian barang.

www.bisneskecil.com

Mari kita lihat bagaimana Profit Margin pula di kira

RM3.00/RM13.00 x 100 = 23%

Kesilapan Yang Di Buat

Macam mana boleh dapat 23% sahaja sedangkan saya menambah 30% dari harga belian asal?

Di sini kebanyakan peniaga membuat kesilapan yang mana keuntungan sebenar adalah 23% bukan 30%.

Nota: Cuba lihat di sini, profit adalah peratusan yang dikira berdasarkan harga jualan produk tersebut. Bukan berdasarkan harga atau kos belian barang seperti dalam kes Markup di atas tadi.

Apabila percaturan ini silap. Pada penghujung kira-kira syarikat di dapati syarikat anda terlebih berbelanja dan mengalami kerugian.

Markup Margin boleh di tambah berapa peratus atau ribuan peratus.

Jadi kita sebagai usahawan kena bijak membuat percaturan supaya tidak terlebih berbelanja dengan keuntungan yang di dapati.

Jika Profit Margin hanya 23% berbelanja sekadar 15% termasuk kos utiliti, gaji dan bermacam lagi bukan berbelanja sebanyak 30% dan oleh sebab itu perniagaan anda rugi setiap masa kerana perlu menambah modal untuk kos operasi.

Markup Margin boleh di tambah terus mengikut kesesuaian perniagaan sama ada puluhan, ratusan, ribuan anda kira sendiri.

Profit Margin jumlahnya adalah kurang dari 100% dan jika anda tidak percaya sila buat kira-kira.

Jadi dari kes di di atas bagaimana kita nak maintain keuntungan 30% (profit margin) dan berapakah ‘markup margin’ yang di perlukan?

Mark Up Margin

RM10.00 + 43% = RM14.30

Profit Margin

RM4.30/RM14.30 x 100 = 30%

Perhatian! – Jadi Markup Margin adalah 43% baru dapat Profit Margin 30%.

Segala pengiraan Markup Margin dan Profit Margin di atas adalah berdasarkan pengiraan kos yang telah di ambil kira.

Contohnya Ahmad berniaga di permis yang mungkin sewanya murah dan mempunyai pekerja hanya beberapa orang sudah tentu harga jualannya juga murah berbanding Ali yang mempunyai permis di tengah bandar dan sewanya 2 kali ganda dari permis Ahmad dan pekerja Ali juga lebih ramai dari Ahmad.

Sudah pasti harga Ali lebih mahal sedikit dari harga Ahmad.

Kegunaan gross profit margin

Sebab itu kita sebagai pembeli harus menilai segala aspek sebelum kita menilai pemilik perniagaan tersebut.

30% akan digunakan untuk :-

  1. Syarikat
  2. Bil-bil
  3. Sewa
  4. Gaji
  5. Cukai
  6. Pinjaman
  7. Kos Pemasaran
  8. Kos-kos lain

Ini contoh penolakan yang harus di lakukan setiap bulan.

‘Keuntungan Syarikat’ pula adalah simpanan syarikat untuk di gunakan apabila anda ingin membesarkan perniagaan (business expand).

Contoh di atas adalah kos-kos nyata yang perlu ada untuk menajalankan operasi perniagaan.

Jangan lupa untuk masukkan kos pemasaran dan pengangkutan juga.

Kos-kos pengangkutan adalah termasuk petrol dan segala baik pulih sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan anda.

Formula Mudah profit margin

Saya ada satu lagi formula pengiraaan yang mudah bagi seorang peniaga mempunyai matlamat untuk mencapai jualan bulanan dengan profit margin yang telah di tetapkan.

Target Profit Margin = 30%

Kos Operasi = RM4,000

RM4,000 / 30% = RM13,333

Jadinya anda perlu membuat jualan setiap bulan sebanyak RM13,333.00 untuk menampung kos operasi perniagaan anda.

Lagi kurang Profit Margin semakin banyak jualan kasar yang di perlukan dan semakin tinggi Profit Margin semakin sedikit jualan kasar yang di perlukan.

Lagi banyak profit yang di ambil semakin berkurangan jualan kasar yang harus di perolehi.

Semoga pengiraan Markup Margin dan Profit Margin memudahkan anda mengira semula keuntungan syarikat sebelum anda terus mengalami kerugian.

Sekiranya penulisan ini bermanfaat sila kongsi dengan sahabat-sahabat anda yang berniaga semoga ada keberkatan kita bersama.

Nota:

Cara Penetapan Harga khas untuk yang baru berniaga ini adalah sumbangan dari En Azad Jasmi. Untuk sebarang maklumat latihan, Business Coaching atau Pembangunan Prestasi Perniagaan boleh hubungi Azad Jasmi di azadjasmi@yahoo.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post