tag:blogger.com,1999:blog-57650708935160480072024-03-18T00:31:24.243-07:00Hidup RingkasUnknownnoreply@blogger.comBlogger215125tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-30912103082489815572024-03-13T01:43:00.000-07:002024-03-13T02:21:40.457-07:00Gagal dalam perniagaan sebab kena tipu atau sebab anda sendiri yang bodoh tak tahu

Dari kecil anda diajar bahawa menipu itu tak baik. Ibu bapa selalu ingatkan pada anak-anaknya agar jangan sesekali menipu. Namun begitu, sering berlaku di mana orang yang beri nasihat agar elakkan diri dari menipu, dia sendiri tak tak terlepas dari bercakap bohong.

Semenjak kecil, anda sendiri sedar bahawa amat sukar untuk mengelak dari menipu terutamanya bila mahu lepaskan diri dari sesuatu keadaan yang tak diingini. Sebagai insan biasa, boleh dikatakan hampir semua orang menipu.

Soalan selanjutnya adalah ..

Dalam sehari, berapa kali secara purata anda menipu?

Ada banyak kajian dilakukan berkenaan jumlah seseorang menipu dalam masa sehari. Ada yang rumuskan, sikit dan ada yang kata banyak.

Kajian secara umum mendapati, orang kebiasaan akan menipu sebanyak 4 kali sehari. Bersamaan dengan 1,460 kali dalam tempoh setahun.

Itu satu jumlah yang besar. Sekalipun anda mungkin seorang insan luar biasa yang langsung tidak pernah menipu, anda masih tak dapat lepaskan diri dari kena tipu ketika berurusan dengan manusia lain.

Pengalaman kena tipu

Ada beberapa peristiwa malang yang saya masih ingat kena tipu sepanjang jadi usahawan. Samada penipu itu memang ada pasang niat dari awal nak tipu atau keadaan membuatkan dia terpaksa menipu, saya tak dapat nak pastikan.

Di tipu abang sepupu

Setelah beberapa ahun berniaga, ada duit sikit, saya mula terdedah kepada penipuan. Ini kali pertama saya kena tipu dalam perniagaan.

Saya berikan modal kepada abang sepupu yang dapat peluang bekalkan barang di sebuah majlis perbandaran. Persetujuannya mudah saja, saya berikan modal untuk dia dapatkan barang dan kemudian bekalkan kepada pihak majlis tersebut. Bila dapat bayaran, kami bahagikan keuntungan sama banyak.

Projek itu berjalan lancar 3 ke 4 kali. Dapatlah saya merasa keuntungan tambahan dengan berikan modal. Ia menarik minat untuk saya terus berikan duit modal kepadanya. Makin lama makin besar. Dan akhirnya, dia belasah semua modal sekali dengan keuntungan.

Semua untung yang saya buat sebelum itu hangus dimakan begitu saja sekali gus. Malah jatuh rugi secara keseluruhannya. Saya terus hentikan projek tersebut dan tuntut agar dia bayar balik duit yang dikebas. Rasa marah terpendam di dada, Tuhan saja yang tahu.

Akhirnya saya akur untuk halalkan saja dan tak tuntut lagi duit itu apabila dapat tahu dia memang dah banyak kali kebas duit orang lain juga. Memang dah jadi amalannya begitu. Bila saya tanya ke mana pergi semua duit itu, dia beritahu habis berhibur bersama pegawai yang berikan dia peluang berniaga itu.

Abang sepupu saya itu dah meninggal kena kanser. Saya anggap pengalaman itu adalah satu kebodohan dan kelemahan saya sendiri dalam berurusan tentang duit dan perniagaan.

Ditipu kawan rapat

Ini satu lagi kes kena tipu. Kali ini kawan rapat yang dipercayai tawarkan sebidang tanah yang menarik untuk saya beli.

Kali ini modalnya jauh lebih besar sebab saya dah agak lama berniaga dan mampu ada duit simpanan yang boleh digunakan untuk cari peluang menarik. Peluang melabur dengan beli tanah dilokasi yang strategik adalah satu cara untuk membina kekayaan yang biasa di amalkan.

Lagipun tanah itu terletak di tempat asal saya di utara sana. Tanpa fikir panjang saya bagi duit tanda jadi lebih dari RM40 ribu pada kawan itu. Dia seorang lawyer, jadi saya serahkan semua urusan jual beli tanah itu padanya.

Setahun berlalu, kemudian 2 tahun dan saya mula rasa ada yang tak kena. Akhirnya saya dapat tahu dia ambil duit yang saya beri itu selesaikan masalah pecah amanah yang dia lakukan di projek tanah yang lain. Dia cuba berikan S&P sebagai lakonan untuk kelabukan mata saya saja.

Tuhan saja yang tahu betapa kecewa, sedih dan marah bila fikirkan kawan baik yang saya tak pernah berkira makan dan minum, saya amat percaya padanya dan tak terlintas di fikiran yang dia akan sanggup menipu saya begitu.

Kawan lawyer saya itu juga sebenarnya ada hutang keliling pinggang dan saya memang tahu perkara itu, tapi masih tetap leka. Saya akur bahawa semua itu salah saya sendiri. Bodoh tak semak untuk buat kepastian akibat terlalu percaya.

Kena tipu peluang berniaga

Satu lagi kes saya kena tipu dengan bekas kenalan kerja kilang satu ketika dulu. Dia buat bisnes transportation hantar barang. Masa tu bisnes beli dan jual barang online baru nak bermula. Jadi peluang untuk set-up satu syarikat transportation nampak sangat menarik untuk diceburi.

Ada orang yang memang dok buat kerja yang sama, ada pengalaman dan sanggup uruskan bisnes tersebut pulak, apa lagi saya keluarkan duit modal untuk dia mulakan.

Selepas ambil duit, dia terus hilang tak muncul-muncul lagi.

Selepas itu baru saya semak dengan kawan lain dan dapati dia memang bermasalah. Banak dah duit orang dia tipu.

Sekali lagi kebodohan saya tersembul dengan amat ketara sekali. Bodoh sebab percaya dan tidak betul-betul semak sejarahnya terlebih dahulu dalam berurusan dengan duit. Salah saya juga.

Bila kita rasa kena tipu, darah akan mendidih rasa marah pada yang menipu. Jika si penipu itu lemah, tindakan kita biasanya akan menjadi agak brutal. Tentu kita akan tenyeh si penipu tu sampai rasa puas hati dan minta dikembalikan hak yang kita rasa telah ditipu.

Orang ada duit mudah kena tipu

Saya belajar satu perkara dalam bab kena tipu ni. Masa tak ada duit, memang jarang kena tipu. Tapi bila dah ada duit, memang mudah kena tipu.

Ia ada kaitan rapat dengan penipu yang sudah cekap menghidu antara orang yang ada duit dengan yang tak ada duit. Penipu ni bila dah kerap berlatih menipu, maka dia mula membina kemahiran tersebut dalam kenal pasti mangsa yang sesuai dan mulakan perangkap.

Bagi orang yang ada duit pula, dia mudah ditipu sebab percaya duit lebih mudah dijana dengan menggunakan modal duit. Dia dah lupa yang selama ini dia buat duit hasil dari tak ada duit dan bukannya sebab ada duit.

Sikap tamak juga memainkan peranan besar dalam bab kena tipu ni. Orang yang baru dapat buat duit masih mentah dalam urusan berhati-hati kenal pasti mana kaca mana intan. Jadi penipu biasa sangat pantas merebut peluang ini. Sebelum orang itu pandai, dia kenakan dulu.

Kena tipu berulang

Saya pasti anda juga tentu pernah alami lebih kurang pengalaman yang saya seperti yang saya ceritakan di atas. Perkara sama sering berulang-ulang dalam kehidupan saya sendiri sebelum nak jadi pandai mengelak dari kena tipu. Cuma skrip, watak dan aksinya sahaja yang berbeza.

Perasaan marah kena tipu membuatkan saya kononnya belajar mengelakkan diri dari tertipu. Apa yang saya sering ingatkan diri adalah untuk buat 2 perkara berikut di bawah.

Elak situasi yang sama - Perlu kenal pasti bagaimana situasi yang sama berlaku sehingga tertipu dan berusaha mengelakkan diri dari terjebak masuk dalam keadaan yang sama di lain kali.

Elak orang atau kumpulan yang sama - Saya perlu kenal pasti ciri-ciri penipu dan elakkan diri dari berurusan niaga dengan mereka. Yang dah tipu saya sebelum ini masih tetap jadi kawan, tapi berurusan duit dnegan mereka sudah diharamkan.

Biasanya 2 perkara di atas hampir semua orang lakukan, hasil dari pengalamannya kena tipu.

Sebagai contoh, bila anda beli durian tak masak dari seorang penjual, maka setiap kali orang itu jual durian anda tak akan membelinya lagi. Malah anda beritahu pada orang lain agar jangan beli durian darinya.

Untuk kes yang lebih teruk, bila sering beli durian tak masak dari beberapa penjual durian yang berlainan, anda terus ambil sikap mengelakkan diri dari beli durian. Anda buat kesimpulan yang semua penjual durian penipu.

Percaya, tapi sila pastikan

Sekarang saya sedar bahawa punca sebenar kena tipu adalah disebabkan lalai dan malas untuk semka buat kepastian. Main percaya bulat sebab dah kenal atau sebab dah lama kawan dan sebagainya. Itu yang buatkan anda kena tipu.

Penipu hanya buat kerja dia, iaitu menipu. Anda sepatutnya perlu buat kerja anda juga, iaitu semak dan pastikan terlebih dahulu sebelum percaya.

Percaya lah dengan siapa saja, samada dia pernah tipu atau tak pernah tipu anda, tapi pastikan anda semak dan buat kepastian terlebih dahulu terhadap semua perkara. Dengan buat begitu, barulah anda selamat.

Tertipu sebab tak tahu

Ada juga kes di mana anda sebenarnya kena tipu sebab pada masa itu anda tak tahu, tak ada ilmu terhadap urusan tersebut. Anda lihat orang yang anda berurusan itu pula nampak macam lebih tahu sedangkan dia sebenarnya sedang ambil kesempatan terhadap kebodohan anda itu.

Untuk elakkan diri dari kena tipu, pastikan anda buat kerja dan uruskan perkara yang anda ada ilmu tentangnya saja. Jangan percaya janji manis akan peluang buat duit dari perkara yang anda tak ada ilmu.

Tapi kalau nak belajar perkara baru, perlu bersedia untuk kena tipu sebab orang jahat memang ada ramai kat luar tu yang sangat rajin mencari mangsanya.

Anda juga perlu ada sikap tidak letakkan kesalahan pada orang lain. Cari kesalahan diri dan betulkannya. Ini tidak dapat dilakukan jika anda sering rasa kena tipu. Mengaku saja bodoh dan belajar.

Gagal bisnes sebab ditipu

Saya ada ramai juga kawan-kawan yang gagal dalam perniagaan dengan alasan mereka kena tipu.

Ada yang dakwa dia kena tipu dengan rakan kongsi. Ada yang kata kena tipu dengan pelanggan sendiri. Ada pula yang dakwa ditipu oleh pekerja sendiri.

Kawan-kawan begitu akan tetap gagal sebab mereka tak pernah mengaku semua itu berlaku disebabkan kebodohan diri sendiri. Mereka ditipu oleh orang yang lebih pandai dari mereka.

Tidak mengaku kebodohan sendiri merupakan ciri-ciri orang gagal nombor satu. Setiap kali tidak berjaya, anda cari kambing hitam yang mahu dipersalahkan. Sampai bilapun tidak ada kemajuan diri sendiri jika terus dengan sikap begitu.

Berubahlah sikap untuk cari salah sendiri.

Buat refleksi dan gelak pada diri sendiri dengan kebodohan anda. Sepatutnya anda kagum dengan orang yang berjaya ambil kesempatan atas kelemahan anda itu. Tak perlu nak marah, sepatutnya berterima kasihlah padanya yang menunjukkan perkara yang anda sebelum ini tak tahu.

Berusaha baiki dan mencari maklumat untuk memantapkan ilmu tentang perkara yang sama. Ini membina pertahanan yang baru jika terserempak sekali lagi dalam situasi begitu.

Jangan serik melakukan kerja yang sama yang anda pernah tertipu sebelum ini. Sebaliknya anda lakukan dengan lebih yakin.

Jangan serik berkawan atau menerima pelanggan yang sama atau berkongsi dengan rakan yang sama sebab mereka bukannya tipu, sebaliknya anda sendiri yang bodoh dan mereka cuba jauh lebih pandai itu saja. Belajar lah.

Amalkan falsafah ..

Apabila berlaku sesuatu tidak sebagaimana yang anda harapkan, orang pertama perlu disalahkan adalah diri anda sendiri.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-44539583663079400032024-02-25T07:11:00.000-08:002024-02-25T07:11:33.328-08:00Cerita taukeh Mamak kedai barang permainan di kampung saya yang suka belek duit siling

Di kampung dulu, ada sebuah kedai mamak di pekan Penanti terselit di satu sudut kecil di hujung kedai Mat Moto. Sebaris sebelah kirinya ada kedai baiki barangan letrik, ada kedai basikal dan di hujung sekali di depannya ada pokok ketapang, sebuah bengkel besi tradisional yang ambil tempahan buat pelbagai peralatan senjata seperti parang dan sebagainya.

Kedai Lim letrik tu tempat saya pergi setiap kali disuruh orang tua baiki radio kalau rosak. Kedai besi tu tempat saya dan kawan-kawan pergi kutip taik besi sebelum pergi mandi ban, kononnya hantu air takut pada taik besi.

Kedai mamak tu pula kedai yang paling kerap saya dan kawan-kawan pergi, ada kalanya lebih daripada sekali sehari. Mamak tu jual barang-barang permainan dan jajan kegemaran kanak-kanak seperti gula-gula, asam jeruk dan lain-lain.

Harga barang-barang masa itu masih murah. Dengan 10 sen anda boleh dapat 5 biji gula-gula. Dengan 5 sen juga kita masih boleh membeli sesuatu. Duit kertas memang amat jarang ada dalam poket kami ketika itu, hanya ada duit siling saja.

Persepsi mamak kedekut

Setiap kali beli barang di kedai mamak, dia tak benarkan kanak-kanak ambil sendiri barang-barang dari kedai bekas simpanan barangnya. Dia akan tanya nak apa dan akan ambilkan untuk ditukarkannya dengan wang yang kanak-kanak bawa.

Mamak Mutalib ni punya peel yang agak menarik. Setiap kali saya beli sesuatu dan hulurkan duit siling padanya, dia akan belek dengan penuh teliti duit yang saya hulurkan itu. Selagi dia tak berpuas hati dengan duit syiling tersebut dan tak mengesahkan nilainya dia tak akan berikan gula-gula yang masih dalam genggaman tangannya.

Begitulah sikapnya dengan siapa saja.

Mungkin terkesan membesar dengan melihat cara mamak itu membelek untuk pastikan duit siling yang diterimanya betul, maka saya ada persepsi yang mamak sangat kedekut. Duit syiling 1 sen pun dia akan diteliti dengan lama.

Bukan saja saya ada persepsi begitu, semua kawan-kawan satu kampung saya punya andaian yang sama. Bila kami sebut perkataan kedekut, ia adalah sinonim dengan mamak.

Walaupun saya masih kanak-kanak ketika itu, saya dah faham apalah sangat duit 5 sen. Kalau rajin berjalan kaki di atas padang atau di sepanjang jalan laluan orang ramai dan buka mata tengok bawah, tentu akan terjumpa duit 5 atau 10 sen yang terjatuh. Kalau terjatuh 5 sen ketika berjalan, saya lihat orang dewasa tak berapa ambil kisah sangat. Duit raya pun masa zaman tu, jarang orang tua bagi 5 sen, paling biasa adalah 20 sen.

Kenapalah mamak tu berkira betul dia dengan duit siling walaupun 5 sen?

Jaga duit siling

Walaupun mamak sangat sederhana, cari makan dengan hanya kedai kecil yang menjual barang jajan dan permainan kanak-kanak dan kebanyakkan pelanggannya adalah kanak-kanak, dia mampu menyara seluruh keluarga dan mendidik anak-anaknya berjaya sehingga ke peringkat tinggi.

Setakat yang saya perhatikan, mamak yang dah kaya raya sekalipun, masih punya perangai yang sama terhadap duit syiling. Masih tetap berkira. Ada sesuatu yang saya dapat pelajari dari sikap sedemikian dalam bab menguruskan kewangan.

Jika anda jaga duit syiling, duit kertas akan terjaga dengan sendirinya"

Panduan itu juga merupakan falsafah Andrew Carnegie, salah seorang usahawan yang paling kaya di Amerika suatu ketika dulu. Beliau merupakan pencetus inovasi industri besi di Amerika dan menjadi kaya raya dengan sikapnya yang cukup berkira walaupun duit syiling.

Jika anda mahu menguruskan wang dengan mudah, maka berkira dan jagalah wang syiling anda. Insyallah wang kertas akan terjaga secara automatik.

Nota: Sekarang persepsi mamak itu kedekut dah hilang setelah kenal ramai taukeh kedai mamak yang pemurah, yang kaya raya dengan rangkaian restoran nasi kandar mereka yang sangat popular.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-27656359190683860002024-02-22T02:07:00.000-08:002024-02-22T02:07:38.232-08:00Bagaimana saya cari idea perniagaan dan buat pilihan nak bisnes apa ketika makan gaji

Ini sambungan dari artikel yang saya tulis sebelum ini berkenaan cara mencari dan tentukan bisnes apa yang nak dibuat bila berhenti kerja makan gaji. Kalau masih belum baca boleh baca di pautan sini.

Makan gaji semula

Saya berhenti kerja untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Selepas lebih 2 tahun duduk dalam dunia niaga dan berkawan dengan kawan-kawan usahawan yang berjaya, saya masuk semula ke dunia kerja makan gaji.

Makan gaji kali ini agak berbeza berbanding yang sebelum saya libatkan diri dalam dunia bisnes. Kali ini ia lebih kepada percutian makan angin untuk rehatkan diri sambil menentukan perniagaan apa yang saya benar-benar mahu jalankan nanti.

Saya diterima bekerja di sebuah syarikat multinasional di Shah Alam.

Sakit juga perasaan bila kerja makan gaji semula, setelah lama hidup tak ada jadual keluar masuk bangunan. Bila makan gaji, saya terpaksa disiplinkan semula diri seperti mana semua pekerja lain. Perlu akur bahawa jika semua orang datang dan balik ikut suka hati waktu mereka, alamat tak akan ada syarikat yang dapat bertahan lama. Dunia perniagaan buka minda untuk saya faham perkara itu.

Saya mula disiplinkan diri dengan masuk kerja lebih awal setengah jam dari orang lain dan pulang sekurang-kurangnya sejam lebih lewat dari waktu balik. Saya juga terima apa saja tugasan tak kira samada senang atau susah, samada skop kerja saya atau bukan. Apa saja cabaran disambut tanpa banyak soal sepanjang makan gaji itu.

Semua itu membuatkan saya disenangi oleh semua boss. Kalau ada kenaikan pangkat tentu saya yang lebih diutamakan. Baru saya sedar betapa mudahnya kalau anda yang makan gaji mahukan agar boss sayang.

Mula catit idea perniagaan

Sepanjang makan gaji itu saya tak pernah curi tulang atau memandang rendah pada tempat dan syarikat saya kerja. Seperti ucapan yang saya pernah dengar dari mulut boss besar tempat kerja mula saya dulu, dia kata,

"Jangan makan dan berak di tempat yang sama".

Bila kerja, amanah dengan tugasan dan lakukan aktiviti peribadi diluar waktu kerja. Atas dasar itulah saya pulang lewat sedikit setiap hari untuk buat carian maklumat.

Dengan kemudahan internet syarikat, saya belajar mendalami ilmu IT serta Telekomunikasi yang diperlukan untuk kerja saya di situ. Saya juga baca apa saja maklumat tentang perniagaan yang boleh menambahkan pengetahuan saya dalam bab bisnes.

