20 aktiviti relaks untuk menjana idea kreatif bagi selesaikan masalah kerja dan hidup anda


Masalah dalam hidup perkara biasa.

Kebanyakan masalah yang anda hadapi dalam kehidupan seharian, biasanya diselesaikan secara spontan saja.

Spontan, sebab dah ada banyak pengalaman. Dah biasa alami situasi yang sama lebih dari sekali.

Jadi dah boleh jangka setiap pergerakan.

Kalau berlaku A, buat B. Kalau tak boleh buat B, buat C dan begitulah seterusnya. Algorithm dia dah terbentuk kemas. Semuanya masalah rutin tu berlaku tanpa perlukan sebarang idea kreatif untuk diselesaikan.

Tapi, bagaimana jika berlaku masalah baru?

Masalah yang luar biasa. Yang anda tak pernah hadapi lagi macam itu sebelum ini.

Bila berlaku macam tu, nak buat macam mana?

Cari kawan bantu selesai masalah

Idea utamanya atau keyword kat sini adalah "pengalaman"

Masalah diselesaikan dengan mudah bila dah pernah ada pengalaman.

Kalau anda sendiri tak ada pengalaman. Carilah kawan atau kenalan yang ada pengalaman.

Itu antara tujuan penting kenapa perlu kekalkan perhubungan sesama kawan. Boleh kongsi pengalaman masing-masing. Perhubungan sebegitu dapat membentuk satu gabungan, himpunan pengalaman yang sangat besar.

Kalau kawan tak ada. Anda boleh cuba cari maklumat dalam buku.

Atau dalam dunia internet sekarang, Google saja. Boleh dikatakan apa saja yang anda nak tahu akan dapat jawapan bila anda google.

Idea kreatif selesai masalah

Kalau semua yang disebut di atas tadi dah buat. Cari kawan, baca buku dan google. Tapi masih tak puas hati. Masalah anda masih tetap dirasakan unik.

Atau mungkin anda jumpa panduan dari orang lain. Tapi tak suka cara tersebut. Masih nak selesaikan dengan cara tersendiri.

Maka anda perlukan satu idea kreatif.

Kena gunakan keupayaan diri sendiri untuk merangka jalan keluar secara kreatif.

Untuk menjana idea yang kreatif, anda perlu tahu rahsia ni ...

Idea kreatif ni seumpama makhluk yang sangat jual mahal. Lagi anda perah otak cuba keluarkannya, lagi dia masuk menyorok ke dalam tak mahu keluar.

Satu saja cara untuk biarkan idea kreatif itu keluar sendiri.

Jangan paksa dia keluar.

Jangan cuba nak mengorat dia.

Anda sendiri buat jual mahal.

Maksudnya anda perlu berada dalam keadaan relaks dan bersahaja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

20 aktiviti relaks jana idea kreatif

Ada banyak cara untuk anda relaks.

Saya kongsikan kat sini 20 cara yang boleh dicuba, setiap kali anda perlukan idea kreatif untuk selesaikan masalah.

1. Keluar jalan lihat alam semula jadi

Tinggalkan saja semua urusan. Pakai kasut dan keluar dari rumah atau pejabat. Pergi cari tempat yang damai.

Anda boleh pergi jalan tepi sungai. Atau tepi pantai. Atau sekeliling tasik. Boleh juga masuk hutan atau taman yang penuh pokok besar. Ikut denai yang redup sambil jalan-jalan tenangkan fikiran.

Ikut tempat mana yang berdekatan dengan anda.

2. Buat senaman berat

Ini pun boleh jana idea kreatif juga. Pergi gym kalau anda ada subscribe mana-mana pusat senaman berbayar.

Kalau tak ada, pakai kasut jogging dan pergi lari 5 atau 6 kilometer. Cari taman permainan yang ada binaan senaman berat.

Mendagu ikut kemampuan anda selama ini. Buat 3 set. Kalau tak mampu mendagu, genggam tangan pada palang besi tu dan biarkan tergantung paling lama yang mampu. Ulang 3 set juga.

Buat ketuk ketampi. Buat tekan tubi dan seumpamanya. Tet berderau peluh mercik.

3. Tulis apa saja yang lintas

Kalau malas nak keluar, boleh cuba cara ini. Tulislah apa saja yang terlintas dalam kepala anda tu. 

Apa-apa saja. Tulis dan tulis.

Sediakan kertas kosong dan pen sambil main permainan tulis apa saja tu. Terdetik saja di pikiran, tulis. Dengar saja bisikan dalam kepala tu, tulis. Sampai fikiran anda sendiri jadi malu rasa nak menyorok tak mahu anda sedar apa yang dia sedang pikir! 

4. Guna pen dan kertas

Ini advance sikit dari yang atas.

Tutup komputer. Tutup smart phone.

Ambil pen dan kertas dan buat karangan. Pilih apa saja tajuk yang anda suka. Yang dapat berikan rasa tenang dan damai.

Contohnya, karangan bertajuk wanita yang aku idamkan sebagai isteri. Buat cerita terperinci pasal wanita itu. Macam mana agak nya .. 

Mula tulis sampai habis karangan tu.

5. Libatkan diri dengan kerja

Katakan anda ada masalah sales sangat perlahan masuk. Anda perlukan idea kreatif untuk jana cara buat sales yang baru.

