Artikel kali ini nak kongsikan berkenaan 23 karakter yang ada pada kawan-kawan usahawan yang berjaya pergi jauh dalam dunia keusahawanan mereka.
Saya yakin perangai sama ada pada orang yang bukan usahawan yang berjaya dalam dunia kerjaya atau apa saja yang mereka usahakan dalam hidup.
Jika anda nak cari kawan, pastikan karakter yang saya kongsikan di sini ada padanya. Agar anda juga turut sama bina karanter yang sama dan berjaya dalam hidup.
Sejak mula buat keputusan untuk sara hidup dengan berniaga, saya berikan tumpuan untuk berkawan dan berkenalan dengan seramai mungkin para usahawan.
Sebelum berhenti kerja lagi saya dah mula kenal pasti para usahawan yang menjalankan perniagaan sepenuh masa untuk saya dekati.
Bukan sekadar usahawan biasa-biasa saja, saya berikan perhatian lebih pada mereka yang berjaya.
Dari kawan-kawan yang berjaya, saya dapat kenal ramai lagi kawan-kawan lain yang turut sama berjaya.
Mereka juga temukan saya kawan-kawan yang tak berjaya dan tak ke mana-mana walaupun dah buat macam-macam perniagaan.
Ada ramai usahawan yang berjaya sebenarnya. Berjaya dalam erti kata mampu menyara kehidupan mereka dan semua tanggungan mereka ke tahap yang selesa.
Tapi, jumlah mereka yang tak berapa menjadi dalam usaha perniagaan yang dijalankan, adalah jauh lebih ramai dari yang berjaya ke tahap selesa.
23 karakter ada pada usahawan berjaya
Apa yang membezakan antara 2 kumpulan tersebut?
Saya kongsikan 23 karakter atau sikap menarik yang ada pada kawan-kawan usahawan yang berjaya pergi lebih jauh kat bawah ini untuk panduan semua.
1. Punya tahap inisiatif tinggi
2. Punya motivasi diri yang tinggi
3. Kurang penyabar
4. Kerja cepat
5. Jiwa kental hadapi akibat
6. Tahan lasak
7. Sentiasa tengok ke depan dan belajar dari kesilapan
8. Sentiasa berfikir tentang pembaikan berterusan
9. Amat menghargai kepakaran
10. Sentiasa kusyuk bila buat kerja
11. Sentiasa ingin tahu
12. Mudah bekerjasama
13. Degil
14. Mampu tangguhkan kesenangan
15. Sentiasa optimis
16. Punya sejarah kerja teruk masa muda
17. Punya keupayaan dan gerak hati yang baik untuk melihat gambaran besar
18. Kreatif
19. Sentiasa bersedia untuk berubah
20. Sentiasa fokus pada objektif
21. Kadangkala ikut gerak hati
22. Ada sedikit kecelaruan peribadi atau gila gila
23. Punya kecenderungan amat tinggi untuk laksanakan urusan
Bina 23 sikap menarik ini sekarang
Kalau dilihat kesemua 23 sikap menarik yang ada pada kawan-kawan usahawan yang berjaya di atas, kelihatan macam tak ada harapan bagi mereka yang tak punya sikap-sikap tersebut.
Macam mana nak ubah kalau sikap yang ada pada anda seperti dah sebati sejak sekian lama.
Mungkin sebab itu ada yang berpandapat sikap keusahawanan yang ada pada diri seseorang tak boleh dipelajari.
Tapi saya yakin semua sikap yang ada pada diri seseorang boleh untuk diubah.
Apa saja sikap boleh dibuang atau boleh ditambah. Sebab sikap yang dah melekat dalam diri hanyalah hasil daripada aktiviti berulang mengamalkan perkara yang sama. Dari amalan berulang itulah akhirnya melekat jadi sikap.
Oleh itu, anda hanya perlu kenal pasti satu sikap demi satu sikap ang mahu diterap ke dalam diri dan ulang sampai jadi sebati. Ianya bermula dari memujuk hati untuk bersahabat dengan sikap yang kita nak terapkan itu terlebih dahulu.
Untuk memujuk hati agar berkawan dengan sikap tersebut, carilah kawan-kawan yang memang dah punya sikap itu. Memang pada mulanya hati akan meronta meluat pada kawan-kawan sebegitu. tapi bila dipaksa, bertahan, lama kelamaan hati akan lembut dan mula menerimanya.
Bila hati dah terima, maka ianya akan mula bertukar menjadi amalan.
Oleh itu, pergilah berkawan dengan kawan-kawan yang anda lihat berjaya. Usaha supaya menjadi rapat dan tambah supaya lebih ramai kawan-kawan sebegitu ada di sekeliling anda.