Setiap kali terlintas idea bisnes, saya segera simpan buat senarai catit pada kertas. Peringkat mula hanya perhatikan apa saja perniagaan yang terlintas tanpa membuat apa-apa kajian.

Hasilnya banyaklah perniagaan yang disenaraikan. Bila dah terlalu panjang senarai tu, akhirnya saya buat keputusan untuk senarai pendekkan perniagaan yang saya mahu ambil perhatian. Cara adalah dengan menentukan kriteria perniagaan yang saya mahu.

Berikut antara kriteria yang saya masih ingat.

Tidak perlu modal yang banyak

Tidak perlu mengharapkan kontrak atau tender kerajaan

Boleh berniaga dengan sesiapa saja samada swasta atau kerajaan.

Boleh berniaga terus kepada pengguna atau orang ramai.

Tidak punyai kekangan untuk masuk terlalu lama.

Tidak perlu glamour

Tidak diceburi oleh ramai Melayu

Boleh berkembang jauh

Apabila saya sediakan kriteria, senarai mula menjadi pendek. Saya akan buang mana-mana idea yang tidak penuhi kriteria yang saya dah gariskan tadi. Setiap perniagaan baru yang terlintas akan terlebih dulu dipertimbangkan samada memenuhi kriteria tersebut atau tidak. Ia memudahkan lagi kerja pencarian saya.

Sebenarnya kriteria yang disenaraikan di atas banyak dipengaruhi oleh bacaan saya terhadap sebuah buku. Ia senaraikan ramai golongan jutawan senyap di Amerika. Hampir kesemua jutawan senyap itu bermula dari kosong dan jadi kaya dalam tempoh satu generasi saja dalam menjalankan perniagaan tersebut. Rata-rata, bisnes mereka langsung tidak glamour dan boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Saya berikan contoh perniagaan tidak glamour dan boleh dilakukan oleh sesiapa saja di bawah.

Buang sampah

Cuci toilet

Kedai runcit

Kutip barang buangan

Khidmat potong rumput

Khidmat kemas rumah / pejabat

Pest Control

Pemborong, pembekal / pengedar

Logistik / pengangkutan

Gudang kereta potong

Jual barang buangan / scrap

Repair rumah

Repair paip dll.

Tak terfikir pulak saya sebelum membaca buku itu betapa kebanyakan bisnes mudah itu melahirkan ramai jutawan senyap. Ia merupakan satu penemuan yang agak mengejutkan. Tapi saya percaya ia agak logik dan boleh dipertimbangkan kerana kecenderungan manusia lebih suka pada benda glamour. Jadi bisnes macam tu tak semua orang suka. Lagipun, selain dari mahu jadi kaya, ramai orang berniaga sebab mahu jadi glamour.

Dari hari ke hari senarai idea bisnes saya semakin pendek dan saya mula melakukan sedikit kajian terhadap setiap idea yang telah dicatatkan.

Berikut adalah maklumat yang saya cari.

Berapa besar pasarannya setahun. RM10 juta?, RM100 juta? ..

Siapa pesaing utama dan berapa banyak syarikat besar yang ada. Adakah pesaing dari luar negara yang masuk ke pasaran Malaysia dan lain-lain maklumat tentang persaingan lagi.

Apakah ada syarat atau lesen tertentu yang dikenakan oleh kerajaan atau ianya bebas untuk sesiapa saja keluar masuk.

Berapa ramai pesaing kecil-kecilan dan bagaimana taburannya di seluruh negara.

Bagaimana keadaan dan siapa pembekal peralatan dan juga keperluan sokongan dalam industri tersebut.

Adakah industri tersebut mempunyai persatuan

Apakah demografik, psikografik pengguna dan adakah ia bergantuk kepada geografik pengguna terhadap perniagaan tersebut.

Kaji punya kaji akhirnya saya buat keputusan untuk memilih perniagaan Pest Control. Syarikat yang saya perlu jadikan bayangan ikutan, tidak lain dan tidak bukan syarikat besar dari luar negara yang sangat terkenal di negara kita. Ia merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang punya cawangan di seluruh pelusuk dunia ini di negara kecil atau besar.

Bila dah tentukan bisnes tersebut, saya terus mendalami dan kumpul maklumat sebanyak yang boleh tentang industri Pest Control di Malaysia. Kajian jadi lebih mendalam sehingga setiap tuan punya syarikat yang telah lama dalam perniagagan tersebut di malaysia saya temui dan berkenalan. Saya masuk sertai persatuan dan dapatkana segala maklumat perihal di mana dan bila pemain industri berkumpul.

Disitulah bermulanya penglibatan saya dalam dunia Pest Control.

Nota: Setelah lama berpengalaman dalam dunia bisnes, jika anda tanya saya apa bisnes yang bagus untuk dilakukan, saya akan syor; buatlah bisnes yang anda dah pandai tentangnya dan punya maklumat lebih banyak berbanding orang lain. Itu bisnes yang terbaik untuk anda.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-66888170626351701952024-02-18T06:38:00.000-08:002024-02-18T06:42:22.956-08:00Jangan berhenti kerja makan gaji untuk berniaga dengan harapan mahu jadi kaya

Ada satu filem tamil yang saya tonton mengisahkan seorang lelaki miskin tinggal di sebuah kampung pedalaman. Majoriti penduduk di kampung itu memang sangat susah dan hidup mereka semua bergantung kepada kerja-kerja ladang sebagai sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan.

Berbeza dari yang lain yang pasrah terhadap kesukaran hidup mereka, lelaki itu bercita-cita murni ingin keluar dari belenggu kemiskinan keluarganya. Dia seorang yang sangat rajin bekerja, sangat baik, jujur dan disenangi oleh semua orang kampung termasuk lah majikan tempat dia bekerja sebagai tukang angkut barang.

Dia gigih simpan duit untuk beli sebidang tanah untuk usahakan perladangannya sendiri. Untuk pastikan dia dapat semua itu, sanggup dia tidak mahu kahwin selagi tak dapat apa yang dia impikan. Tapi setelah dipujuk, dia kahwin juga dengan sepupunya, dan isterinya telah membantunya cepatkan lagi usaha membeli tanah.

Setelah dia berjaya membeli tanah, dia mula usahakan tanaman. Kali pertama alami kerugian, kemudian cuba kali kedua dengan berhutang pembelian biji benih. Tapi masih gagal.

Sudah jatuh ditimpa tangga pula, apabila dia berhadapan dengan tuduhan jenayah, dimasukkan dalam penjara, anak dan isterinya bergantung hidup dengan hutang dan akhirnya bila dia keluar setelah 5 tahun meringkuk di penjara, semua tanah yang dia ada tergadai bayar hutang, itu pun masih tak selesai hutang yang dia ada.

Di akhir cerita, lelaki itu bekerja sebagai seorang jaga. Dia kekal miskin serta susah sampai ketua.

Lebih kurang 2 jam saya tunggu dan tunggu cerita itu sampai habis. Dengan harapan mahu melihat pengakhiran bahagia seperti mana semua cerita kejayaan usahawan yang sering saya lihat di mana-mana. Tapi malangnya cerita itu tiada happy ending.

Itu membuatkan saya terfikir bahawa filem itu mengisahkan dunia nyata. Hakikatnya, itu adalah perkara yang paling banyak dan kerap berlaku di dunia sebenar di luar sana. Cuma tiada wartawan atau penulis yang mahu kongsikan cerita gagal sampai ke sudah begitu.

Tak ada pakar motivasi nak cerita bagaimana dalam 100 orang yang terjun jadi usahawan, lebih separuh hilang selepas 5 tahun. Kalau tunggu lagi sampai 10 tahun, 70% dari mereka hilang tiada cerita.

Kaki motivasi hanya cerita sebahagian kecil dari mereka yang berjaya itu. Cerita dari 'zero ke hero' sangat disukai oleh orang ramai. Tiada siapa nak dengar kisah dari zero kekal zero sampai ke mati.

Berapa kali anda jumpa cerita dalam akhbar, majalah, blog, portal maklumat, media sosial dan lain-lain seumpamanya yang menceritakan tentang kisah usahawan yang gagal dari mula berniaga sampai ke liang lahad. Mereka mati membawa seribu satu impian kejayaan terpendam bersama ke dalam kubur dan mungkin hutang tak terbayar juga turut sama tertanam.

Usahawan dan kejayaan

Apa yang saya dipaparkan dalam filem tamil di atas adalah perkara biasa yang sering terjadi dalam dunia keusahawanan. Jumlah yang berjaya tak ramai berbanding mereka yang gagal.

Tapi media serta orang ramai lebih suka kepada cerita kejayaan berbanding fakta statistik antara jumlah yang berjaya dengan yang gagal. Para guru motivasi, sifu jutawan dan seumpamanya juga lebih suka tonjolkan cerita berbanding data statistik. Dalam 10 orang, hanya 2 anak didik mereka yang berjaya dan diletakkan pada bangku depan sebagai testimoni. Manakala yang 8 orang lagi tak ada siapa ambil peduli.

Tapi bukan salah media atau selainnya. Memang majoriti masyarakat buta statistik dalam melihat kebenaran. Lagipun, disebabkan kejayaan itu benda rare lah juga yang membuatkan ia punya daya tarikan istimewa. Seumpama kelkatu yang berlumba menuju ke cahaya hanya untuk membuatkan diri mereka terbakar.

Jika kejayaan itu perkara mudah, sudah tentu ia jadi tidak berharga lagi.

Berniaga sebab nak buat duit

Jika anda anda sudah berniaga, lebih menarik lagi jika anda belum lagi berniaga tapi nak mula berniaga, apa agaknya tujuan anda berniaga?

Adakah sebab nak buat duit atau anda memang terserempak dengan peluang perniagaan yang berpotensi tinggi lalu merebutnya?

Jika tujuan berniaga sebab nak buat duit, ada 2 keadaan seperti di bawah.

Tiada pekerjaan - Anda tak ada peluang kerja makan gaji walaupun setelah mencuba. Kalau adapun, tawaran bayarannya sangat rendah dan tidak berbaloi. Maka anda tiada pilihan selain dari jalankan perniagaan. Biar sukar, kerja macam keldai, tapi dapat duit yang mencukupi berbanding makan gaji.

Ada kerja stabil dan gaji cukup - Walaupun gaji anda mencukupi, anda mahu lebih banyak dari itu dan tak sanggup tunggu naik pangkat atau tak rela sabar dengan kenaikan gaji yang perlahan. Anda rasa kalau berniaga, akan dapat duit lebih banyak dan lebih cepat kaya.

Bagi mereka yang duduk dalam kategori pertama, tiada masalah. Memang dah betul apa yang anda buat tu. Terus berusaha dengan gigih. Peluang untuk anda berjaya secara sederhana adalah berkadar terus dengan keupayaan anda untuk kerja keras dan meningkat bijak seiring dengan jumlah masa yang dilalui melayari dunia perniagaan.

Untuk anda yang dalam kategori pertama juga, sila abaikan rasa cemburu dengan mereka yang kaya raya dalam perniagaan dan kelihatan macam tak kerja sangat pun. Biarkan mereka dan anda terus berusaha gigih tanpa perlu nak ikut cara hidup dan cara mereka berniaga. Insyaallah anda akan selamat dan hidup mencukupi.

Jika anda dalam kategori ke-2, fikir sejenak sebelum nak berhenti kerja. Dari segi potensi, adalah lebih tinggi untuk anda jadi kaya dengan makan gaji berbanding berhenti kerja dan berniaga. Saya lebih cenderung untuk cadangkan agar anda teruskan makan gaji dalam keadaan kerjaya yang stabil itu.

Dengan gaji yang mencukupi, anda hanya perlu belajar bagaimana menguruskan duit dan membuat pelaburan untuk menjana pendapatan pasif. Dalam masa yang sama bina kerjaya dan tingkatkan kemahiran dalam kerjaya anda itu supaya lebih bernilai. Sabar, kayuh pelan-pelan insyaallah anda akan kaya juga.

Melainkan anda dihidangkan peluang perniagaan, dengan produk yang betul, pada masa yang betul, dengan harga yang betul dan punya permintaan yang tinggi dan kebetulan memang anda tahu dan berkecimpung dalam bidang tersebut, maka sila berhenti kerja dan berniaga. Insyaallah anda akan kaya. Atau lebih tepat lagi, memang anda ditakdirkan untuk kaya.

Dah terjebak berniaga

Bagi anda yang dah terjebak berniaga dan tak boleh nak patah balik makan gaji, jangan risau. Anda masih tetap ada peluang untuk berjaya.

Apa yang anda perlu ada adalah keupayaan untuk kenal pasti mana usaha yang membuahkan hasil dan mana satu yang sia-sia tidak berkesan.

Yang membuahkan hasil tu, sila ulang dan gandakan usaha tersebut. Manakala yang sia-sia tak berhasil itu, hentikan. Jangan buang masa.

Anda perlu ada sikap sanggup menghapuskan benda yang anda sayang seandainya ia tidak membuahkan apa-apa hasil.

Contohnya jika anda ada satu produk A yang anda sendiri sangat suka, banyak dah usaha dilakukan untuk menghasilkan produk tersebut sehingga anda jatuh cinta dan sayang padanya, sekalipun produk itu haram tak laku.

Dalam masa yang sama, anda ada satu lagi produk B yang anda tak berapa suka, tapi memang laku keras, itu yang menghasilkan pendapatan dan menyara hidup anda selama ini termasuk menampung kerugian produk A di atas tadi yang anda sayang tu.

Dalam keadaan tersebut, anda wajib ada kesanggupan untuk bunuh saja produk A dan beri tumpuan serta gandakan usaha pada produk B. Selagi anda tak bina kemahiran tersebut, anda berpotensi untuk jatuh tersungkur.

Tapi kalau anda hanya ada produk A saja, itu lain ceritanya. Cari lagi jalan dan perhatikan macam mana nak bagi laku dan ada permintaan. Yang mana berkesan teruskan dan gandakan, manakala yang tak berkesan, hentikan segera.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-89991284342343955242024-02-04T00:23:00.000-08:002024-02-04T00:23:33.197-08:00Mengeteh atau mengopi untuk bina jaringan adalah aktiviti wajib kalau nak jadi usahawan

Saya pernah tinggal di Perancis selama lebih kurang 5 tahun. Banyak pengalaman menarik saya dapat sepanjang berada di sana. Dapat belajar bahasa dan cakap perancis, dari bahasa dapat faham budaya orang Perancis.

Dapat juga merasa bagaimana suasana persekitaran yang indah dengan 4 musim berbeza setiap tahun yang tidak sama dengan negara kita. Dari suasana alam semula jadi persekitaran di sana, anda boleh lihat betapa ia berkait rapat dengan amalan dan cara hidup mereka.

Cuaca di Malaysia membuatkan anda boleh nikmati minuman teh tarik di kedai mamak sepanjang tahun tanpa masalah. Mungkin berbeza sikit susahnya bila masuk musim hujan. Itu pun bukanlah satu masalah yang besar pun. Kedai mamak tetap penuh sepanjang tahun.

Konsep meja makan di ruang terbuka, di luar kedai makan adalah perkara biasa di Malaysia. Anda boleh lihat tiap petang menjelang, mamak mula susun meja di luar depan kedainya.

Tapi, amalan begitu tak dapat dilakukan sepanjang tahun di Perancis. Kedai minum dan makan santai yang lebih kurang macam kedai mamak, tapi unik dalam bentuk perancis, di panggil Brasserie di sana.

Kalau nak minum di restoran berkonsep meja makan di kawasan terbuka, anda boleh ke Brasserie. Tapi musim sejuk tak akan ada Brasserie yang susun meja di luar kedai. Takkan ada orang nak duduk makan dan minum tengah kesejukan pada tahap air beku. Kalau nak rasa sedikit santai macam kat Malaysia, kena tunggu musim panas.

Ketika di Perancis, perkara paling saya rindu tentang Malaysia adalah sesi makan atau minum di kedai atau gerai terbuka kawan-kawan. Makan laksa waktu tengahari di kedai laksa, minum petang dengan roti jala di kedai makan dalam kampung, lepak di kedai kopi selepas solat isya di Masjid dan seumpamanya. Suasana sebegitu tak ada di negara Perancis.

Teh tarik & usahawan

Saya lihat di Perancis, kebanyakkan Orang yang melepak di Brasserie ialah orang tua. Mereka lepak menikmati suasana santai di musim panas. Ia lebih kepada aktiviti sosial. Bagi saya pula, brasserie jadi kedai singgahan untuk sarapan pagi jika saya mengembara. Jika musim sejuk, ia jadi singgahan sebentar untuk panaskan badan.

Ketika di Perancis dulu, saya masih mentah dan tak terlintas pasal nak berniaga sedikitpun. Minda ketika itu masih minda subsidi dan makan gaji. Jadi saya tak berapa perhatikan macam mana para usahawan di sana jalankan aktiviti networking mereka.

Kalau dilihat dalam filem, nampak seperti ada juga sesi lepak minum dan bincang bab bisnes di kedai-kedai seperti brasserie yang saya nyatakan di atas tadi. Tapi dalam filem setiap perbincangan bisnes dipamerkan sebagai tegang dan serius. Entah betul entah tidak saya tak tahu.

Di Malaysia pula, saya dapati di kalangan kawan-kawan usahawan, mereka berbincang tentang bisnes atau projek semasa aktiviti lepak minum teh tarik. Boleh dikatakan dalam setiap pekan akan ada satu pot lepak kedai makan yang biasanya usahawan berkumpul.

Satu lagi pusat lepak bincang usahawan adalah di lobi hotel. Tapi bukan bagi saya dan bukan juga kebanyakkan usahawan yang saya kenal. Tak ramai yang jadikan hotel sebagai pusat networking mereka. Yang buat begitu biasanya usahawan peringkat nasional, global, pelobi, kroni ahli politik atau scammer.

Saya hanya berniaga kecil-kecilan tanpa berharap sangat projek juta-juta. Maka sesi teh tarik di gerai kampung atau kedai makan tepi jalan saja yang jadi pilihan utama. Kosnya rendah dan tak perlu pakai lawa-lawa sembur minyak wangi.

Masa mula-mula belajar niaga dengan mendekati golongan usahawan dulu, saya menjadi hairan dan takjub dengan gaya hidup mereka. Minum teh tarik sebanyak 8 kali sehari adalah perkara biasa. Kejap saja boleh kena kencing manis kalau berterusan macam tu.

Ada seorang mentor di awal mula berniaga dulu yang sering saya ikut hampir setiap hari ke mana saja dia ajak untuk pergi jumpa orang. Satu hari habis begitu saja dengan pantas setiap kali dia bawa saya jumpa usahawan lain. Kami meronda dari satu tempat ke satu tempat, singgah dari satu kedai ke satu kedai minum sampai malam.

Boleh kembung perut dengan aktiviti minum teh tarik tam henti-henti. Biasanya saya terpaksa minum air suam saja untuk legakan perut yang tak biasa minum teh tarik banyak sampai macam itu. Sepanjang mengikuti kawan-kawan usahawan otai dulu, ini yang saya perhatikan.

Jadi pemurah - Jangan kemut belanja kawan-kawan yang anda mahu dapatkan maklumat atau apa-apa saja faedah dan bantuan tertentu. Makan dan minum di kedai kampung kosnya sangat rendah berbanding di hotel.

Kaki lepak kedai - Ada orang yang tak suka pada kaki lepak kedai ni terutamanya para isteri. Biar saja sebab mereka tak faham apa yang berlaku di luar sana. Kalau ada orang yang sanggup layan pegawai kerajaan atau orang berkepentingan untuk faedah berniaga dengan belanjakan wanita dan arak di pusat hiburan, kenapa anda perlu rasa bersalah sekadar belanja teh tarik pada kawan-kawan yang mendatangkan berfaedah. Bukan buat maksiat pun minum teh tarik dan bersosial.