Tak perlu fikirkan apa-apa idea. Pergi buat sendiri dari A sampai Z aktiviti sales. Keluar ke mana-mana tempat dan sasarkan satu orang yang anda boleh mula proses pemasaran dan seterusnya jualan.

Atau anda nak cuba buat pembaharuan terhadap produk anda yang bermasalah. Pergi ambil produk tu dan gunakan. Jadi pengguna produk yang anda jual tu seolah-olah anda adalah pembeli. Rasai pengalamannya.

6. Bantu selesai masalah orang

Ini hanya perlukan imaginasi sahaja.

Bayangkan kawan baik anda Ahmad, datang. Anda dah kenal lama dan baik dengan dia.

Dia tanya masalah yang sama pada anda.

Dalam keadaan membayangkan Ahmad ada di depan, cuba fikirkan apa agaknya yang anda akan berikan nasihat padanya.

7. Buat senaman pernafasan

Tahukah anda cara bernafas yang betul?

Tahu tak macam mana bayi bernafas?

Kalau tak tahu pergi cara maklumat. Bila dah tahu, cuba amalkan. Buat 10 ke 20 minit teknik pernafasan cara bayi tu.

Cara bernafas betul adalah tarik nafas melalui perut. Masa tarik nafas, perut anda kembung keluar. Masa lepaskan nafas, perut akan kempis.

8. Belek buku seni

Pergi buka mana-mana buku pasal seni. Tak kisah seni lukisan, seni mewarna atau apa saja.

Biasanya buku seni kualitinya sangat baik. Kertas tebal dan warna serta susunannya juga sangat berseni.

Buka dan layan buku seni tu. Cuba fahami. Buat tafsiran. Nikmati keindahan dan keunikan segala perinciannya.

9. Baca sajak

Kalau ada koleksi buku sajak, anda boleh gunakannya bila nak relaks dan jana idea kreatif.

Buka dan baca sajak yang ada satu persatu dan cuba menghayatinya. 

Contohnya, sajak yang ditulis oleh 'Rumi' sangat indah yang luar biasa. Cuba cari dan baca.

10. Baca kata-kata hikmat bijak pandai

Ada banyak kalau anda buat carian kat google. Cuba cari kata-kata hikmat Stoic umpamanya. 

Atau cari petikan kata-kata ulamak terkenal. Baca dan fikirkan serta hayatinya. 

Kalau nak berat lagi pemikiran, cuba baca buku Al-Hikam karya Ibnu Atha'illah Al Iskandari.

Tulisan berat bukan untuk anda beratkan diri. Hanya untuk layan membaca sambil berfikir tanpa sebarang tekanan.

11. Baca kisah hidup orang

Kalau ada buku memoir seseorang, buka dan baca.

Kalau tak ada buku, buka blog atau google kisah hidup sesiapa saja yang anda rasakan menarik.

12. Buat skrip cerita

Katakan anda nak hantar skrip drama ke TV3.

Jadikan masalah anda sebagai tajuk utamanya dan tulis skrip antara dua pelakon yang akan melakonkan cerita tersebut. Berkisar tentang masalah yang sedang anda hadapi itu.

13. Renung luar tingkap

Pergi cari tingkap yang anda boleh mendagu kat situ. Buka tingkap tu. Pandang ke luar dan tak payah nak fikir apa-apa.Cuma renung ke ruang luar di luar tu dalam keadaan kosong.

14. Jumpa kawan

Pergi keluar dan jumpa kawan. Jangan ramai-ramai. Jumpa seorang saja. Ajak dia mengeteh. Masa melepak tu tanya dia kalau dia ada masalah sekian dan sekian, apa yang dia fikirkan.

Bukan macam mana dia selesaikan. Cuma tanya apa yang dia fikirkan atau tafsirkan. itu saja.

15. Bayangkan masalah itu tiada

Cuba bayangkan kalau masalah itu tak wujud. Apa agaknya masalah lain yang boleh berlaku selain dari masalah tersebut.

16. Buku bagaimana selesaikan masalah

Baca buku atau blog berkenaan masalah yang orang hadapi. Apa saja masalah dan baca bagaimana dia selesaikan masalah tu.

17. Baca novel kreatif

Pergi MPH atau Borders atau Popular, bahagian novel kreatif tulisan penulis terkenal. Duduk bersila dan buka baca satu buku sampai habis.

18. Duduk tempat sunyi

Pergi cari taman yang tak ada orang dan jauh dari jalan raya. Cari satu kerusi dan duduk dengan tenang.

Pejam mata dan dengar bunyi apa yang anda bleh dengar satu persatu.

19. Keluar dari pejabat

Kalau anda duduk kat pejabat, pergi keluar. Bawa semua kerja anda dan buat kat luar di tempat lain.

20. Pergi dapur masak

Pergi balik rumah, ke dapur. Cari buku resepi, pilih masakan yang anda tengok terliur nak makan.

Baca semua bahan yang diperlukan. Pergi cari satu persatu. Buat persediaan dan seterusnya buat masakan tu sampai siap dan makan.

Boleh cuba idea sendiri

Saya dah buat 20 aktivi yang sempat terfikir.

Anda tentu punya idea menarik tersendiri yang tak ada dalam senarai atas tu. Bolehlah kongsikan kat bawah ni kat kawan-kawan lain yang nak cuba.

Yang pentingnya aktiviti relaks dan anda tak pernah buat sebelum ini. Bayangkan saja. tentu seronok dan mampu cetuskan kreativiti dalam saraf minda.

Post a Comment

Previous Post Next Post