Tuesday, May 21, 2013

Biasakan diri buat analisa untuk berjaya

Ramai di kalangan usahawan sekerat jalan yang saya pernah bersembang meletakkan faktor kegagalan mereka pada ketidak upayaan diri.

Mereka rasa tidak berbakat dan tidak mampu untuk berjaya seperti orang lain dalam sesuatu perniagaan kerana punyai banyak kekurangan.

Orang lain yang berjaya dirasakan bernasib baik dan memang dilahirkan untuk berjaya. Jesteru itu jalan penyelesaian yang mereka ambil adalah beralih arah dan mencuba perniagaan lain pula.

Bagi yang terus putus asa, akan beralih makan gaji dan terus memadamkan hasrat berniaga daripada buku catitan mereka.

Monday, May 20, 2013

3 sebab orang jadi usahawan

Mungkin ramai menyangka duit merupakan sebab utama yang membuatkan orang berhenti kerja makan gaji dan berniaga.

Tetapi bancian yang dijalankan terhadap 1,700 taukeh mendapati bahawa duit bukanlah faktor utama atau yang paling penting.

Berikut 3 faktor utama orang jadi usahawan:
  1. Kebebasan mengejar peluang baru - Peluang yang terbukan luas apabila terjun jadi usahawan merupakan faktor yang cukup penting untuk seseorang terjun menjadi usahawan.
    • Sudah tentu mereka yang terjun berniaga terlebih dulu nampak peluang di hadapan lalu terus terjun untuk mendapatkannya. Kalau terus terjun dengan harapan akan bertemu peluang alamat nak cari nahas le tu.
    • Biasanya peluang pertama yang dilihat kemudiannya direbut akan disusuli pula dengan peluang-peluang lain yang baru. Ini perkara biasa apabila kita menjadi usahawan yang kerjanya mencari peluang. Apabila kita mencari, maka mudahlah untuk nampak.

Sunday, May 19, 2013

Peluang sewa pejabat teramat murah !!!


Jika anda seorang usahawan yang baru mula bertapak.

Jika selama ini hanya beroperasi di rumah kerana masih tak mampu mengadakan pejabat sendiri.

Dan kini anda rasa perlu sebuah ruang untuk dijadikan pejabat kerana suasana rumah yang tidak lagi kondusif untuk dijadikan pejabat.

Tetapi kadar sewaan sebuah pejabat terlalu mahal dan masih belum ada kemampuan untuk menyewa.

Anda dambakan sebuah pejabat yang lengkap dengan harga yang murah....

Ruang pejabat untuk disewa