Jangan minum seorang diri - Jangan minum teh tarik seorang diri kecuali anda mahu membaca atau berfikir sesuatu. Usahawan yang minum seorang diri sepanjang pengalaman saya jadi usahawan sudah pasti sedang serabut dilanda masalah berat. Kalau jumpa pergi temaninya dan jadi pendengar yang baik.

Berhenti walaupun tak kenyang - Kalau makan atau minum dengan kawan-kawan jangan belasah sampai kenyang. Simpan sikit untuk perjumpaan selepas itu yang mana anda terpaksa makan dan minum lagi.

Sesi teh tarik adalah kerja - Tugas paling penting usahawan perlu buat adalah cari orang yang boleh bagi duit, cari orang yang boleh bawa duit dan cari orang yang pandai buat duit. Semua itu anda boleh jumpa dalam sesi minum teh tarik. Biasanya waktu minum teh tarik seorang usahawan bermula daripada pukul 8 pagi dan mungkin berakhir pada pukul 3 pagi. Cuba kira berapa lama anda bekerja sehari?

Semua itu saya belajar ketika bergaul dengan kawan-kawan usahawan di Pulau Pinang. Bila saya berhijrah ke Lembah Klang untuk cuba perniagaan baru, saya buat sedikit perubahan sikap yang saya fikir lebih sesuai dengan gaya hidup yang saya mahu. Tujuannya adalah untuk pastikan agar kehidupan saya lebih seimbang sebagai seorang usahawan. Saya kongsikan apa yang saya buat bila di bawah.

1. Hadkan masa sesi teh tarik

Ini perkara yang paling utama sekali yang saya ubah. Melayan kawan-kawan atau pelanggan untuk minum teh tarik sehingga lewat malam bukanlah amalan yang patut anda biasakan sehingga jadi tabiat.

Jika dalam seminggu hanya sekali dua berjaga minum sampai lewat malam, mungkin masih boleh diterima. Tapi jika setiap hari begitu, anda sebenarnya merosakkan keseimbangan kehidupan diri sendiri dan keluarga.

Saya tetapkan untuk menghadkan masa minum teh tarik bersama kawan-kawan hanya sebelum pukul 10 malam sahaja. Selepas daripada itu saya perlu berada di rumah. Tetapi sekali dua dalam tempoh sebulan apa salahnya bertemu dan minum sehingga lewat malam.

2. Modal sikit risiko rendah

Ada orang yang rasa dia dapat simpan duit dan jadi kaya jika berhenti mengeteh atau mengopi dengan kawan-kawan. Ada juga yang rasa itu perkara mengarut sebab tak ada orang jadi kaya dengan berjimat hanya 4 atau 5 ringgit sehari bila menjauhi aktiviti minum teh tarik.

Kalau anda makan gaji, sikap macam tu boleh diambil pakai. Jimat seboleh mungkin dalam bab makan dan minum dan jangan buang masa bersosial selain dari jadi hamba kepad amajikan anda. Insyaallah anda akan senang bila pencen nanti.

Tapi kalau berniaga, tumpuan perlu diberikan kepada menjana dan menambah pendapatan untuk menjadi kaya. Keluarkan modal sedikit sebagai pelaburan untuk berusaha jana pendapatan. Biasakan diri minum dan belanja orang setiap kali keluar dengan mereka yang ada potensi untuk bantu anda satu masa nanti.

Ambil pendekatan mudah dan murah dengan sesi teh tarik saja. Tak payah ke kedai berkonsep seperti setarbak dan seumpamanya.

3. Merancang minum teh tarik

Macam yang saya katakan tadi, kalau nak minum teh tarik pastikan anda berteman. Jika tak ada orang yang nak teman tahanlah diri anda dari pergi. Ajak samada kawan atau pelanggan untuk belanja teh tarik. Banyak faedah yang anda dapat, dengan minum bersama.

Anda boleh kongsikan pandangan dan rapatkan silaturahim untuk jalinkan perniagaan yang telus. dan permudahkan semua urusan perniagaan anda. Ini juga banyak memberikan faedah dari segi disiplin dan etika kehidupan untuk berjaya.

Jangan pandang remeh dengan sesi teh tarik. Ia melibatkan perancangan dan disiplin diri. Anda perlu berikan komitmen untuk tepati janji. Komitmen untuk sampai tepat pada masanya. Komitmen untuk tidak berjanji kalau tak mampu dipenuhi dan lain-lain lagi seumpamanya. Ia mampu membina disiplin yang lebih besar untuk berjaya dalam hidup.

Nota: Sebelum kerajaan kuat kuasakan undang-undang larangan merokok di restoran atau mana-mana kedai makan, saya memang kerap atur sesi perjumpaan teh tarik dengan kawan-kawan. Tapi sekarang sangat jarang buat begitu sebab sesi melepak dengan kawan-kawan yang merokok jadi serabut jika mereka merokok di restoran. Orang pandang semacam dan saya sangat tak selesa. Bagi kawan-kawan perokok, saya biasanya jemput ke pejabat dan sediakan jajan dan minuman untuk mereka sambil berborak. Yang pastinya, sesi mengopi tetap dijalankan walaupun bukan di kedai minum.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-66141873963026067142024-01-21T01:57:00.000-08:002024-01-21T01:57:49.131-08:00Berlatih dan bina kemahiran yang anda mahu kuasai supaya hidup lebih bermakna

Apa kemahiran yang anda ada yang berguna untuk jadikan diri anda seorang insan yang menjalani satu kehidupan yang bermakna?

Sebut tentang kemahiran ni, ada 2 jenis saja.

Hard skill - Contohnya kemahiran bermain gitar. Petik dengan betul, letakkan jari pada tali dan tempat yang tepat untuk keluarkan bunyi yang dikehendaki berdasarkan urutan kod yang mengeluarkan bunyi dan musik yang sedap.

Soft skill - Kalau dalam kes bermain guitar di atas tadi, hard skill masih belum cukup jika anda tidak ada kemahiran mentafsir emosi dari lagu yang dimainkan. Atau kemahiran mengenal pasti jenis lagu yang mampu menyentuh jiwa pendengar dalam satu suasana yang tertentu.

Apa guna kemahiran?

Paling penting, untuk Kelangsungan hidup. Contohnya anda mahir buat kasut. Maka boleh gunakan kemahiran itu untuk sediakan kasut buat kegunaan diri anda sendiri dan keluarga serta sanak saudara.

Kemahiran itu juga dapat membantu orang lain yang perlukan kasut. Ia dapat dimanfaatkan bagi menjalankan perniagaan buat dan jual kasut. Bila permintaan tinggi, anda perlu wujudkan pewaris yang diajar cara-cara buat kasut sebagaimana yang telah anda kuasai.

Itu menjadi satu lagi kegunaan anda untuk berbakti kepada orang lain dalam menjalani kehidupan dan kelangsungan hidup mereka. Prosesnya jadi berangkai-rangkai tak akan habis selagi anda masih bernafas dan mahu pastikan hidup bermakna dengan kemahiran dimanfaat sebaik mungkin.

Begitulah secara mudah betapa pentingnya kemahiran.

Antara soft skill dan hard skill anda perlu berikan tumpuan banyak kepada usaha membina hard skill. Sebab soft skill akan datang sepanjang anda berusaha menguasai hard skill tersebut.

Usaha membina hard skill tak boleh habis sampai ke liang lahad.

Kemahiran zaman moden

Kemahiran yang perlu dikuasai manusia di zaman dulu tak sama dengan orang zaman sekarang. Orang dulu dia kuasai keseluruhan kemahiran buat kasut. Dari aktiviti cari kulit dan semua bahan lain yang diperlukan untuk jadikan kasut sehinggalah ke tahap pembentukkan kasut sampai siap, dia akan selesaikan.

Manusia moden sekarang dah berbeza. Hampir semua proses pembuatan sudah dipecah-pecahkan kepada seribu satu macam proses yang lebih kecil. Dalam teknik mengeluarkan kasut, kulit orang lain, benang orang lain, paku orang lain, acuan atau mold orang lain, gam orang lain, tapak orang lain, jahit orang lain, dan begitulah seterusnya.

Semua itu dilakukan supaya kuantiti dapat ditingkatkan dalam masa yang singkat. Pembuat kasut dulu-dulu habis masa berbulan untuk sediakan hanya sepasang kasut. Kilang buat kasut sekarang dalam sehari saja, dapat keluarkan dalam jumlah yang jauh lebih banyak dari pembuat kasut dulu mampu buat sepanjang hayatnya.

Yang membezakan buatan orang dulu adalah dia buat kasut yang boleh diguna oleh 2 atau 3 generasi. Kasut sekarang hanya boleh pakai 2 atau 3 tahun saja. Kualiti orang dahulu tidak mementingkan kuantiti. Orang sekarang kuantiti itu sendiri adalah kualiti.

Untuk membolehkan semua proses kemahiran dipecahkan kemudian dapat digabungkan di mana saja, maka ada banyak kemahiran asas yang perlu dikuasai secara standard oleh semua orang zaman sekarang. Contohnya kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sistem kiraan, sistem ukuran dan semuanya sudah dijadikan satu standard.

Itu merupakan teknik manusia moden dalam pengurusan kehidupan yang mementingkan pengeluaran. Hampir semua kemahiran yang ada sekarang boleh dikatakan dikawal selia secara sistematik agar sama seantero dunia.

Jika anda belajar jadi jurutera mekanik di Russia, anda boleh gunakan semua kemahiran yang dipelajari itu di mana-mana saya negara lain di dunia ini. Itu gambaran betapa setiap kemahiran yang ada sudah jadi sekata di mana-mana.

Saya beritahu semua itu bukan nak suruh lawan keadaan yang ada, tapi untuk beri panduan supaya jangan cuba lawan arus, cuba buat sistem atau proses sendiri yang tak boleh masuk bergabung dengan sistem yang dah terbentuk secara global sekarang ini. Jangan buang masa sebab hidup ni pendek saja.

Antara bakat dan kemahiran

Bakat adalah kecenderungan tertentu yang memang dah ada dalam diri seseorang. Ia adalah anugerah dan memang tak boleh nak pilih.

Ia bermula dari genetik yang anda dapat dari ibu dan ayah. Kemudian bagaimana kedudukan sosial ibu ayah anda, bagaimana mereka besarkan anda,di mana anda di sekolahkan, dengan kejiranan mana anda di besarkan dan begitulah seterusnya sehingga anda membentuk identiti sendiri dari semua perjalanan itu.

Dari penjelasan itu saja anda dapat lihat bahawa semua yang anda serap masuk adalah anugerah. Anda mungkin cenderung untuk seni, mungkin cenderung dari segi berhujah dan berpidato, atau cenderung dengan aktiviti lasak dan sebagainya. Itu semua bakat.

Tapi bakat saja masih tak cukup untuk cemerlang dalam kehidupan anda seterusnya. Bakat itu perlu dipupuk sampai jadi mahir.

Boleh kah bentuk kemahiran satu perkara yang anda tak ada bakat?

Boleh saja tapi anda akan tetap kalah berbanding mereka yang membina kemahiran berdasarkan bakat semula jadi yang dia ada.

Jika anda bijak, elok bina kemahiran terhadap sesuatu perkara yang anda memang dah ada bakat. Jadi kenali apa bakat atau kecenderungan yang anda dah bentuk sejak kecil dulu adalah perkara yang amat penting untuk berjaya.

Bakat saja tak cukup

Kajian menunjukkan dalam 95% kes, bakat dalam sesuatu bidang tidak menjamin manjadikan anda seorang yang pakar.

Untuk bina bakat yang dah ada sampai ke tahap jadi pakar anda perlu lakukan perkara berikut di bawah.

Berlatih selama 10,000 jam !. Latihan yang melibatkan kualiti dan juga kuantiti penting. Tidak cukup sekadar menghadirkan diri sahaja. Anda perlukan lebih daripada itu.

Latihan mesti macam betul-betul. Jika mahu jadi pakar Tomoi, setakat tumbuk dan tendang batang kelapa saja tak cukup. Anda perlu pergi lebih jauh sehingga masuk dalam gelangang dan berhadapan dengan pesaing.

Jangan jadi pasif. Anda mesti aktif bergiat serta melibatkan diri.

Berlatih berulang-ulang saja tak cukup. Anda mesti mencabar diri anda lebih jauh dalam menguasai segala kemahiran.

Jangan lupakan latihan secara solo. Berlatih sendirian amat perlu walaupun bidang tersebut memerlukan pasukan.

Berlatih dengan banyak. 8 Minggu diperlukan untuk anda menguasai asas. Tapi untuk menjadi pakar anda mungkin memerlukan 10 tahun.

Cuba cari faktor perangsang. Ia membuatkan anda berlatih tanpa paksaan. Kelancaran berlatih membuatkan faktor berjaya lebih dari 80%

Ada lagi faktor tambahan: yang anda perlukan:

Sabar, sabar, dan sabar. Kesabaran dan kecekalan saja yang mampu membuatkan anda menghabiskan 10,000 jam masa berlatih.

Cari mentor yang hebat. Mentor hebat bukan yang hanya memuji dan menggalakkan anda. Dia mesti seorang yang tegas dan tidak memberikan anda muka.

Fokus pada perkara negatif!. Ia mungkin bertentangan dengan teori biasa yang menggalakkan kita melihat perkara positif, itu hanya layak untuk menguasai perkara asas. Untuk menjadi pakar anda perlu fokus komen negatif yang mampu mencabar anda perbaiki kelemahan. Fokus komen negatif adalah ciri-ciri yang membezakan pakar dengan yang lain.

Tumpu pada pembaikan yang berpanjangan. Jangan menunjuk pada orang lain, ia tidak memberikan sebarang faedah.

Dahagakan kritikan yang cepat dan segera perbaiki.

Yakin diri sendiri yang segalanya adalah berbaloi. Itu saja yang mampu mengembirakan anda.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-60973813907591717522024-01-17T02:41:00.000-08:002024-01-17T02:41:40.097-08:00Adakah orang yang berjaya kurang tidur berbanding orang lain

Saya pernah dengar pendapat dari seorang kawan yang percaya kalau nak berjaya seseorang itu mesti kurang tidur?

Sepanjang pengalaman berborak dan berbincang masalah kawan-kawan dalam bab bisnes dan kejayaan, sentiasa ada rungutan dan kritikan pada sikap kawan, jenis yang kuat tidur. Rata-rata, kami melihat itu sebagai salah satu dari faktor penting yang membantut kejayaan dalam perniagaan yang diusahakan mereka.

Tapi, jika diperhatikan kawan-kawan yang dianggap jenis kuat tidur tu bukannya tidur dalam tempoh masa yang panjang. Mereka lebih cenderung kepada tidur lewat sampai pagi, kemudian bagun lewat juga sebab tidur lewat di malam tadi. Jumlahnya lebih kurang sama saja dengan kebanyakkan orang lain tidur, iaitu dalam 6 ke 8 jam.

Memang ada orang yang jadual waktu perniagaannya tak sama seperti jadual waktu kebanyakan aktiviti kehidupan orang lain. Contohnya jika anda jalankan bisnes kedai Tomyam yang mula berniaga jam 3 petang dan tutup kedai jam 3 pagi. Memang tak boleh ikut jadual kerja macam orang lain yang kerja pejabat.

Saya kenal seorang kawan yang dah berumur, punyai amalan jadual tidur yang berbeza dari orang biasa. Dia dah pencen dari aktiviti berniaga dan punya pengalaman yang lama naik dan jatuh dalam usaha niaganya. Banyak pengalaman yang saya kutip setiap kali bertemu dengannya.

Jika dinilai dari hasil usahanya, memang banyak perkara yang dah dia capai. Boleh dimasukkan dalam kategori mereka yang pernah berjaya satu ketika dahulu. Di zaman kegemilangannya, dia ada beberapa kedai di Stesen Bas Puduraya yang menjana duit tunai yang banyak di zaman kegemilangan stesen bas itu dulu.

Memang dia dari dulu masa dia hebat sampai sekarang, tabiat tidurnya sama saja. tidur lewat dan bangun lewat. Dia hanya akan masuk tidur setelah solat subuh.Setiap hari sebelum atau selepas zohor baru dia bangun.

Dari dia juga, saya kenal beberapa orang usahawan lain yang perangai sama. Mereka merupakan anak didiknya dalam perniagaan. Otak ligat dan cara berfikir hampir sama saja. Mungkin hasil didikan itu mereka juga jenis yang tidur lewat. Pukul 2 atau 3 pagi masih duduk kedai minum dan jumpa orang lagi.

Sekalipun tidur sangat lewat, esok paginya, pukul 6 dah bangun solat subuh samada di rumah atau di masjid. Selepas solat subuh, dah mula jumpa kawan-kawan bisnes lain sarapan di pasar. Entah berapa minit agaknya dia tidur sehari sentiasa jadi tanda tanya.

Zaman awal saya belajar berniaga, dengan merekalah saya berguru. Lama saya cuba ikut perangai mereka yang tidur lewat dan bangun awal. Saya andaikan mungkin itu merupakan salah satu formula yang membuatkan mereka berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Tapi akhirnya saya rumuskan cara itu tidak sesuai untuk saya. Kalau nak amalkan sekali sekala boleh. Tapi untuk jadikan itu amalan biasa, saya angkat tangan. Saya rasa seperti satu penyiksaan pada diri sendiri buat begitu.

Kaitan tidur dan sukses

Untuk membentuk cara saya sendiri dalam amalan tidur tanpa perlu ikut budaya tidur lewat dan bangun awal, maka saya mula mencari maklumat untuk membuat sedikit kajian berkaitan amalan tidur dengan kejayaan seseorang.

Dari situ saya faham asas kenapa perlu tidur. Tidur adalah aktiviti rehatkan diri. Semua orang perlu rehatkan tubuh badannya dengan tidur. Ketika tidur, macam-macam aktiviti yang berlaku dalam tubuh badan samada mental atau fizikal dan yang paling penting, ada aktiviti penyelenggaraan sedang ligat berlaku ketika tidur.

Makna kata, tidur adalah amalan yang sangat penting untuk berjaya. Ia perlu dilakukan dalam kadar tidak terlalu lama dan tidak terlalu cepat. Perlu tahu berapakan kadar yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan aktiviti pemulihan tubuh badan berlaku dengan cekap.

Kadar cukup tidur pula bergantung kepada diri masing-masing. Ada yang perlu tidur lama dan ada yang perlu tidur sekejap sahaja. Matlamatnya adalah sama iaitu untuk memulihkan tenaga.

Pakar merumuskan setiap manusia normal memerlukan antara 7 ke 8 jam masa untuk tidur dalam masa sehari. Kurang atau lebih dari itu membuatkan tenaga tidak dapat dipulihkan dengan optimum.

Ada orang yang rasa dia tidak perlu masa yang lama untuk tidur, hanya perlu antara 5 ke 6 jam sahaja sehari. Ada juga yang rasa dia perlu kurang dari itu.

Apakah itu betul?

Ya!, memang ada segelintir orang yang tidak perlu masa lama untuk memulihkan tenaga dengan tidur.

Tetapi kemungkinan besar anda bukan termasuk dalam golongan tersebut. Data kajian menunjukkan dalam 100 orang, hanya 5 orang sahaja yang berkemungkinan tidak perlu masa tidur yang lama.

Jenis kawan yang kurang tidur

Saya perhatikan beberapa orang kawan yang memang tak banyak tidur, malah sangat sedikit seperti yang saya cerita di atas tadi. Berikut adalah ciri-ciri kawan-kawan jenis begitu.

Mereka tidur lewat dan muncul awal pagi tanpa perlu tidur sebentar pada waktu siang atau mengambil minuman berkafein untuk kekal segar.

Mereka biasanya amat bertenaga dan ceria.

Mereka biasanya peramah, bercakap dengan laju dan tidak henti bercakap.

Biasanya mereka amat optimistik dan bercita-cita tinggi.

Otak mereka sentiasa cepat berfikir dan berada seperti dalam keadaan terkejar-kejar. Mereka sentiasa padang jauh ke depan

Mereka sentiasa saja ada idea untuk melakukan perkara yang menarik minat mereka.

