3 langkah utama yang perlu ada untuk perbaiki bisnes kecil anda tahun demi tahun


Salah satu perkara penting yang setiap pemilik bisnes kecil ada, adalah mahu tingkatkan keupayaan bisnes yang dia jalankan.

Saya pun macam tu.

Saya yakin anda juga begitu.

Siapa yang tak mahu tingkatkan prestasi bisnesnya sendiri kan?

Setiap tahun azam yang sama dibuat.

Sebab apa jadi macam tu?

Sebab nak tingkatkan prestasi bisnes bukan kerja mudah. Bukan semudah beli nombor ekor dan tunggu tengok nombor tu naik atau tak.

Kalau nak mudah pergi la main nombor ekor atau beli tiket loteri.

Tapi jika anda bersedia untuk pulun kerja kuat, bersedia sabar, anda akan dapat lihat hasil yang mengejutkan selepas setahun atau mungkin kurang dari itu.

3 perkara perlu ada untuk perbaiki bisnes

Untuk usaha jadikan bisnes anda sedang-sedang saja tak berapa susah sangat.

Yang susahnya adalah untuk jadikan bisnes melebihi tahap purata. Lebih baik dari pesaing.

Anda perlu berikan tumpuan kepada 3 perkara berikut kalau mahu bisnes berkembang dengan cemerlang.

1. Buat kerja - Kerja kuat

Ya! kena buat kerja bersungguh-sungguh.

Tak boleh harap ada perubahan dengan duduk santai-santai, enjoy sana sini dan biarkan semua berlaku dengan sendiri.

Taukeh tak boleh buat kerja bila mood bagus dan hilang bila tak ada mood. Itu bukan caranya.

Perlu buat banyak perubahan kecil-kecil dan perubahan besar juga perlu dirancang dari semua perubahan kecil tersebut.

Perlu konsisten berdisiplin.

Apa yang perlu dibuat perlu pastikan berlaku. Tak ada pilihan lain.

Kat situ cabaran yang sering dihadapi oleh peniaga. Memang banyak nak buat, tahu semuanya kena  buat. Tapi siapa nak rotan taukeh kalau semua tu tak dibuat?

Tak ada sesiapa selain taukeh itu sendiri.

Sebab itu mereka yang berjaya ada mentor.

Ada yang tambah lagi dengan mencari seorang coach. Sanggup bayar.

Semua itu dilakukan supaya ada orang yang boleh pantau, sokong, berikan galakan, berikan tekanan supaya apa yang perlu dibuat, dibuat.

2. Strategi yang berkesan - Kerja bijak

Kalau bab buat kerja dah selesai, perlu pastikan bab no 2 ni pula.

Perlu buat kerja kuat pada perkara yang berkesan. Hanya strategi yang berkesan, mampu berjaya saja yang buatkan segala usaha kerja kuat itu tidak jadi sia-sia.

Pulun berusaha buat sesuatu tanpa fikirkan terlebih dahulu samada kerja itu bakal membantu anda mencapai matlamat atau tidak adalah satu usaha yang sia-sia.

Perkara utama dalam bab strategi ini adalah dalam bab di mana tumpuan buat kerja diberikan. 

Pastikan anda giatkan usaha pada kerja yang paling menguntungkan bisnes dan ada potensi untuk pergi lebih jauh. 

Kena tahu sudut mana yang paling berharga dalam bisnes anda tu, zoom semua usaha kat situ.

Sudut mana yang tidak memberikan keuntungan, hentikan letakkan keutamaan dan usaha dari situ.

Sekali anda betulkan bisnes model ke arah yang paling menguntungkan dan berdaya maju, semua usaha akan jadi sangat berbaloi.

Strategi tu perlu tengok sekali saja. Kaji dan buat keputusan dari semua maklumat, sejarah dan pegalaman lalu. Betulkan model bisnes tu dan mula kerja kuat.

Selepas itu anda perlu lihat perkara terakhir di bawah ..

3. Kuasai kemahiran yang betul - Cara Kerja

Strategi dah betul.

Kerja berjalan konsisten dan berdisiplin.

Perlu ada usaha tingkatkan tahap kemahiran. Paling penting lagi, tingkatkan kemahiran terhadap urusan yang betul.

Mahir pada perkara yang tidak membantu anda melaksanakan kerja dengan bagus tidak membantu.

Kalau perlu buat iklan untuk tambah jualan secara konsisten, maka kemahiran untuk buat iklan perlulah dikuasai.

Kemudian dipertingkatkan dari masa ke masa.

Tak tahu perlu cari guru untuk belajar. 

Kalau ada staff, perlu hantar mereka pergi belajar dan asah kemahiran tu sampai tajam. Sampai memberikan kesan maksimum.

Kerja kuat ----> Strategi yang betul ----> Tingkat Kemahiran

Gabungan 3 perkara utama di atas, insyaalah akan mampu melonjakkan bisnes anda. Sama-sama lah kita berusaha untk jadikan bisnes ke tahap yang lebih cemerlang tahun demi tahun, Insyaallah!

Post a Comment

Previous Post Next Post