Tidur dan bangun awal

Berbalik kepada soalan apakah orang yang mampu tidur sekejap biasanya berjaya?

Dari bacaan saya dapati, ia tidak dapat dibuktikan lagi. Tapi yang pastinya mereka mempunyai masa yang lebih panjang berbanding kebanyakan orang lain untuk melakukan kerja.

Kajian yang dibuat terhadap para pelajar pula mendapati prestasi pelajaran seseorang pelajar yang cukup tidur lebih bagus berbanding dari pelajar yang kurang tidur. Otak mereka lebih cerdas.

Ada satu artikel lama dahulu di majalah Forbes yang melihat jumlah tidur dan waktumasuk dan bangun tidur mereka yang berjaya dalam perniagaan di peringkat tinggi seperti Bill Gates, Warren Buffet dan seumpamanya.

Rata-rata mereka tidur lebih dari 6 jam. Kebanyakannya pukul 7 pagi dah bangun. Ada ramai juga yang bangun seawal 5 pagi.

Jika anda lihat bangsa secara keseluruhannya, kaum yang sudah jadi amalan mereka bangun awal pagi adalah kaum yang rajin dan baik hasil usaha mereka seperti orang Cina umpamanya.

Tambah lagi jika anda menceburi unia pertanian, bangun pagi sudah pasti memberi banyak kelebihan terhadap usaha pertanian anda.

Belajar kurang tidur

Boleh belajar untuk kurang tidur tak?

Jika anda teringin menjadi salah seorang daripada mereka yang kurang tidur, anda hanya membuang masa kerana tidak ada satu carapun untuk belajar jadi begitu.

Biasanya tabiat kurang tidur ini berputik sejak zaman kanak-kanak dan ia kebiasaannya adalah faktor keturunan.

Untuk mengetahui samada anda jenis yang kurang tidur atau tidak, mudah saja.

Jika dalam seminggu anda kebiasannya mampu bertahan untuk hanya tidur antara 5 ke 6 jam saja dalam masa satu hari, kemudian bila dihujung minggu anda ganti semula dengan tidur lebih lama, anda bukan jenis yang tahan kurang tidur.

Walau bagaimanapun, menurut sebuah buku yang saya baca baru-baru ini yang menyenaraikan tabiat 100 orang paling kaya di setiap Bandaraya di Amerika, majoriti daripada mereka tidak suka tidur dan lebih banyak berjaga daripada tidur.

Anda pertimbangkan sendiri samada untuk berjaya perlu kurang tidur atau tidak.

Bagi saya ia ada hubung kait dengan cita-cita dan keazaman untuk berjaya.

Bila dah terlalu fanatik untuk jadi yang terkaya dan terhebat dalam perniagaan, sudah pasti anda akan hadapi masalah untuk tidur!
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-32728795590099945212024-01-14T02:08:00.000-08:002024-01-14T02:08:25.052-08:00Petua hilangkan perasaan takut berhenti kerja untuk berniaga sepenuh masa

Saya ada tulis dalam artikel yang lalu, langkah awal yang saya buat untuk jadi usahawan adalah dengan berhenti kerja. Kalau perlu ulang sekali lagi, mungkin saya akan fikir semula. Dan saya tak ada niat mahu petuakan pada anda yang masih makan gaji untuk buat perkara sama kalau ada niat mahu jadi usahawan.

Bukan mudah mahu letak jawatan untuk terjun berniaga sepenuh masa. Tambah pulak jika anda punya jawatan yang stabil dengan gaji lumayan. Tak ada orang yang normal, yang campakkan surat berhenti kerja dapat lakukannya tanpa dihantui perasaan takut. Beribu-ribu mimpi ngeri yang boleh dibayangkan akan berlaku selepas berhenti kerja nanti.

Jika anda juga pernah berhadapan dengan masalah tersebut,saya faham. Kebiasaannya majoriti yang ada semangat nak jadi usahawan kekal terus makan gaji sampai pencen disebabkan wujudnya perasaan “takut”.

Hadapi rasa takut

Bagi anda yang memang dah nekad, setelah buat solat istiqarah dan dah habis bincang dengan semua orang yang boleh dipercayai, memang nak letak jawatan untuk jadi usahawan sepenuh masa, tapi masih dihantui masalah takut, saya boleh kongsikan sedikit maklumat di bawah ni.

Bagaimana berhadapan dengan masalah takut.

Saya dah temui ramai orang yang berpengalaman dalam melakukan perkara-perkara menakutkan seperti terjun dari helikopter dengan payung terjun, buat bungee jumping, buat terjunan gaya bebas dari tempat tinggi ke dalam air dan sebagainya. Mereka juga ada perasaan takut sama macam semua orang.

Tapi mereka juga tahu bahawa perasaan takut itu hanyalah sementara saja. Ia kekal ada selagi anda tak teruskan buat perkara yang menakutkan itu.

“Takut sebelum melakukannya”

Hanya satu saja cara untuk berhadapan dengan perasaan takut tersebut.

“Terus lakukan juga walaupun takut”

Contohnya jika anda mahu lakukan bungee jumping, sudah tentu berdebar-debar risau dan seribu satu macam takut lagi sebelum lakukan terjunan. Tetapi sebaik saja anda melakukan terjunan, perasaan takut terus lenyap.

Selepas dan loncat terjun, anda hanya memikirkan cara untuk selamatkan diri saja. Otak akan fokus kepada melakukan apa yang telah diajar ketika latihan sebelum terjun tadi supaya anda selamat.

Semua orang yang gagahi jiwa buat juga sesuatu urusan sekalipun takut, tentu ada pengalaman yang sama. Tentu anda sedar bahawa perasaan takut akan berterusan ada dan tak akan lenyap selagi anda tidak memulakannya.

Takut cakap depan orang ramai

Anda boleh cuba lalui pengalaman sama dengan cuba bangun untuk bercakap di depan orang ramai selepas ini. Mungkin di masjid atau surau atau di majlis keramaian atau mesyuarat.

Bangun bercakap depan khalayak ramai adalah salah satu dari perkara yang paling ditakuti oleh manusia di muka bumi ini. Jika anda takut, ertinya itu perkara biasa.

Lepas ni, cuba buat gila bangun dan bercakap sekalipun anda gemuruh dan menggigil. Biarlah nak jadi apapun, anda bangun dan gagahi bercakap juga. Anda akan dapat lalui pengalaman di mana rasa takut mula hilang sebaik saja anda mula bercakap dan terus bercakap sehingga tenang.

Takut berhenti kerja

Sama juga bagi anda yang nak berniaga dan perlu berhenti kerja. Untuk hilangkan takut tersebut, hanya ada satu cara.

Terus lakukan saja. Campakkan surat berhenti kerja. Selepas itu terus mula berniaga. Dengan berbuat demikian, anda hanya secara automatik mula berfikir bagaimana nak selamatkan diri dengan perniagaan tersebut.

Berita baiknya terjun berniaga dengan berhenti kerja, berbanding terjun pakai payung terjun dari helikopter adalah, terjun dari helikopter jauh lebih bahaya. Kesilapan bakal membawa maut.

Tetapi terjun ke dunia perniagaan, kesilapan boleh dijadikan pelajaran untuk ubah pendekatan. Dan paling penting, anda tidak akan mati kerana kesilapan itu walaupun banyak kali silap.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-11599879899007339422024-01-02T00:55:00.000-08:002024-01-02T00:55:42.802-08:00Panduan untuk pastikan apa yang anda sasarkan di tahun 2024 ini tercapai dengan mudah

Ini hari ke-2 untuk tahun baru 2024. Seperti biasa, setiap masuk tahun yang baru, ia dimulai dengan meletakkan sasaran yang hendak dicapai dalam tahun tersebut.

Saya yakin anda juga tentu punya sasaran yang nak dicapai setiap kali masuk tahun baru. Syaratnya, sasaran tahun sebelum ini sudah berjaya dicapai. Ada kawan saya setiap tahun dia akan beritahu sasarannya sama seperti tahun sebelum ini, iaitu nak cuba dapatkan sasaran tahun sebelum itu yang masih kelaut.

Dia dah bosan asyik buat sasaran yang tak pernah dilaksanakan. Ramai yang hadapi masalah sama dan akhirnya tak ambil peduli lagi dengan sasaran. Dari pengalaman yang lepas, sekalipun tak ada apa-apa sasaran, habis juga satu tahun penuh dengan kesibukan.

Tentang sasaran

Bagi saya, sasaran perlu ada untuk pastikan ada satu tanggung jawab yang perlu dilaksanakan demi mencapai sasaran tersebut. Samada sasaran tercapai atau tidak bukan matlamat paling utama, tapi kesan terhadap adanya sasaran itu yang dipentingkan.

Adanya sasaran bermakna ada destinasi yang mahu dituju. Jika anda berjalan kaki, ada 360 darjah halatuju yang boleh anda pilih. Setiap darjah bakal membawa anda bergerak ke arah yang berbeza. Samada anda pilih secara sedar atau tidak, sebaik saja anda mula bergerak, itu tandanya anda sedang menuju ke satu destinasi.

Ada orang dia main bergerak saja, sampai ke mana pun dia terima. Boleh juga macam tu. Tiada paksaan untuk memilih mana-mana destinasi. Asalkan sekali dah bergerak, jangan asyik ubah arah. Takut akhirnya sampai balik ke tempat asal tadi.

Apa yang paling penting, hidup hanya akan bergerak ke depan dan tidak disia-siakan seandainya anda ada tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. Macam saya sebut di atas tadi, sasaran adalah untuk adakan satu tanggung jawab yang dipikul.

Sekalipun anda tidak meletakkan apa-apa sasaran, sebaik saja anda menjadi seorang insan yang dewasa, anda sudah pasti ada tanggung jawab dalam hidup. Sebab itu tahun demi tahun tetap berjalan dengan kesibukan samada anda suka atau tidak. Tanggung jawab yang dipegang itulah yang menggerakkan anda selama ini.

Tanggung jawab yang perlu dilakukan bergantung kepada siapa diri anda. Secara umumnya boleh dikategorikan seperti berikut.

Diri sendiri

Anak

Adik/abang

Suami/isteri

Ayah/Ibu

Jiran

Warganegara

Bangsa

Agama

Majikan/pekerja

Ketua/pengikut

Dll seumpamanya.

Anda tahu siapa anda. Setiap orang tahu kedudukannya berdasarkan senarai yang saya berikan di atas tadi. Jika anda benar-benar fokus kepada melaksanakan setiap peranan yang dimainkan di atas sebaik mungkin, anda sudah memilih satu jalan yang paling selamat dan berjaya dalam hidup.

Kenali diri

Diri sendiri saya masukkan sebagai peranan nombor satu di atas tadi sebab ia menentukan sudah senang perjalanan hidup anda.

Orang tua-tua dan terutamanya mereka yang minat bab kesufian sering sebut bab kenali diri ni. Saya tak pasti apa yang mereka maksudkan sebenarnya dengan saranan itu. Kemungkinan besar mereka sendiri tak tahu sebab hanya ulang sebut apa yang tok guru mereka sebutkan selama ini.

Bagi saya kenali diri bermaksud tahu apa kelebihan dan kelemahan yang anda ada. Itu yang Tuhan sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 3. "Apa yang Tuhan kurniakan pada kamu, pergunakan".

Perkataan Arab, rezeki dalam bahasa Melayu adalah rezeki juga. Dan para bijaksana menghuraikan bab rezeki dengan mengekalkan perkataan itu panjang lebar sampai akhirnya ia jadi susah nak faham dan masuk ke dunia mistik. Sedangkan ada perkataan yang mudah difahami dalam bahasa Melayu itu sendiri.

Rezeki itu adalah apa yang Tuhan berikan pada kamu. Dalam terjemahan Quran ke Bahasa Inggeris lebih jelas maknanya. Mereka sebut provision. Dalam Bahasa Melayu, Peruntukan. Itulah maknanya.

Cuba lihat diri anda apa yang Tuhan berikan. DNA dari ayah dan mak membentuk bakat dan kecenderungan dalam diri anda itu. Di mana ayah dan ibu besarkan anda, dalam rumah, kampung, masyarakat, sekolah, negara dan sebagainya membentuk kemahiran dan kekuatan serta kelemahan yang ada pada diri bila anda dewasa.

Pergunakan kekuatan tersebut untuk hidup, bantu orang, tunaikan tanggung jawab berdasarkan kedudukan anda dalam senarai di atas tadi. Dalam jurusan di mana anda lemah, jangan ambil peranan itu. Berikan peranan itu kepada mereka yang Tuhan berikan kelebihan padanya.

Contohnya, jika anda tak reti dan tak suka melukis, tak payahlah ambil peranan jadi pelukis. Mudah kan begitu!.

Dengan berbuat demikian, anda sudah mengamalkan apa yang Al-Quran sebut di atas tadi dalam Surah Al-Baqarah ayat 3. Pergunakan apa yang Tuhan kurniakan kepada anda.

Rancangan tindakan anda

Jika anda faham apa yang saya cuba sampaikan di atas, jelas sekali sasaran itu sudah ada sebenarnya. Yang diperlukan sekarang adalah rancangan tindakan atau dalam BI disebut Action Plan.

Hampir semua sasaran tak pernah dicapai selama ini adalah disebabkan tidak ada rancangan tindakan.

Saya berikan contoh seorang ibu yang buat sasaran tahun baru untuk jadi seorang mak yang lebih baik. Samada ia jadi sasaran atau bukan sasaran, jadi ibu yang baik adalah tanggung jawab setiap ibu. Sebab itu saya sebut sasaran sebenarnya dah ada. Cuma tak buat saja.

Kenapa anda akan gagal setiap kali buat sasaran nak jadi seorang ibu yang lebih baik?

Sebab memang tak ada langsung action plan. Macam mana nak buat?

Sebaliknya jika anda buat sasaran tahun baru untuk pastikan masa diluangkan bersama anak-anak selama setengah jam berbual mereka setiap hari dengan memberikan tumpuan maksimum tanpa ada telefon pintar, ia sudah tentu dapat dilaksanakan malam ini juga.

Pelan tindakan itu dengan mudah dapat dipantau, diperbaiki dan dinilai keberkesanannya dan sedar-sedar, akhir tahun hubungan anda dengan anak-anak lebih baik dan anda lebih disayangi dan hidup anda jadi lebih bermakna.

Oleh itu, berikan tumpuan kepada rancangan tindakan.Tak kisah sekecil manapun ia, pastikan anda laksanakan secara konsisten. Tergelincir perbaiki sehinggalah ia meresap menjadi tabiat diri. Insyaallah anda akan berubah dan berjaya.

Simpan matlamat diam-diam

Adakah anda ceritakan apa yang mahu dicapai dalam hidup pada orang lain?

Atau pendamkan saja untuk diri sendiri sambil terus berusaha mencapainya?

Jika mahu berusaha terus menerus sehingga tercapai matlamat besar anda, langkah terbaik adalah dengan pendamkan saja untuk diri sendiri. Ini bagi memastikan anda terus berusaha dengan gigih sehingga tercapai sasaran.

Ini berdasarkan kajian yang dinyatakan di dalam buku bertajuk “The Little Book of Talent: 52 Tips for Improving Your Skills”.

Kajian dilakukan terhadap sekumpulan 163 orang yang dipecahkan kepada 2 kumpulan untuk melaksanakan perojek besar. Salah satu kumpulan diminta menceritakan matlamat mereka manakala satu kumpulan lagi disuruh merahsikannya. Mereka diberikan masa 45 minit untuk menghabiskan projek itu.

Keputusannya adalah:

Kumpulan yang menceritakan matlamat masing-masing berakhir dengan meninggalkan projek tersebut kurang daripada 30 minit.

Kumpulan yang merahsikan matlamat masing-masing menghabiskan masa 45 minit yang diberikan dan bersemangat untuk meneruskan kerja lagi walaupun masa dah habis.

Rumusannya adalah mereka yang berkongsi matlamat dengan menceritakan pada orang lain secara tidak sedar merasakan puas hati dengan pencapaian mereka walaupun belum berakhir. Otak bertindak seolah-olah anda telahpun mencapai matlamat walaupun kerja belum habis.

Jadi lepas ini, rahsiakan matlamat besar anda dalam hati dan jangan ceritakan pada orang lain. Berusaha dengan gigih sehingga tercapai. Ia adalah satu strategi yang terbaik untuk memastikan matlamat tercapai!
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-73361093707369340292023-12-31T07:26:00.000-08:002023-12-31T07:26:55.666-08:00Berlatih mantapkan daya tumpuan menggunakan orang yang sering beri masalah pada anda

Selepas tamat latihan sebagai juruterbang, Robert Kiyosaki dipilih untuk menyertai kumpulan elite kendalikan jet pejuang Amerika. Matlamat pilot jet pejuang ini hanya satu, ‘tembak tepat pada sasaran’. Mereka dilatih menembak ke sasaran bagi memusnahkan tentera musuh.

Sepanjang latihan Robert Kiyosaki sentiasa diiringi oleh seorang Sarjan yang merupakan pelatih berpengalaman dalam melahirkan pilot pembunuh.

Setiap kali melakukan penerbangan, apabila mereka menghampiri kawasan musuh dalam latihan tersebut, Sarjan itu mula memukul kepala Robert Kiyosaki bertubi-tubi dengan pemukul getah, sambil menyuruhnya tembak pada sasaran.

Sepanjang latihan simulasi itu, ia sentiasa berakhir dengan Jet Pejuang yang mereka naiki berjaya ditembak musuh. Setiap kali itu juga kedengaran jeritan Sarjan, ‘kamu membuatkan kita mati ditembak!”. Begitulah kejadian itu berulang-ulang. Ia membuatkan Robert rasa sangat marah pada Sarjannya.

Bagaimana dia dapat berikan tumpuan jika setiap kali menghampiri musuh kepalanya dipukul bertubi-tubi. Keadaan itu amat menyakitkan. Lebih-lebih lagi rasa sakit hati dengan gangguan tersebut.

Namun begitu Sarjan tidak pernah ambil perhatian terhadap kemarahan Robert. Dia teruskan aktiviti sama, mengganggu setiap kali mereka menghampiri sasaran. Setelah beberapa kali berlatih, sarjan ubah sedikit cara kacau Robert. Kali ini dia menjerit berulang kali “FOKUS!, FOKUS!”. Dalam masa yang sama masih tetap memukul kepala Robert Kiyosaki.

Lama kelamaan Robert tak hiraukan hentakan pada kepalanya itu. Dia hanya berusaha berikan tumpuan untuk memusnahkan musuh. Dengan berbuat begitu dia berjaya menembak ke sasaran sebelum jet pejuang mereka ditembak musuh.

Bila dah berjaya dan konsisten barulah Sarjan itu terangkan bahawa dia pukul kepala sebab itu merupakan satu cara untuk memalingkan Robert dari tumpuan. Dalam apa saja urusan yang dilakukan, semua orang akan hadapi berbagai gangguan ketika cuba memberi tumpuan. Itu lumrah kehidupan.

Hanya mereka yang berjaya tumpu 100% pada matlamat dan abaikan segala gangguan saja yang akan berjaya. Untuk berikan tumpuan, anda perlu lupakan segala perkara lain selain dari mencapai matlamat yang dikejar.

Latihan yang diberikan oleh Sarjan itu benar-benar berjaya memberi kefahaman pada Robert apa erti fokus. Semenjak itu, Robert Kiyosaki mula menggunakan pendekatan yang sama dalam apa saja perkara yang beliau lakukan terutamanya terhadap kehidupan dan juga perniagaannya.

Pengacau dalam hidup

Cuba fikir sejenak. Dalam kehidupan anda selama ini akan ada seseorang yang kerjanya asyik mendatangkan masalah saja. Biasanya mereka merupakan seseorang yang rapat dengan anda, samada dari kalangan keluarga, kawan-kawan, rakan perkongsian, jiran, atau musuh. Anda memang tidak dapat elakkan diri daripada mereka.

Anda mungkin tewas bila menghadapi masalah diganggu oleh mereka yang sering mendatangkan masalah. Tewas bukan disebabkan oleh mereka, tapi sebaliknya kerana cara anda menghadapi mereka tidak betul. Bila jadi begitu, anda akan meletakkan kesalahan pada mereka apabila anda hilang fokus terhadap matlamat yang sedang dikejar.

Sekarang mari cuba manfaatkan apa yang berlaku, samada yang hadir itu membantu anda atau mengganggu. Yang membantu sudah tentu anda pandai manfaatkannya. Tapi bagaimana nak ambil manfaat dari kaki kacau tu?

Sarjan dalam hidup anda

Dari cerita Robert di atas, anda boleh melantik semua mereka yang sering mendatangkan masalah serta mengganggu tumpuan matlamat hidup anda sebagai Sarjan.

Sarjan yang memberikan latihan percuma!.

Biarlah mereka ganggu sehebat mungkin untuk anda gunakan itu sebagai latihan bagi kuatkan daya tumpuan. Latih diri untuk fokus tanpa memperdulikan mereka.

Bukan mudah untuk bina daya fokus jika anda tidak mendapat latihan tubi samada secara formal atau tidak formal. Dengan melantik semua kaki kacau itu sebagai Sarjan, anda akan lulus ujian dengan cemerlang. Dan patut ucapkan terima kasih apabila anda berjaya jadi seorang yang kuat daya tumpuannya nanti.

Untuk berjaya dalam apa saja urusan, kekuatan memberikan tumpuan terhadap perjalanan dan usaha menuju kejayaan itu sangat penting. Anda akan pasti bertemu dengan seribu satu halangan yang cuba untuk membuatkan anda hilang tumpuan kalau tak mampu abaikan semua gangguan tersebut.

Petua dari Miyamoto Musashi

Pernah sekali seorang pemain pedang terhebat di Jepun, Miyamoto Musashi, ditanya bagaimana dia mampu menguasai kemahiran bermain pedang dengan hebat mengatasi semua orang lain.

Ini jawapannya.

Ketika melibas pedang kepada musuh, lupakan segala yang lain selain daripada melibas pedang itu.

Dengan berbuat begitu anda akan menjadi pemain pedang yang hebat dan digeruni. Jangan fikir apa kata kalau dia melawan dan mengelak nanti. Atau fikir kasihan pada keluarganya, atau lain-lain lagi. Semua itu hanya akan membuatkan gerakan mencantas anda terbantut dan gagal.

Sama juga jika anda mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya, lupakan segala halangan yang mendatang selain daripada memikirkan tindakan untuk mencapai tujuan itu.

Insyaallah anda akan berjaya.

Pesan akhir saya. Jangan lupa kenal pasti siapa Sarjan pelatih dalam hidup anda. Selamat tahun baru 2024
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-71413365648886650262023-12-25T07:29:00.000-08:002023-12-25T07:29:14.277-08:00Bagaimana nak pulihkan semula semangat mahu berjaya yang dah hilang

Jika ditanya samada mahu berjaya dalam hidup atau tidak, pasti semua orang akan jawab Ya!.

Saya yakin semua yang jawab YA itu jujur terhadap pengakuan mereka. Memang tak ada orang yang tak mahu berjaya dalam kehidupan mereka. Walaupun takrifan kejayaan pada setiap orang berbeza-beza, namun semuanya sepakat bersetuju bahawa hidup adalah berbaloi jika anda berjaya.

Untuk permulaan, cuba fikirkan soalan ini.

Apa erti berjaya bagi anda?

Erti berjaya bagi saya

Sebelum diteruskan artikel ini, saya berikan garis panduan makna kejayaan yang saya pegang selama ini. Ada 4 elemen penting yang perlu ada untuk melayakkan diri anda diiktiraf sebagai telah mencapai kejayaan.

4 elemen tersebut adalah seperti berikut.

1. Pencapaian - Manusia akan rasa bangga dan berpuas hati sekiranya dia mensasarkan sesuatu, berusaha sehingga berjaya mendapatkannya. Tak kisah apa yang anda sasarkan samada anda sendiri yang tentukan atau sasaran itu ditentukan oleh orang lain. Apabila ia dicapai, anda dianggap berjaya. Orang yang hidup tanpa ada satupun pencapaian adalah seumpama tongkol kayu yang hanyut di dalam sungai.

2. Kepuasan diri - Ada orang yang berusaha jadi cikgu, masuk maktab, belajar sampai tamat dan akhirnya dinobatkan jawatan sebagai seorang guru, semua itu dilakukan atas kehendak ibubapa. Bukan dia yang mahu. Ibubapa yang teringin nak tengok anak dia jadi cikgu. Ia merupakan salah satu dari elemen kejayaan bila anda berjaya penuhi harapan ibu bapa tersebut. Tapi jika itu bukan kemahuan anda sendiri, tidak ada kepuasan diri sekalipun anda telah berjaya mencapainya. Oleh itu, elemen kepuasan diri ini mesti ada untuk pastikan ia memenuhi kriteria kejayaan yang ke-2.

3. Ada sumbangan kepada masyarakat - Berjaya melakukan sesuatu untuk kebaikan diri dan kepuasan diri sendiri saja masih tidak lengkap seandainya apa yang anda capai itu tidak ada apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Kajian menunjukkan rasa bahagia dapat menyumbang sesuatu kepada orang lain akan kekal dalam tempoh masa yang sangat lama. Itu kebahagiaan yang semua orang cari dalam kehidupan.

4. Ada warisan yang baik - Jika sumbangan kepada masyarakat dapat membahagiakan anda, tapi jika asyik berikan tumpuan hanya kepada orang saja dan abaikan keluarga, anda tidak akan dapat mencapai apa yang dikatakan sebagai kejayaan dalam hidup. Perlu tinggalkan sesuatu yang berguna kepada anak dan cucu. Perlu pastikan anak cucu anda rasa bangga dengan apa yang telah anda lakukan ketika hidup.

Dengan adanya 4 elemen tersebut di atas, insyaallah akan selamat sejahtera kehidupan anda dan yang paling penting hidup yang pendek dan sementara di dunia ini akan rasa sangat berbaloi.

Seperti yang saya sebut di atas tadi, semua orang nak berjaya, tapi lama kelamaan rasa nak berjaya itu tenggelam terus dek kesibukan hidup mencari makan saban hari sehingga sering keletihan. Akhirnya semangat umahu berjaya mula pudar dan hilang.

Untuk mendapatkan semula rasa ingin berjaya, saya gariskan 6 perkara yang perlu diamalkan seperti di bawah.

1. Ada kemahuan yang mendalam.

Ada sekali Socrates sedang berjalan kaki dengan salah seorang anak muridnya yang bertanya bagaimana caranya untuk berjaya menjadi seorang yang bijak dan berilmu seperti gurunya itu. Socrates tidak menjawab terus soalan tersebut sehinggalah mereka melalui sebuah kolam takungan air.

Sebaik saja sampai di kolam tersebut, tiba-tiba Socrates mencekak kepala anak muridnya dan ditekan masuk ke dalam kolam. Anak murid nya cuba meronta untuk melepaskan diri tapi Socrates memegang kuat menekan terus ke dalam air tersebut.

Setelah rontaan makin lama makin kuat, akhirnya Socrate mengangkat semula kepala anak muridnya keluar dari kolam air itu.

Tercungap-cungap anak muridnya, lega bercampur marah lalu bertanya kehairanan kenapa gurunya berbuat demikian. Socrates menjawab, bagaimana anak muridnya inginkan udara ketika berada di dalam air itu, begitulah keinginan yang sama kuat perlu ada untuk berjaya.

Barulah anak muridnya faham pelajaran penting untuk berjaya pada hari itu.

Mahu ni ada 2 jenis. Pertamanya masuk dalam kategori angan-angan ringan sahaja sekadar meluangkan masa lapang. Kemahuan begini tidak membawa sebarang kesan terhadap tindakan.

Perlu pupuk keinginan untuk berjaya agar ia membesar sama kuat seperti mana orang yang tak dapat bernafas inginkan udara.

Cuba buat senarai semua keinginan yang anda ada untuk berjaya yang lebih spesifik dan berikan penilaian antara 1 sampai sepuluh dengan markah 10 menunjukkan tahap yang paling anda dambakan.

Tapis semua keinginan yang mencecah angka 10 dan buang selain dari itu. Jangan banyak sangat keinginan buat sementara waktu ini. Cukup sekadar 3 saja dan akhir sekali pilih satu saja dari 3 itu.

Mula berdoa setiap hari mohon kepada Allah agar anda diberi petunjuk dan keazaman yang mendalam untuk mendapatkan apa yang anda inginkan tersebut.

2. Tak kenal maka tak cinta

Mula cari maklumat untuk mencapai kehebatan yang anda inginkan tersebut supaya lebih jelas dan mendalam kefahaman anda terhadapnya. Semakin kenal, maka semakin anda jatuh cinta kepada keinginan tersebut, semakin kuat keinginan untuk mendapatkannya

Layari internet, google, tanya pada yang tahu, membaca dan lain-lain sebagainya untuk dapatkan segala maklumat yang diperlukan agar jalan mendapatkannya ditemui.

3. Refleksi diri

Bertafakur setiap hari selama sekurang-kurangnya 27 minit. Mereka yang mengamalkan tafakur setiap hari mampu mengubah cara otak berfikir selepas 8 minggu. Amalkan sehingga ia jadi tabiat dalam diri anda.

Cari tempat yang sesuai, yang tenang dan sebaiknya biar ia tempat yang sama untuk diamalkan setiap hari. Itu akan membentuk tabiat yang melekat dalam diri anda.

4. Rehat bila penat

Cara terbaik untuk rehat adalah untuk jadikan amalan tidur siang sebentar selama sekurang-kurangnya 20 minit. Rehat dan sediakan minda anda untuk kerja yang seterusnya. Jadikan ia sebagai tabiat harian.

5. Jangan paksa diri

Lakukan perubahan atau latihan secara lancar tanpa ada perasaan risau dan tidak yakin. Berikan tempoh secukupnya untuk otak melaksanakan kerjanya.

Mereka yang berusaha menguasai sesuatu perkara baru secara tenang tanpa ada kerisauan mampu mencapai kemahiran baru itu 80% lebih tinggi dari mereka yang berada dalam tekanan untuk mendapatkannya. Jadi sila relaks.

6. Ulang dan ulang

Ini perkara wajib dan terbukti sentiasa berjaya untuk menguasai sesuatu.

Seperti kata Aristotle.

Anda adalah apa yang sering anda ulang lakukan, oleh itu kecemerlangan adalah sesuatu yang boleh dibentuk.

Kajian menunjukkan masa yang diperlukan untuk mengubah atau mendapatkan apa yang anda mahu melalui cara yang saya sebutkan di atas adalah selama 8 minggu sahaja.

Jom sama-sama kita lakukannya.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-76229639281709335212023-12-20T17:58:00.000-08:002023-12-20T17:58:38.924-08:00Cara merancang untuk berusaha mendapatkan jualan RM 1 Juta setahun dalam perniagaan anda

Bagi anda yang berniaga, secara purata, berapa jualan perniagaan anda setahun?

Jika anda masih belum berjaya mencapai RM1 Juta setahun, artikel itu mungkin dapat membantu anda untuk berusaha mendapatkannya. Insyaallah!

Soalan, bagaimana nak dapatkan jualan RM1 juta setahun itu sahaja, sebenarnya merupakan titik mula langkah anda untuk berusaha mendapatkannya. Kebanyakkan orang yang berniaga, sangat asyik dalam nikmat menjalankan perniagaan setiap hari siang dan malam sehingga pertanyaan sebegitu tak terlintas sama sekali.

Bagi yang mula bertanya pula, kemudian diikuti dengan keazaman untuk benar-benar mahu mendapatkannya, lalu mula mencari jawapan tanpa jemu, insyaallah, sampai masanya akan berjaya juga.

Jangan hanya dibiarkan saja pertanyaan itu lalu dalam kepala tanpa dipedulikan. Kerana sikap sebegitu kebiasannya, tidak dapat membantu untuk anda berjaya.

Dari makan gaji ke berniaga

Bagi manusia biasa macam saya, jumlah RM1 juta adalah satu jumlah yang amat besar. Dari kecil sampai dewasa, hidup sekadar berusaha untuk melepaskan keperluan sahaja dengan apa yang dapat perlu dibelanjakan untuk teruskan kehidupan.

Masa mula kerja makan gaji dulu selepas belajar, dapat gaji RM600 sebulan sudah dirasakan satu nikmat yang sangat besar. Tak pernah sekalipun sebelum itu dapat pegang seketul gedebuk RM600 sekali gus.

Masa berlalu, jumlah yang difikirkan mampu dimiliki mula meningkat sedikit demi sedikit. Tapi setakat jumlah orang makan gaji level eksekutif dalam industri biasa sajalah. Bukan industri glamour yang janjikan gaji tinggi seperti syarikat minyak dan seumpamanya.

Sehinggalah saya berhenti kerja dan terjun berniaga.

Di awal permulaan, saya sekadar memikirkan untuk pastikan segala kos jualan dan kos tetap dapat diselesaikan setiap bulan. Jika tak ada baki untuk syarikat pun dah rasa ok. Asalkan gaji untuk Tokeh masih dapat dilunaskan.

Begitulah adat berniaga kecil-kecilan, tak sama seperti syarikat korporat yang kos bayar gaji saja mampu mencecah jutaan ringgit. Saya boleh berikan gambaran seperti berikut, keadaan peniaga kecil macam saya.

Bisnes kemas rumah

Katakan anda mejalankan perniagaan khidmat mengemas rumah orang.

Dengan meletakkan diri anda sebagai seorang penyelia merangkap pengurus, dan juga merangkap pemilik, bersama 2 orang pekerja di bawah, sejumlah pendapatan RM5 ribu sebulan sudah cukup untuk membayar gaji pekerja. Selebihnya untuk keperluan perniagaan dan sara hidup.

Untuk pastikan syarikat anda menjana jualan RM5 ribu sebulan, perlu cari sekurang-kurangnya 17 buah rumah sebagai pelanggan. Dengan pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM300 sebulan untuk khidmat kemas rumah mereka.

Membuat kiraan sebegitu amat mudah, tapi bagi yang dah ada pengalaman jalankan perniagaan, tentu tahu betapa peritnya usaha nak dapatkan, walaupun seorang pelanggan. 10 kali cuba belum tentu dapat. Dan semua itu membuatkan anda terkial-kial macam lipas kudung buat sale sekadar untuk pastikan anda dan perniagaan kekal hidup.

Semua kesibukan menjadikan anda tak mampu untuk bersandar sebentar dan berangan-angan jauh bagi meletakkan sasaran setinggi yang mampu dicapai, seandainya tidak dibetulkan cara berfikir dan cara menguruskan perniagaan dengan betul.

Perkara penting untuk membolehkan anda duduk tersandar di kerusi pejabat untuk melakukan proses berangan-angan ke depan adalah seperti berikut.

Urus duit keluar masuk - Anda perlu pulun seligat mungkin untuk pastikan overhead lepas, dengan ada sedikit lebihan. Tetapkan gaji anda dan Jangan ambil lebihan tersebut untuk naikkan gaji sendiri. Biarkan lebihan meningkat dari masa ke masa. Lebih pantas lebih bagus.

Serahkan tugas - Anda perlu melepaskan tugas yang andalah penyelia dan anda juga manager dan anda juga tukang cuci, kepada orang lain. Gunakan duit untuk beli masa. Untuk itu jangan takut, jangan kemut untuk gajikan orang bagi mengambil tanggung jawab penyelia atau manager itu.

Apabila tugasan dah diambil orang, anda akan mula dilanda masalah risau gelabah tak tentu arah sebab tak biasa, lalu tak tahu nak buat apa. Maklumlah sekian lama asyik beraksi sampai tak sempat berfikir.

Biasanya anda yang dah terbiasa kerja macam lipas kudung sebelum itu, akhirnya akan terjun semula beraksi sebab tak pernah lagi biasakan diri buat kerja merancang dengan pakai otak saja.

Untuk atasi masalah itu, anda perlu melakukan beberapa perkara berikut di bawah. Semua perkara di bawah ini jika dilakukan, insyaallah akan langkah mula yang bakal membantu anda mendapat RM1 juta dalam bisnes anda sekarang.

Sabar - Bersabarlah dan pujuk diri anda bahawa ini hanya sementara dan anda dalam proses menyesuaikan diri untuk menjadi jutawan. Lagipun tak ada boss yang sedang memantau apa yang anda buat.

Jangan duduk dalam bisnes - Pantau sekejap saja anak buah yang turun buat kerja dan segera tinggalkan mereka untuk mencari kawan-kawan yang berjaya. Mereka yang dah berjaya ni biasanya kerja utama adalah melepak cari kawan share masalah atau cari idea baru. Pergi joint mereka.

Serius dan fokus -Segala aktiviti membina jaringan dan mendapatkan idea atau maklumat mesti berobjektif. Jangan asyik berborak lama sangat.

Bersendirian secara rutin - Sebelum pulang ke rumah menamatkan hari tersebut, menyendiri sebentar sekurangnya satu jam di pejabat.

Guna teknologi - Keluarkan sedikit modal, jangan kemut untuk gunakan teknologi yang mempercepatkan kerja kiraan. Sediakan komputer di depan dan sediakan alat kira besar yang boleh kira lebih dari 7 angka.

Buat simulasi kiraan - Buat kiraan berapa anda akan capai bulan tersebut. Katakan jumlahnya adalah RM7 ribu. Untuk mendapatkan jumlah jualan sejuta setahun, anda perlu dapatkan pendapatan sejumlah RM83,333.35 sebulan !, maksudnya anda perlu gandakan semua yang sedang ada sebanyak 12 kali, itu bukanlah jumlah yang banyak. Bagaimana kalau ada pelanggan lebih besar dari sebuah rumah?

Buat kiraan terperinci - RM83,333 dibahagikan dengan RM7,000 bersamaan lebih kurang 12. Jika jumlah pelanggan yang ada sekarang adalah 20 rumah, anda perlu lagi 220 rumah untuk mencapai sasaran jualan RM83,333 sebulan. Ada tak satu pelanggan yang mewakili 3 atau lebih rumah?

Buat perancangan terperinci - Fikirkan bagaimana nak buat semua yang anda rasa perlu untuk mencapai sasaran, sampai cukup sejam untuk hari itu dan balik.

Sebaik saja anda mula mengamalkannya, sejak balik pada hari itu selepas semua aktiviti mengira dan merancang, otak anda tak akan henti-henti berfikir macam mana nak capai semua angka tersebut, ketika sedang buang air sekalipun.

Itu menandakan anda berada dalam proses menghampiri sasaran.

Sabar, tunggu dan teruskan berfikir setiap hari sebelum balik satu jam di depan komputer, tambah satu lagi item, iaitu buku nota. Sentiasa kepilkan dalam poket. Ia perlu bila ada idea terpancul keluar yang biasanya datang tak kira masa dan tempat.

Paling lewat 2 tahun sasaran tersebut akan tercapai dan paling cepat mungkin sekitar 6 bulan. Itu bukanlah masa yang lama bagi seorang usahawan. Insyallah!

Semoga ada manfaatnya dan selamat mencuba untuk mencapai RM1 juta dalam bisnes
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-60578922299153157492023-12-14T06:49:00.000-08:002023-12-14T06:49:59.897-08:00Nasihat berbeza dalam bisnes - 10 perkara yang perlu ada untuk buatkan perniagaan anda berjaya

Saya ada ikuti pendapat bagaimana nak jadikan sesebuah perniagaan itu berjaya oleh seorang bekas usahawan yang sekarang dah beralih arah lebih kepada falsafah kehidupan. Namanya Martin Butler.

Dia seorang ahli fizik teori yang habiskan doktoratnya terhadap teori umum relativity Einstein. Selepas habis belajar dia rasa agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Lalu dia mula membuat kerja-kerja analisa terhadap teknologi maklumat.

Dia bernasib baik apabila kerja itu bertukar jadi sebuah bisnes yang berjaya bermula pada tahun 1990 dengan kosong, dan dia menjual bisnes yang dimulakan itu selepas 15 tahun menjalankannya. Ketika menjual bisnes tersebut, dia ada 150 orang pekerja di bawah syarikatnya.

Pandangannya terhadap usaha menjayakan sesebuah perniagaan agak berbeza berbanding apa yang semua orang selalu katakan.

Bagi saya, ia sangat bernilai dan lebih realistik serta mudah faham. Berikut saya kongsikan nasihatnya di bawah ini.

1. Nasib baik

Ini perkara utama yang perlu ada untuk membuatkan perniagaan anda sukses. Berada di tempat yang betul, pada masa yang betul dengan produk yang betul.

Itu namanya bernasib baik sebab untuk merancang ketiga-tiga perkara tersebut berlaku serentak adalah hampir mustahil. Terlalu banyak pemboleh ubah atau faktor yang menentukan semua perkara tersebut berlaku serentak.

Jadi berdoalah sekerap mungkin, tanpa jemu agar anda dikurniakan rezeki yang sedemikian.

2. Cuba banyak kali

Ada orang yang mencuba 18 perniagaan tapi semuanya gagal kecuali satu. Dan yang satu itu benar-benar membuatkan dia menjana kekayaan dan kejayaan yang besar. Dan dia kekal dengan bisnes tersebut.

Oleh itu, jangan jemu mencuba banyak kali. Untung nasib anda baik, satu menjadi sudah memadai.

3. Leverage

Ambil kesempatan terhadap kelebihan yang anda ada pada tahap yang paling maksimum. Jangan lengah dan jangan buat separuh hati terhadap kelebihan itu. Pulun betul-betul dan pergunakan ia sesungguh hati.

Contohnya jika anda mendapat peluang sebagai satu-satunya ajen terhadap produk yang punya permintaan tinggi, buat betul-betul secepat kilat supaya produk anda sampai di segenap penjuru tempat tanpa gagal.

Jangan sampai ada orang lain cantas atau tiru atau ciplak. Pertahankan peluang itu dan jual dan jual sebanyak mungkin.

4. Jangan dengar nasihat profesional

Nasihat dari pro biasanya adalah untuk buat perancangan yang betul, buat unjuran, sediakan plan dan bajet yang tepat untuk pastikan bisnes anda berjaya. Hakikatnya semua itu tidak ada apa-apa makna ketika anda baru memulakan perniagaan.

Anda tak tahu apa bakal berlaku pada perniagaan yang baru bermula. Semua unjuran dan perancangan itu tidak berguna.

Malah jika perniagaan anda sudah berjalan dengan baik, semua bajet serta unjuran secara terperinci oleh ahli profesional itu tidak menentukan kejayaan bisnes anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah patikan duit anda dibelanjakan pada perkara yang mendatangkan hasil. Itu saja.

5. Peka

Anda perlu ada deria yang sensitif terhadap mengenal pasti apa yang boleh jalan dengan apa yang tak boleh jalan.

Mana yang jalan, gandakan lagi usaha terhadap perkara tersebut. Manakala yang tak bergerak buang saja atau hentikan.

Hanya keadaan peka dalam melakukan kerja anda dalam perniagaan sahaja yang akan membantu untuk anda pilih mana yang jalan dan mana yang tidak.

6. Tiada nilai sentimental

Untuk pastikan perkara di atas berlaku, mesti ada keupayaan untuk menghapuskan apa yang anda sayang sekiranya ia tidak berjalan sebagaimana yang anda harapkan. Suka macam manapun, kalau tidak memberikan hasil, hapuskan atau hentikan saja.

Ini banyak menggagalkan para usahawan. Tak sanggup buang aktiviti, atau idea perniagaan yang dia sangat suka dan sayang. Anda tak kan mampu ajar orang untuk buat keputusan apa nak beli dan di mana nak belanjakan duit mereka. Kalau orang nak beli dia akan beli, kalau dia tak nak beli, tinggalkan saja idea tersebut.

7. Bisnes yang susah

Perlu ada sekatan yang baik untuk pastikan orang lain yang nak buat bisnes yang sama jadi susah.

Lagi tinggi sekatan, lagi bagus. Kalau boleh biar semua orang tak boleh buat bisnes itu melainkan anda saja.

Jika anda buat bisnes yang siapa saja boleh mulakan, akhirnya anda akan lawan harga makin lama makin rendah. Tak ada bisnes yang akan berjaya bila jual sampai tak ada untung.

8. Jangan pertaruhkan segalanya untuk bisnes

Pertahankan apa yang anda ada, jangan sampai habis.

Sebab 9 dari 10 bisnes akan gagal dalam tempoh setahun pertama mereka jalankan perniagaan. Jadi jangan buat perkara bodoh untuk pertaruhkan apa yang anda ada untuk perkara berisiko tinggi begitu.

Perniagaan yang betul akan menjana pulangan yang baik tanpa perlu menyuntik modal yang terlalu tinggi sehingga habis apa saja harta kekayaan yang anda ada. Suntik duit pada bisnes yang nak mati adalah kerja sia-sia. Ia tetap akan mati juga. Perlu tahu bial nak berhenti.

Jika kena perniagaan yang dijalankan, anda akan mendapat pulangan lumayan. Jika tak kena, buatlah apapun, ia hanya akan menghabiskan tenaga dan duit yang anda ada saja. Terima hakikat jika bisnes yang anda buat itu tidak menguntungkan, tinggalkan saja dan cari bisnes lain.

9. Kerja keras tidak membantu

Sekeras manapun anda berusaha, kerja sampai 16 jam sehari, jika bisnes itu tak menguntungkan, ia tetap tidak akan berubah menjadi untung. Tak perlulah tambah lagi kerja keras anda 3 ata 4 jam lagi kerana ia tidak akan membantu.

Sama macam di atas tadi, kalau bisnes nak mati, ia tetap akan mati. Kerja keras tak membantu. Mula kerja keras hanya pada benda yang nak hidup sahaja. Ketika itu insyaallah akan ada impak.

Jadi, pastikan anda curahkan tenaga pada bisnes yang betul dan kerja yang ada hasil.

10. Perlu daya ketahanan

Dalam perjalanan anda berusaha menjayakan perniagaan, sudah tentu akan ada naik dan turun. Anda perlu bertahan, belajar dari apa yang berlaku dan melakukan perubahan jika perlu sehingga ia membuahkan hasil.

Jika tak ada daya ketahanan yang tinggi, anda tak akan mampu melakukan semua itu. Orang lembek tak ada tempat dalam urusan perniagaan.

Selepas anda berjaya membina perniagaan anda, fikirkan untuk menjualnya kepada entiti yang berminat. Tak payah cari venture capital atau angel capital untuk jual share perniagaan anda itu.

Cari sendiri mana-mana syarikat yang perlukan bisnes anda tersebut dan jual dengan harga yang betul. Dengan duit yang anda dapat, hidup aktif sebagai orang pencen.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-34021661816448211442023-12-10T18:47:00.000-08:002023-12-10T18:47:07.405-08:00Panduan berhadapan dengan kesukaran dalam perniagaan berdasarkan pengalaman saya sendiri

Masa awal mula berniaga dulu, ada sekali tu, saya hadapi kesukaran untuk selesaikan gaji pekerja. Duitnya ada, tapi sekadar atas kertas kerana pelanggan belum bayar.

Janjinya, dalam tempoh dua minggu lagi bayaran akan diterima sedangkan saya perlukannya pada masa itu untuk bayar gaji yang dah masuk hujung bulan.

Saya dah berusaha minta pada rakan kongsi (sleeping partner) yang pegang syer majoriti besar dalam syarikat, namun diberitahu yang dia juga sedang kosong dompet, tak dapat membantu. Saya pasrah, terima apa saja jawapan yang dia berikan. Yang penting saya dah cuba minta.

Buntu, tak ada idea dari mana nak dapatkan RM5 ribu yang masih tak cukup, saya hidupkan kereta pergi ke KL. Tak ada tujuan sebenarnya, sekadar melayan fikiran yang tak tau nak fikir apa lagi. Kemudian saya singgah minum seorang diri di Restoran mamak MZ.

Tiba-tiba saya ditegur, “hoi Bihi!”.

Saya toleh pada suara tersebut, rupa-rupanya kawan yang dah lama tak jumpa. Dia terus duduk depan saya, minum dan berbual tanyakan khabar sebab dah lama tak jumpa. Saya layan sekalipun fikiran dalam keadaan kacau. Mungkin dia perasan lalu bertanya samada saya ada masalah kerana dilihatnya fikiran saya macam terganggu.

'Ya! memang saya ada masalah sedikit', jawab saya

Lalu menceritakan masalah duit tak cukup RM5 ribu untuk bayar gaji. SEbaik habis mendengar cerita saya, dia dengan selamba keluarkan buku cek dan buat RM5 ribu atas nama saya.

“Nah! aku baru ambil VSS, dapat RM500 ribu, ambil ni dan bayar bila dah ada duit nanti" katanya selamba.

Saya masih terlopong macam tak percaya.

Apa lagi, selesailah sudah masalah. Datang bantuan dari sumber yang tak pernah terlintas langsung. Saya segera pendekkan perbualan dan terus cabut balik ke Shah Alam untuk selesaikan gaji staff.

Mudah selepas susah

Dalam menjalani kehidupan, sudah pasti anda akan temui kesukaran dan segala cabaran hidup yang cuba menguji tahap kesabaran diri. Memang begitulah adat selagi anda masih tidak jemu berusaha menunaikan segala tanggung jawab dan komitmen hidup.

Bukan mudah nak dapatkan kebaikan dalam hidup ini. Bukan mudah juga nak dapatkan kebaikan selepas mati nanti. Anda perlu bertahan menerima segala ujian jangan sampai tewas.

Tuhan berjanji bawah setiap kesukaran pasti akan disusuli dengan kemudahan.

Dan sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. - (Al-Syarh 94: 5 - 6)

Ada kalanya anda mengalami kesukaran lalu berputus asa. Sikap begitu sudah pasti mengundang kekecewaan dan kegagalan. Tiap kali jadi begitu, ingat semula ayat di atas.

Jika anda merempuh kesusahan walau bagaimana sukar sekalipun. Samada kesukaran itu datang dalam bentuk halangan, tekanan atau seumpamanya, insyaallah kesabaran itu bakal membuahkan kemudahan. Terus berusaha dan sabar sampai datang kesenangan.

Minat tapi takut berniaga

Banyak bancian di buat bertanyakan kepada orang ramai terhadap keinginan menjadi usahawandengan menjalankan perniagaan. Majoriti jawab minat jadi usahawan.

Tapi kenapa agaknya ramai yang tak berani berniaga?

Samada suka atau tidak ia punya kaitan rapat dengan perasaan takut gagal. Sedangkan gagal hanya berlaku apabila anda berhenti mencuba. Sebenarnya itulah sebab utama, tak tahan menempuh kesukaran dalam berusaha mencari jalan menemui kejayaan.

Hanya ada 2 cara anda berhadapan dengan kesukaran.

Lari - Melarikan diri dan hidup dalam bayang-bayang

Tempuh - Merempuh dengan sabar. Meleraikan kesukaran itu satu persatu sehingga terbuka pintu kejayaan.

Jika anda yakin dengan ayat di atas dan sudah sewajibnya anda yakin, maka pilihlah pendekatan kedua di atas. Insyallah anda akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan.

Walau bagaimanapun, perlu lihat sambungan 2 ayat di atas seperti berkut.

Kemudian apabila engkau telah selesai, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (persediakan diri), Dan hanya kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon. - (Al-Syarh 94: 7 & 8)

Di samping berusaha, bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan, jangan lupa untuk senantiasa memohon pada Tuhan. Jangan mohon pada selain Allah.

Sekalipun anda anda menemui seseorang untuk minta bantuan, ingat bahawa itu sekadar usaha sahaja. Jika Tuhan izinkan, orang itu akan bantu anda. Jika tidak, usaha lagi sampai datangnya pertolongan Tuhan.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-9602060489511910392023-12-05T20:21:00.000-08:002023-12-09T03:05:07.719-08:00Kisah kawan-kawan yang jadi usahawan berjaya yang mula berniaga sejak usia muda

Ada pendapat kata kalau nak jadi usahawan elok dimulakan ketika usia masih muda. Ertinya dah mula jalankan perniagaan ketika masih muda.

Ada beberapa contoh usahawan terbilang yang tak tunggu tua untuk jadi usahawan. Antara yang terkenal ialah seperti Bill Gate, Steve Job, Mark Zuckerberg. Mereka mulakan bisnes ketika usia di awal 20-an. Kemudian dah berjaya billionaire di awal usia.

Anda juga kawan-kawan saya sendiri yang mula berniaga ketika muda. Tidaklah terkenal seperti para billionaire tersebut di atas. Namun begitu, untuk standard usahawan tempatan, saya masukkan mereka dalam kategori usahawan berjaya dengan hasil jualan syarikat mencecah juta juga secara bulanan atau tahunan.

Salah seorang kawan baik yang saya kenal sejak dulu di kampung adalah seorang taukeh dalam bidang kesihatan. Dia membuka pusat bersalin khas untuk muslimah. Sejak sekolah menengah lagi dia memang dah suka berniaga. Jika masuk musim buah, bila balik sekolah dia kait buah rambutan, ikat kemas-kemas. Kemudian dia sewa teksi bawa semua buah itu untuk dijual di pusat bandar. Sekarang dia miliki beberapa rangkaian hospital bersalin yang berkonsepkan Islamik di Utara dan di Lembah Klang.

Seorang lagi kawan yang saya kenal di KL sini, mula bisnes awal juga. Macam-macam dia buat dari satu bisnes ke satu bisnes. Ada saja idea yang dia cuba. Masa orang tak berapa tahu pasal lelong barang di ebay dulu, saya lihat dia dah buat duit dari situ dengan jual bermacam-macam alat aksesori lelaki yang boleh didapati dengan harga yang sangat murah di Petaling Street. Dia buka lelongan untuk dijual ke luar negara. Kemudian dia mula borong barang dari negara China sehingga membawa kepada pembukaan pusat borong barang dari China. Dia juga buat kursus memborong barang dari China antara yang awal buat kursus sedemikian.

Berkat usaha, skill dan sudah tentu rezki, dia berjaya awal. Perwatakan dan penampilannya yang matang membuatkan orang sangka umurnya dan lanjut. Tapi dia sebenarnya masih muda. Dari awal saya kenal dia, boleh nampak yang dia ada potensi untuk pergi jauh. Ditambah dengan citarasa yang kuat untuk berjaya, memang dia akan pergi jauh.

[Nota: Masa awal saya tulis artikel ini dulu, saya ada sebut untuk lihat takat mana dia akan pergi. Dan ternyata sekarang dia masuk dalam kategori yang tersendiri yang mampu beli jet peribadi.]

Ada ramai lagi kawan saya yang lain yang kini berjaya dengan aset berjuta-juta, juga mula berkecimpung sebagai usahawan sejak muda di bangku sekolah lagi. Kebanyakan daripada mereka tidak terkenal kerana memilih bidang niaga yang tak perlu amalkan gaya hidup glamour.

Kelebihan mula awal

Ada beberapa kelebihan yang boleh difikirkan jika anda mulakan perniagaan sejak usia masih muda. Mula berniaga dari muda sudah tentu ada baik & buruknya. Tapi saya nak fokus kepada kelebihannya dahulu seperti di bawah.

Pendedahan awal - Anda akan belajar ilmu keusahawanan lebih awal daripada orang lain.

Komitmen masih rendah - Dengan adanya komitmen, ia melibatkan risiko mental dan fizikal. Risiko yang diambil di awal usia terlalu rendah berbanding mula lewat. Bayangkan jika anda mula berniaga ketika umur 17 tahun, apa yang nak dirisaukan?

Banyak peluang untuk gagal - Membolehkan anda gagal berkali-kali sebagai medan ilmu mengetahui jalan mana yang salah.

Sukses lebih awal - Mula awal membolehkan anda berjaya lebih awal berbanding orang lain yang mula lewat sekalipun gagal banyak kali.

Faham kehendak pasaran akan datang - Memungkinkan anda nampak keperluan pengguna pada masa akan datang yang sezaman dengan anda.

Bandingan berniaga & naik basikal.

Belajar berniaga ni sama macam belajar nak basikal.

Tak ada cara lain untuk belajar naik basikal melainkan ambil basikal dan naik. Lagi cepat anda buat keputusan ambil basikal dan naik, lagi cepat jadi cekap kendalikan basikal.

Masuk Harvard untuk belajar teori naik basikal selama 5 tahun sekalipun, kalau tak ambil basikal dan naik, tak membantu untuk anda belajar naik basikal.

Berniaga pun begitu juga. Masuk Universiti belajar pasal perniagaan dari ijazah, master hingga ke pHD, kalau tak terjun dan jalankan perniagaan, anda masih belum lulus sekolah perniagaan lagi. Belum tentu bila berniaga anda akan berjaya.

Oleh itu mulakan berniaga awal, banyak faedahnya.

Umur dah lewat

Tapi kalau umur dah lanjut macam mana pulak?

Jawapannya adalah, Mulakan sekarang!

Sebelum umur anda meningkat lebih lanjut lagi. Samada mula sekarang atau kekal teragak-agak, umur anda sudah pasti tetap akan meningkat juga dari tahun ke tahun. Jadi buat keputusan!

Macam naik basikal, tak ada salahnya belajar naik basikal pada umur 40 tahun, bila dah cuba beberapa kali, Insyaallah mampu naik macam orang muda juga. Cuma bila jatuh ketika usia dah begitu, memang kelihatan amat buruk dan ambil masa sikit nak pulih berbanding anak muda.

Kelebihan mula lewat

Ya! mula lewat juga ada kelebihan.

Ertinya anda kerja makan gaji terlebih dulu, cari pengalaman, bina rangkaian dan kemahiran dalam industri tertentu sebelum terjun berhenti kerja dan berniaga.

Anda ada kelebihan pengetahuan dan keyakinan dalam bertindak. Cuma mungkin anda terlalu berhati-hati sebab tahu banyak benda sehingga membuatkan anda tidak bertindak. Itu risiko bila tahu banyak lebih dari orang lain.

Kajian juga mendapati, lebih tua anda bermula, lebih tinggi potensi untuk jadikan perniagaan anda berjaya. Itu berdasarkan maklumat kajian yang dilakukan di Amerika.

Jika anda diberi pilihan untuk melabur terhadap 2 syarikat baru mula. Yang pertama di kendalikan oleh anak muda dan kedua di kendalikan oleh individu pertengahan umur, pilihan terbaik adalah untuk memilih yang lebih berumur.

Tapi biasanya orang cenderung untuk pilih syarikat anak muda sebab tawaran yang murah untuk beli share berbanding syarikat pemilik yang dah pertengahan umur yang lebih matang dan yakin dengan apa yang dia buat. Jadi tawaran nak beli share di syarikat milik orang pertengahan umur adalah lebih mahal.

Dari kajian yang dilakukan, umur awal 40-an adalah yang paling sesuai untuk mulakan perniagaan. Boleh baca artikel di sini untuk maklumat lanjut.

Mulakan hari anda awal

Selain dari faktor umur yang berikan beberapa kelebihan dalam perniagaan jika anda mulakan di usia muda, ada satu lagi faktor penting dalam bab mula awal ni.

Anda juga perlu pastikan agar mampu bangun awal, pergi dan buat kerja awal. Itu juga amat penting.

Tak ada orang yang mula membina perniagaannya lalu berjaya, dengan memulakan hari kerjanya pukul 12 tengahari. Melainkan dia berniaga seorang diri seperti jual kacang putih atau buat show macam artis jalanan.

Berniaga sendiri tanpa perlukan orang lain sebagai sebuah kumpulan tak akan pergi jauh ke mana. Lihat peniaga kacang putih yang buat kesemua kerjanya sendiri. Apa yang dia dapat hanya cukup untuk dirinya sendiri saja.

Tak ada orang melonjak bina syarikat besar dengan hanya seorang diri. Anda tak ada pilihan melainkan membina kumpulan yang cukup hebat. Lebih besar kumpulan lebih hebat perniagaan anda. Rekrut pekerja, pimpin, latih dan pantau, itu tugas yang cukup mencabar.

Jika peniaga kacang putih mahu besar mesti bina kumpulan peniaga-peniaga kacang putih yang besar dengan dia menjadi orang yang menguruskan mereka. Dari situ dia juga mampu menjadi pengimport kacang putih untuk diedarkan pada penjual-penjualnya.

Sampai di tahap besar sebegitu, dia tak boleh mengelak dari bangun dan pergi kerja awal. Waktu pejabat tak boleh dimulakan sesuka hati. Semua pekerja perlu berkumpul pada masa yang ditetapkan, perlu ada disiplin. Kalau taukeh tak ada disiplin, jangan harap anak buah akan berdisiplin.

Ringkasnya mula awal untuk berjaya ada dua makna:

Mula berniaga masa muda

Berdisiplin mulakan kerja awal untuk membina kumpulan yang hebat.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-18592224176607668652023-12-03T01:37:00.000-08:002023-12-09T02:59:20.360-08:00Lantik orang yang lebih susah dari anda sebagai 'coach' untuk ubah kehidupan agar jadi lebih senang

Biasanya, panduan umum yang para sifu di luar sana berikan dalam bab memburu kejayaan adalah,

Untuk berjaya, perlu belajar dari orang sudah berjaya.

Contohnya, kalau anda nak kaya, kena belajar dari orang yang sudah berjaya jadi kaya. Logik panduan itu, tapi ..

Masalah jika nak ambil pendekatan tersebut adalah, orang kaya yang nak anda tuntut ilmu darinya itu akan kenakan bayaran. Bukan murah harganya. Sebab itu mereka kaya.

Bukan semua orang mampu keluarkan duit untuk bayar pada sifu-sifu yang dah kaya tu.

Jadi, saya nak cadang satu lagi cara yang jauh lebih mudah. Daripada belajar dengan orang kaya, apa kata anda belajar dari orang yang susah.

Dalam mana-mana masyarakat, orang susah saja yang sering bantu orang susah yang lain. Malah kebanyakan masa mereka memberi bantuan secara percuma saja, langsung tak berkira.

Sebab mereka tak ada apa-apa yang nak dirugikan, dah memang tak ada apa-apa sangat pun dalam simpanan. Mereka miskin harta, tapi kaya budi.

Takrifan miskin, susah & kaya

Sebelum itu, mari lihat terlebih dahulu makna miskin, susah dan kaya secara praktikal. Itu pendekatan awal untuk memberi keyakinan terhadap apa yang akan anda amalkan selepas ini.

Berikut takrifan mudahnya.

Miskin – Pendapatan tidak cukup untuk menyara keperluan. Jika dia perlukan RM1000 untuk penuhi keperluan hidup, dia hanya mampu dapat kurang dari itu dan tak akan dapat melunaskan segala keperluan dan tanggungan hidupnya.

Susah – Pendapatan ngam-ngam cukup untuk sara keperluan. Ini kategori yang ramai orang berada di dalamnya. Tak kira berapa pendapatan yang dia dapat, semuanya habis digunakan, tak ada lebih tak ada kurang. Begitulah berterusan sekali pun jika dia berjaya naikkan pendapatan tetap, perbelanjaan tetapnya akan turut juga naik.

Kaya – Pendapatan lebih daripada keperluan. Jika dia perlukan RM5000 untuk keperluan hidup, pendapatannya sentiasa lebih dari itu. Baki disimpan tak kacau, kemudian dilaburkan dan makin lama makin meningkat lebihan hasil dari pasif income yang dibina.

Anda boleh temui ramai orang, terutamanya yang makan gaji, yang susah. Macam saya kata di atas tu, setiap kali pendapatan meningkat, anda akan secara tak sedar tingkatkan juga keperluan. Hingga apa saja jumlah yang ada hanya cukup untuk dibelanjakan sepenuhnya tanpa ada simpanan.

Belajar dari orang susah

Sekarang, mari lihat bagaimana orang susah boleh mengajar anda menjadi kaya.

Lihat di sekeliling, samada kawan, kenalan, jiran, saudara atau siapa saja yang anda kenal, semuanya punyai jumlah pendapatan yang berbeza antara satu sama lain.

Ada yang dapat RM900 sebulan, ada yang dapat RM1,500, ada yang dapat RM3,000 dan ada juga yang dapat lebih daripada RM10,000 setiap bulan.

Di kalangan mereka dah tentu ada yang jumlah ahli keluarganya sebijik sama dengan anda dan barang kali tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Lebih menarik lagi kalau dibandingkan pendapatan yang anda dapat, adalah jauh melebihi pendapatan mereka.

Katakan pendapatan yang anda bawa balik adalah RM5,000 sedangkan pendapatan jiran itu sekitar RM3,000. Jika diperhatikan ada perkara menarik yang berlaku. Kenapa pendapatan yang anda ada hanya cukup-cukup untuk keperluan sahaja. Dalam masa yang sama jiran anda juga mengeluh kenapa pendapatannya hanya ngam-ngam untuk menyara keperluannya sahaja setiap bulan.

Sama seperti anda juga, dia tak berkeupayaan menabung dan ini telah berterusan semenjak pendapatannya hanya RM1,500 sebulan dulu. Samalah seperti anda.

Ada rahsia penting tersorok dalam keadaan yang saya gambarkan di atas jika digabungkan, dapat membantu anda jadi kaya.

Begini caranya.

Lantik jiran jadi coach - Ajak kawan yang pendapatan RM3,000 itu menjadi pembantu untuk anda jadi kaya. Berikan sedikit ganjaran seumpama RM50 atau lebih, setiap kali dia ceritakan amalan kehidupannya pada anda.

Tiru macam dia - Temuramah jiran anda itu bagaimana dia berbelanja secara terperinci. Kereta apa dia pakai, makanan jenis apa yang dia makan dan lain-lain yang berkaitan. Seterusnya ikut semua gaya hidup dan cara dia berbelanja. Jadikan beliau sebagai pemantau untuk menegur jika ada kesilapan berlaku.

Istiqamah - Amalkan secara tetap sehingga menjadi kebiasaan. Di saat itu anda akan dapati pendapatan yang dibawa balik sudah sentiasa berlebihan sebanyak RM2,000 daripada keperluan sebab anda dah berjaya ikut gaya hidupnya yang bawa balik RM3,000 sebulan.

Mula menabung semua lebihan - Masukkan ke dalam bank atau tabung haji atau unit trust atau seumpamanya secara tetap.

Anda sudah masuk dalam senarai orang kaya.

Jangan lupa turunkan ilmu ini pada jiran yang membantu anda tadi selepas anda dah berjaya ikut gaya hidupnya. Suruh dia cari rakan atau jiran lain pula yang berpendapatan RM2,000 sebulan. Jangan kaya seorang diri, ajak orang lain juga jadi kaya.

Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-2722570807077678212023-11-28T19:11:00.000-08:002023-11-28T19:13:30.989-08:00Untuk pergi lebih jauh, kerja kuat perlu digabungkan dengan keupayaan berfikir

Adakah anda seorang yang kuat bekerja?

Paling tidak, anda tentu ada ramai kenalan yang sangat kuat bekerja.

Dalam hampir semua buku motivasi yang saya baca, kerja kuat diletakkan sebagai salah satu syarat untuk berjaya. Begitu juga dalam buku biografi para individu yang menempah kejayaan hebat dalam perniagaan atau kerjaya mereka, kerja kuat dikaitkan sebagai salah satu dari faktor yang membantu kejayaan mereka.

Ramai orang kerja kuat

Cuba lihat sekeliling, setiap hari, anda akan temui ramai orang yang sangat kuat bekerja.

Buruh kasar

Tak ada lagi kumpulan yang bekerja sekuat mereka ini. Angkat simen, bata, kayu dan lain-lain, naik turun bangunan di tengah panas matahari terik. Tebang pokok, buat jalan, korek sungai, panjat pokok, bungkus barang, angkat barang dan banyak lagi.

Taukeh kedai basikal kampung

Kalau di tempat saya, Ah Tep kerja kuat sampai meninggal. Kini anaknya Ah Ou yang menyambung usaha ayahnya juga telah tua. Dia kerja kuat baiki basikal sampai tua dan anaknya pula menyambung kerjanya. Saya yakin anaknya juga akan kerja kuat sampai tua.

Penjual kacang tepi jalan

Ada juga di kampung saya yang jual kacang dari muda sampai tua. Hari-hari beli, rebus dan jual kacang. Setiap hari tolak basikal roda tiganya yang dipenuhi kacang ke pekan dan mula menjaja sampai ke petang.

Drebar lori

Ramai drebar lori yang kita kenal di kampung dan bandar. Mereka bawa lori dari muda sampai tua tak pernah jemu siang dan malam. Tak ada tanda-tanda malas dari segala amalan mereka yang sangat konsisten itu. Begitu juga drebar bas dan juga drebar teksi yang berpagi-pagi keluar mencari makan tanpa jemu.

Kerja kampung

Ramai yang kuat ambil upah kerja-kerja rencam di kampung. Mereka biasanya sihat, kuat dan berotot sasa. Umur mereka panjang untuk sentiasa berkhidmat pada orang kaya kampung dari muda sampai tua. Kebiasannya, dia akan berkhidmat kepada 2 generasi. Dari zaman ayah yang kaya kemudian meninggal lalu diturunkan pula kepada anak yang kaya dari perwarisan. Dia masih tetap kuat bertenaga seperti biasa.

Banyak lagi contoh di sekeliling yang anda boleh lihat. Kalau nak disenaraikan satu persatu memang panjang. Tapi majoriti daripada mereka berkongsi perkara yang sama.

Mereka berada di takuk yang sama dari muda sampai tua. Mungkin memang itu yang mereka mahu dan selesa dengan cara hidup sedemikian rupa. Tak ada salahnya.

Tapi bagi yang ada cita-cita nak pergi lebih jauh, perlu ambil iktibar di sini bahawa kerja kuat sahaja tak cukup untuk berjaya. Kalau memang kerja kuat itu tangga kejayaan orang-orang yang saya sebut di atas tadi dah tentu jadi antara orang terkaya di tempat mereka tinggal.

Dari situ, anda boleh faham bahawa kerja kuat yang sering disyorkan oleh mereka yang pergi jauh dan berjaya ada maksud yang lebih mendalam.

Apa makna kerja kuat

Kerja kuat bukan semata-mata aktiviti fizikal seperti angkat barang atau lain-lain seumpamanya yang banyak pakai tenaga dan mengeluarkan peluh. Elemen mental juga perlu dimasukkan sekali bersama fizikal untuk digabungkan menjadi kerja kuat. Kuat kerja fizikal dan kuat kerja mental.

90% berfikir dan 10% lagi beraksi = Kerja Kuat

Dengan makna tersebut, dapat difahami kenapa keluarga Ah Tep tetap dengan hanya satu kedai basikal walaupun selama 3 generasi kerja kuat tanpa jemu.

Juga kenapa penjual kacang, hidup sekadar cukup makan dari muda sampai tua dan kenapa ramai buruh kasar hanya membina otot-otot tebal tanpa punya wang tebal dari muda sampai tua. Begitu juga yang lain-lain sepertinya. Mereka kuat bekerja siang dan malam sehinggakan tak sempat meluangkan masa untuk berfikir.

Mereka lebihkan aksi daripada berfikir. Jadi sudah tentu tak ada masa untuk melihat peluang lain. Dengan berfikir anda mampu nampak bagaimana kehidupan boleh menjadi lebih baik. Dengan berfikir juga anda mampu meletakkan matlamat yang lebih tinggi.

Oleh itu kepada semua usahawan yang kuat kerja sampai tak cukup tanah saban hari. Elok luangkan masa, henti sebentar dan ambil masa yang lebih untuk berfikir. Kerja kuat sekadar menggunakan tulang 4 kerat tak akan membawa anda ke mana-mana. Perlu digabungkan dengan otak yang berfikir baru boleh pergi lebih jauh.

Kerja kuat dan refleksi

Untuk anda yang ada hasrat nak pergi jauh, bermula daripada sekarang, anda perlu faham bahawa kerja kuat perlu ada kombinasi fizikal dan mental. Perlu ada aktiviti berfikir yang digabungkan dengan aktiviti bertindak secara fizikal.

Untuk berfikir, anda mestilah punya soalan. Soalan akan timbul melalui aktiviti luar dari kerja fizikal seperti berikut.

Pergaulan dengan rakan-rakan yang berjaya.

Bersembang kosong dengan mereka yang berjaya tak pernah rugi. Akan ada saja idea baru muncul dari otak orang-orang yang berjaya.

Baca buku-buku yang berkaitan dengan apa yang kita buat.

Tak ada zaman yang lebih mudah untuk dapatkan maklumat macam zaman sekarang. Luangkan masa sentiasa beli, pinjam atau muat turun dan baca buku.

Melihat dunia dengan berjalan.

Jauh berjalan luas pemandangan. Ambil masa sekali sekala untuk berjalan jauh. Ia membuatkan otak anda sedar bahawa dunia ini lebih luas dari kampung atau garaj tempat anda kerja.

Muhasabah diri setiap hari.

Luangkan masa satu jam setiap hari bersendirian untuk berfikir. Hari esok mesti lebih baik dari hari ini. Bagaimana melakukannya, fikirkankanlah. Berjalan kaki di taman atau duduk atas tikar sembahyang atau iktikaf di masjid mampu memberikan ketenangan untuk melahirkan suasana yang sesuai untuk berfikir.

Luangkan masa dengan keluarga.

Lebihkan masa sedikit bersama anak-anak dan isteri-isteri, juga ibu bapa. Duduk saja melihat anak-anak bermain menaikkan semangat untuk anda berusaha. Anak-anak pula tak akan lupa jasa anda meluangkan masa itu sampai mati. Melihat muka ibu bapa pun mampu menyuntik semangat untuk berjaya.

Berdoa.

Jangan lupa pada Tuhan. Tak ada guna duit banyak, rumah besar, kereta mewah kalau Tuhan dilupakan. Tak ada guna di dunia senang 20 tahun di akhirat pula tersiksa selama-lamanya. Jangan putus asa dengan rahmat Tuhan. Tunaikan tanggung jawab dalam hidup berdasarkan siapa diri anda. Tinggalkan semua urusan yang jelas haram dan selitkan kebaikan sekadar mampu dengan istiqamah.

Moga berjaya ..

Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-8206045319821740252023-11-21T02:54:00.000-08:002024-02-21T23:41:22.215-08:00Cara atasi kebuntuan otak nak cari bisnes apa yang mahu dilakukan setelah berhenti kerja

Ini sambungan dari artikel yang lalu bagaimana proses saya jadi usahawan selepas berhenti kerja makan gaji. Boleh baca di pautan sini.

Ada 3 ramuan penting yang perlu ada jika anda buat keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan sara kehidupan dengan berniaga sendiri. Ramuan tersebut adalah seperti berikut.

1. Berani

Saya ambil risiko buat terjunan kamekaze dengan beri surat letak jawatan semata-mata untuk berkawan dengan kawan-kawan yang berniaga.

2. Ada kemahuan kuat untuk berniaga

Kalau duduk dengan penjual minyak atar sudah tentu saya juga akan berbau minyak atar. Bila dah berkawan dengan orang yang berniaga tentu saya juga terpengaruh mahu berniaga.

3. Yakin berjaya

Apa lagi yang nak saya percaya bila semua kawan sekeliling memang usahawan yang percaya pada diri dan berjaya. Tentu saya juga percaya bahawa akan berjaya bila berniaga.

Kawan-kawan usahawan saya ketika itu, bila sebut saya mahu tumpu pada satu perniagaan, semua teruja mahu tahu saya nak buat bisnes apa. Saya hanya perasan sikap itu bila bergaul dengan mereka.

Berikut, antara perkara yang saya belajar dari mereka.

Walaupun dah berjaya, tapi sikap dahagakan peluang tak pernah padam dalam diri. Mereka sentiasa membuka mata dan menadah telinga untuk mendengar idea berniaga baru.

Bila ada orang yang mereka lihat berpotensi untuk berjaya, mereka tak segan-segan menawarkan diri untuk beri bantuan samada dalam bentuk kewangan atau kemudahan. Tukarannya adalah perkongsian. Mereka tak mahu lepas peluang.

Malangnya saya buntu untuk menemui jawapan perniagaan apakah yang mahu diceburi. Saya ingatkan mereka yang akan beri idea atau sekurangnya bantu saya dapatkan idea.

Barulah saya tahu rupa-rupanya,

Menentukan perniagaan yang mahu diceburi bukan semudah menentukan baju apa nak pakai hari ini.

Sepanjang berkawan dengan para usahawan, memang saya ada jalankan perniagaan sendiri. Namun tujuan berniaga tersebut semata-mata untuk 3 perkara ini.

Cari duit bagi sara hidup dan tanggungan.

Mendedahkan diri dalam dunia perniagaan dan cuba memahami apa itu berniaga.

Untuk meloloskan diri berkawan dengan para peniaga yang berjaya

Saya berterusan layan kehidupan begitu sepanjang 2 tahun, tidak kerja makan gaji. Namun masih mampu menyara hidup. Saya masih mampu menjana pendapatan tanpa ada kerja tetap.

Tapi itu bukan perniagaan lagi. Saya masih tak ada kefahaman atau keupayaan untuk bina satu perniagaan yang berupaya menjadi mesin bagi menjana duit buat saya. Belum lagi pada waktu itu.

Setelah sedar apa yang saya mahu, dan apa yang perlu dibuat, maka mengenal pasti satu perniagaan untuk saya bina dan berikan tumpuan sehingga ia berjaya dan membesar memerlukan satu penelitian yang serius.

Akhirnya saya buat keputusan untuk berehat sebentar sambil melakukan apa yang Mat Saleh kata ‘soul-searching’.

Saya perlu cari jawapan kepada soalan, nak niaga apa?

Nak niaga apa?

Saya perlu tenangkan diri berehat untuk cari jawapan nak niaga apa. Caranya adalah dengan mencari kerja makan gaji semula.

Saya kembali menjadi seorang yang makan gaji untuk berehat. Sebab apa saya kata berehat dengan makan gaji?

Sebab saya tahu masalah orang yang makan gaji hanyalah 10% sahaja berbanding masalah yang dihadapi oleh orang yang berniaga. Itu peluang mudah untuk saya gunakan bagi menjawab soalan nak niaga apa.

Sepanjang berkawan dengan para usahawan, ada satu perkara pelik yang saya perhatikan pada kumpulan ini. Mereka lebih suka berjaga, jumpa orang atau kawan-kawan atau berjalan daripada tidur. Jika dipilih untuk keluar ke kedai minum dengan kawan atau baring atas katil untuk tidur, mereka lebih rela keluar minum sekalipun diri mengantuk.

Ini perkara pelik yang mungkin ramai tak tahu. Saya terikut-ikut dengan cara mereka dan hasilnya adalah jadual kehidupan lari lintang pukang.

Untuk menjadi normal semula perlu tanam disiplin menetapkan jadual kerja. Itu juga alasan kenapa saya makan gaji balik, sebagai latihan untuk mendapatkan disiplin mengikut jadual.

Tambahan pula saya dibayar untuk berlatih mendisiplinkan diri. Betapa beruntungnya mereka yang makan gaji.

Akhirnya saya diterima bekerja di sebuah syarikat multinasional di KL. Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, untuk mendapatkan kerja, ia bukanlah menjadi satu masalah sangat kepada saya.

Saya hanya perlu tahu ada kekosongan, saya dapatkan kenalan kawan yang bekerja di situ dan berikan resume padanya untuk dijaja.

Bila dipanggil temuduga saya dengan penuh yakin akan melaluinya. Tak ada apa yang nak dirisaukan sebab kerja makan gaji ni perkara mudah yang masalahnya hanya 10% berbanding berniaga yang masalahnya 90%, dan saya dah pernah berniaga. Jadi makan gaji adalah mudah bagi saya.

Nak diringkas kan cerita. Keyakinan selamba itu membuatkan saya terus diterima kerja, disuruh segera laporkan diri dan ditawarkan gaji lebih daripada yang saya minta.

Alasannya simple saja mereka takut saya terima tawaran orang lain. Itulah hikmat mempamerkan keyakinan bahawa, “kamu yang perlukan saya bukan saya yang perlukan kamu”

Lega, saya dah boleh berehat dan gunakan masa rehat itu untuk memilih perniagaan.

Saya rancang akan kerja paling lama 5 tahun dan paling cepat 3 tahun untuk berhenti semula dengan satu perniagaan yang telah diputuskan. Apa yang saya buat sepanjang kerja makan gaji itu akan saya sambung nanti.

Unknownnoreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-18162181827822083692023-11-15T18:35:00.000-08:002023-11-15T18:38:58.787-08:00Langkah jadi usahawan berisiko tinggi yang saya ambil ketika awal nak berniaga dahulu

Maklumat terkini untuk tahun 2023 yang saya dapat tahu tentang jumlah usahawan di seluruh dunia adalah seramai 582 juta orang.

Maklumat dari Global Entrepreneurship Monitor mengatakan jumlah usahawan naik selepas pandemik di seluruh dunia.

90% dari syarikat di dunia adalah terdiri dari Perniagaan Kecil dan Sederhana. PKS menyumbang kepada 50% dari peluang pekerjaan yang ada di seluruh dunia.

Yang tak bestnya, biasanya syarikat PKS ni sukar untuk mendapat bantuan atau sokongan kewangan dari institusi kewangan yang ada berbanding syarikat-syarikat besar. Jadi untuk hidup dan berniaga, PKS biasanya bergantung kepada keluarga, kawan-kawan atau guna duit sendiri saja.

Dianggarkan ada sebanyak 333.34 juta syarikat di seluruh dunia sekarang berbanding 314.21 pada tahun 2021. Separuh daripada syarikat yang ada tu bermula dari rumah. Mereka berniaga sebab nak jadi boss, itu sebab utama 29% daripada usahawan yang ada. Hanya 2% saja yang berniaga sebab melihat adanya peluang perniagaan.

Antara masalah besar yang para usahawan hadapi bila berniaga adalah mendapatkan pekerja yang sesuai yang membantu mereka menguruskan perniagaan.

Menarik untuk tahu statistik atau fakta pasal usahawan dan perniagaan ni. Anda boleh dapatkan banyak lagi maklumat di sini kalau berminat nak tahu.

Tapi saya bukan nak cerita pasal statistik. Artikel ni nak kongsikan pengalaman bagaimana saya mula berniaga.

Ada tiga perkara penting yang saya lakukan terlebih dahulu sebelum melangkah kepada mengenal pasti jenis perniagaan yang nak dibuat.

Langkah pertama – Paling penting!

Perlu ada masa untuk berkawan dengan usahawan sepenuh masa yang biasanya, mereka kerja tak ada jadual tetap seperti orang makan gaji.

Perlu cari jalan agar mereka dapat terima untuk berkawan rapat dengan anda. Sebab kebiasaannya orang berniaga ni lebih suka bercampur dengan sesama mereka para usahawan sahaja. Mereka bosan duduk dengan geng makan gaji yang terbelenggu dengan pemikiran takut dan negatif.

Paling susah adalah untuk berkawan dengan usahawan yang berjaya. Kumpulan ini tak akan rapat dengan golongan makan gaji melainkan pegawai itu mampu berikan peluang perniagaan pada mereka. Kalau setakat nam sembang kosong, mereka tak mau layan.

Maka untuk membolehkan saya lakukan semua tersebut di atas, maka langkah paling awal yang saya buat adalah, 'Berhenti kerja’!

Ya !

Saya letak jawatan dan berhenti dari makan gaji supaya ada masa dan boleh dengan bangganya memperkenalkan diri saya sebagai usahawan pada rakan-rakan usahawan tersebut.

Itulah rahsia langkah pertama yang saya buat.

Perlu ada keberanian ala kamekaze untuk melaksanakannya. Bukan semua orang berani buat. Hanya khas untuk anda yang memang jitu dan tabah saja.

Terpulang kepada pembaca sendiri untuk memikirkannya. Tidak ada paksaan untuk mengikut cara saya dan ia tidak semestinya yang terbaik. Namun bagi saya, langkah paling mula untuk menjadi seorang usahawan adalah dengan memberikan surat letak jawatan!

Bila dah berhenti kerja, saya buat apa saja perniagaan yang dapat. Asalkan ada produk, ada permintaan, boleh jual, jalan saja. Samada itu memang perniagaan yang saya benar-benar nak buat tidak penting lagi buat masa awal sebegitu.

#2 – Yakinkan diri mahu berniaga

Majoriti orang yang berniaga di luar sana jika anda tanya adalah mereka yang terpaksa berniaga untuk cari makan dan teruskan kehidupan. Saya bukan begitu. Mendapatkan pekerjaan atau kerja makan gaji masa muda dulu, amat mudah bagi saya.

Namun sebagaimana kebanyakan orang lain, hasrat mahu berniaga sentiasa ada dalam benak hati saya. Saya tak mahu ia sekadar menjadi impian sahaja. Jadi saya perlu merancang agar ia benar-benar terjadi.

Keyakinan untuk meneruskan hasrat menjadi usahawan saya kukuhkan dengan lebih jitu apabila membuat keputusan untuk mula berkawan rapat hanya dengan mereka yang berniaga.

#3 – Percaya boleh berjaya

Anda mestilah yakin dan percaya bahawa anda mampu untuk berjaya sebagai seorang usahawan.

Bila kita benar-benar yakin dengan keputusan untuk menyara kehidupan menjadi seorang usahawan, ianya mesti disusuli dengan ada kepercayaan pada diri sendiri bahawa kita pasti akan berjaya (Insyallah).

Pengukuhan keyakinan untuk berjaya ini saya lakukan melalui memilih kawan dari kalangan mereka yang berjaya sahaja dan seterusnya belajar bagaimana mereka lakukannya.

Untuk berjaya, lebih bijak jika dianya dipelajari dari mereka yang berjaya, mereka sudah pasti mampu menunjukkan jalan perintis yang pernah mereka lalui.

Melalui mereka, saya disuntik dengan ribuan sebab kenapa saya juga boleh berjaya. Ini merupakan antara tabiat hebat mereka yang berjaya.

Memandangkan saya berkawan rapat dengan mereka yang berjaya, ia secara lansung menjadi kusyen seandainya saya terpelanting ke bawah, sekurang-kurangnya saya dengan mudah boleh mencari duit dengan menjadi pembantu mereka.

Ini secara lansung mengurangkan risiko dan ketakutan.

Setelah lulus kedua-dua langkah di atas, semangat saya makin berkobar-kobar untuk terus berniaga sampai berjaya.

Nasib baik saya dikelilingi oleh mereka yang berpengalaman. Mereka selalu saja tanya soalan keramat ini.

“NAK BERNIAGA APA ?”

Soalan itu merupakan asas kepada pembukaan minda agar sentiasa peka terhadap peluang.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-11881667323454001002023-11-06T18:55:00.002-08:002023-11-06T18:55:15.185-08:00Ubah kehidupan tambah duit simpanan bermula dengan kemas almari pakaian

Tajuk di atas tu orang putih panggil 'clickbait'. Tajuk yang sengaja dibuat untuk menarik orang agar teringin nak baca. Tentu anda tertanya-tanya apa kaitan tambah duit simpanan dengan kemas almari pakaian.

Teknik ni boleh diguna pakai oleh anda yang selama ini cukup pendapatan, tapi tak pernah dapat menabung. Duit simpanan tak dapat diadakan. Jika berlaku apa-apa keperluan terkejut, tentu gelabah untuk selesaikannya.

Saya rasa itu masalah paling kerap berlaku kepada golongan makan gaji yang ada pendapatan tetap masuk setiap bulan. Banyak mana masuk, banyak itulah juga yang keluar ngam-ngam sehinggalah datang semula bulan yang baru.

Yang peliknya, bila pendapatan bulanan ada peningkatan, maka secara automatik, belanja juga akan turut sama naik. Masih tak dapat kekalkan cara belanja sebelum itu supaya jumlah kenaikan itu dapat dijadikan tabungan. Kena sumpahan apa pun tak tau lah!.

Semua itu dapat diubah seandainya anda ada 2 ciri-ciri berikut di bawah.

Rumah berselerak - Anda tinggal di sebuah rumah yang penuh berselerak dengan barang-barang

Suka membeli - Rajin keluar rumah cari duit untuk membeli barang-barang lagi, bagi menambah koleksi simpanan barang-barangnya di rumah.

Kebiasannya, anda yang punya ciri-ciri di atas, akan turut sama ada penyakit suka beli barang bila ada duit. Ia dah jadi tabiat, iaitu berlaku secara spontan tanpa perlu dipaksa atau tanpa disedari.

Tabiat itulah yang mahu diubah sekarang dengan menggunakan teknik kemas almari rumah. Ia mampu dijadikan sebagai permulaan membina sikap hidup ringkas supaya anda mampu jadi kaya.

Permulaan kemas almari ini diharapkan dapat membuatkan wang anda berlebihan sedikit daripada kebiasaan. Dari situ, diharap dapat dijadikan motivasi melebarkan teknik ini pada sudut dalam rumah, yang lain pula.

Kemas almari rumah

Pergi buka semua almari pakaian yang ada dan keluarkan semua pakaian kepunyaan anda yang ada di dalamnya satu persatu.

Asingkan mengikut jenis seperti berikut:

Pakaian yang sering anda gunakan

Pakaian yang jarang digunakan

Pakaian yang tak pernah digunakan

Ada dapat perhatikan berlakunya fenomena 80/20. Anda akan dapati dalam keseluruhan baju yang ada, hanya 20% sahaja dariya yang anda gunakan 80% daripada masa. Lebihan 80% daripada pakaian dalam simpanan itu hanya digunakan 20% daripada masa kita.

Dalam bahasa mudahnya jika jumlah pakaian anda 100 helai, anda akan dapati, lebih kurang 20 helai sahaja yang paling kerap di pakai, iaitu 80% dari masa yang anda ada.

Anda akan dapati jenis pakaian dalam kategori kedua dan ketiga menjadi koleksi paling banyak dalam almari pakaian.

Kemas semula almari

Setelah selesai mengklasifikasikan ketiga jenis pakaian di atas. masukkan semula jenis yang pertama ke dalam almari. Iaitu jenis yang memang anda sentiasa pakai dan gunakan.

Anda akan dapati ruang almari menjadi cukup luas dan lapang.

Semak semula pakaian jenis kedua dan simpan satu atau maksimum dua saja pakaian yang anda gunakan untuk:

Majlis perayaan seperti hari raya atau

Majlis formal seperti makan malam atau lain-lain seumpamanya.

Simpan hanya yang terbaik, tercantik, terbaru dan paling anda suka sahaja untuk kategori ini. Selebihnya jadikan ia sebagai kategori yang ketiga.

Biasanya jumlah pakaian dari jenis ketiga ini masih tetap jauh lebih banyak daripada kategori pertama.

Semak lagi untuk kali terakhir

Mulakan membelek satu persatu pakaian jenis ketiga ini buat kali terakhir.

Biarkan jenis ini melekat dalam kepala kerana kenangan sedih ini akan digunakan dalam kehidupan anda seterusnya. Setelah puas membelek, anda boleh buat keputusan samada mahu hadiahkan pada kawan baik atau orang susah.

Anda boleh juga jual dalam bentuk bunddle atau hadiahkan pada organisasi kebajikan. Kalau tak ada yang layak buang sahaja dan jadikan sebahagiannya sebagai kain buruk.

Perhatikan semula jenis yang pertama

Kini tiba masa untuk membuat sedikit kajian terhadap pakaian daripada jenis yang pertama tadi. Fikirkan dan buat analisa kenapa anda suka pakai pakaian tersebut secara rutin.

Kenal pasti apa ciri-cirinya dan buat catitan pada buku nota. Spesifikasi yang telah disenaraikan tadi perlu digunakan setiap kali anda mahu membeli pakaian baru jika perlu.

Ini akan membuatkan setiap pakaian yang dibeli akan lebih terjamin bukan satu pembaziran dan bukan dibeli semata-mata atas tipudaya promosi jurujual.

Mulakan gaya hidup baru

Selesai semua aktiviti kemas almari rumah di atas menandakan satu permulaan kehidupan ringkas dalam hal berpakaian.

Anda hanya mempunyai pakaian yang benar-benar berguna dan sering dipakai. Anda juga akan secara automatik menghindari kesilapan membeli pakaian yang tidak diperlukan apabila sering teringatkan semula berbakul-bakul pakain jenis itu yang telah disingkirkan dari almari pakaian dirumah.

Wang pendapatan bulanan akan mula ada lebihan sedikit untuk dijadikan wang simpanan sebagai modal untuk diternakkan agar membiak dalam jangka panjang.

Anda sudah mula menjadi orang kaya baru. Orang kaya dalam makna hidup ringkas.

Selamat mencuba kemas almari rumah untuk permulaan membentuk sikap jadi kaya, semoga berjaya, Insyallah!

Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-19117526440460323902023-10-30T21:23:00.001-07:002023-10-30T21:23:13.953-07:00Bagaimana anda dapat mengamalkan usaha kerja yang sikit tapi mampu dapat hasil berganda

Saya yakin anda suka kalau dapat hasil yang berganda-ganda tapi perlu buat kerja sikit saja. Saya memang suka kalau dapat begitu, malah sering berusaha cari jalan untuk dapat macam tu.

Rasanya hampir semua orang suka begitu. Yang paling digemari adalah, tak perlu kerja langsung tapi dapat duit banyak. Kecenderungan untuk itu membuatkan setiap kali munculnya tawaran seumpama Saham Pak Man Telo, ramai yang terperangkap. Mereka tak dapat menahan nafsu mahu hidup goyang kaki, relaks tak payah buat apa, tapi sentiasa ada hasil pendapatan.

Kerja sikit hasil berganda

Konsep tak perlu buat apa-apa, tapi pendapatan lumayan tu agak sukar untuk ditemui melainkan anda anak seorang jutawan. Tapi yang nak dicari adalah konsep kerja yang sedikit tapi mampu menjana pendapatan yang berganda. Atau lebih tepat lagi, usaha yang sedikit tetapi hasilnya berganda.

Memang konsep begitu ada dan dapat dilakukan.

Cuba lihat ayat dari surah Al-Baqarah (2:261) berikut.

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.

Untuk dapat kelebihan tersebut, saya dengar para ilmuan terangkan ada 3 langkah yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Amalan-amalan asas tidak ditinggalkan. Semua suruhan yang wajib perlu dilaksanakan dan segala larangan perlulah dihindari. Jika tersalah langkah perlu disesali dan segera pohon keampunan. Jangan lupa amalan muhasabah sepanjang masa dan lain-lain seumpamanya yang merupakan perkara asas. Ia perlu dijadikan amalan rutin dan bukan amalan bermusim.

Perlu ada usaha mencarinya. Tanpa ada usaha mencari, bererti tak pernah ada niat mendapatkannya. Perlu ada kemahuan dan dari situ akan timbul kepekaan terhadap pelung yang muncul dan berusaha mendapatkannya.

Perlu ada ilmu. Ini juga ada kaitan dengan kemahuan. Maka akan bermula usaha pencarian terhadap pemahaman dan cara mendapatkannya. Semua itu membuatkan semua deria menjadi lebih peka melihat dan mendapatkan peluang.

Dengan adanya kemahuan, istiqamah melakukan kebaikan, setiap rezki yang anda belanjakan dalam melakukan kebaikan akan digandakan sehingga 700 kali. Itulah yang dapat difahami dengan satu kebaikan bercabang kepada 7 tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji lagi.

Kerja sikit hasil berganda dalam bisnes

Perkara sama dapat diaplikasikan ke dalam usaha perniagaan anda.

Jika perkara-perkara asas anda laksanakan nescaya kerja-kerja lain yang baik mampu mendatangkan hasil yang berganda walaupun nampak seolah-olah kerja tak berapa banyak sangat dilakukan.

Dalam perniagaan produk atau servis perlu dipasarkan supaya orang tahu. Pengurusan duit juga perlu dilakukan dengan baik agar tidak berlaku perbelanjaan yang sia-sia lalu terjadinya pembaziran. Operasi perlu diberikan perhatian dan mencari penambahbaikan. Pembinaan sumber kemanusiaan tidak boleh ditinggalkan.

Melalui kesemua kerja-kerja asas, anda dapat menentukan usaha yang mana satu mendatangkan hasil yang paling baik berbanding usaha-usaha lain. Setelah menemuinya, kurangkan tumpuan terhadap usaha yang sedikit hasilnya dan alihkan tumpuan pada usaha yang besar hasilnya.

Itu adalah permulaan perjalanan ke arah ‘kerja sedikit tapi hasil berganda’.

Kalau dilihat kajian yang dilakukan oleh JW Pareto, biasanya hanya 20% saja dari semua usaha yang anda lakukan, yang menjana 80% dari hasil. Manakala 80% lagi usaha hanya memberikan 20% saja hasil.

Itu dikenali sebagai Prinsip Pareto.

Apabila anda mengenal pasti apakah usaha yang meliputi 20% tersebut, maka segeralah tinggal atau kurangkan usaha lain (yang meliputi 80%) untuk memberikan tumpuan ke arah kerja sedikit tapi hasil banyak.

Memang anda akan kehilangan 20% daripada hasil tetapi ia amat berbaloi apabila hanya kehilangan 20% hasil sahaja berbanding penjimatan usaha sebanyak 80%. Betul tak?

Contoh usaha sikit hasil berganda

Jika rasa susah nak faham, tak apa. Saya berikan contoh mudah.

Cuba lihat berapa ramai kawan-kawan yang anda ada dan sering dihabiskan masa bersama. Dalam kesemua kawan-kawan itu, senaraikan satu persatu serta catit faedah yang anda dapat daripada mereka sepanjang tempoh berkawan.

Anda akan dapati kebanyakan daripada kawan-kawan yang anda ada langsung tidak berikan apa-apa faedah samada pada karier, perniagaan atau kehidupan. Sekadar teman habiskan masa saja. Selalunya hanya sedikit sahaja yang berfaedah yang memberikan banyak impak dalam kehidupan, perniagaan atau karier anda.

Katakan anda ada 10 orang kawan baik dan cuma 2 orang saja yang mendatangkan 80% faedah pada anda dalam kehidupan. Kenapa mahu buang masa meneruskan perhubungan dengan 8 lagi orang kawan yang impaknya tak ada atau terlalu sedikit.

Berikan ruang masa yang lebih kepada 2 orang kawan yang amat berfaedah itu tadi, dengan mengurangkan masa untuk bersama dengan 8 orang lagi. Bukan pangkah tak kawan terus, tapi sekadar pembahagian masa yang anda ada untuk mereka.

Kenal pasti dan dalami sifat serta ciri-ciri kawan anda yang 2 orang itu dan mula jadikan ianya sebagai pedoman untuk memilih kawan-kawan seterusnya yang sesuai dengan diri anda.

Dari situ anda membina rangkaian kumpulan kawan-kawan yang benar-benar sesuai dan mendatangkan faedah yang banyak buat diri.

Saya ulangi lagi di sini bahawa perkara asas tidak boleh ditinggalkan.

Dalam kes kawan ini, perkara asas adalah bermasyarakat. Jika ditinggalkan perkara asas itu, tak ada apa yang anda boleh buat untuk memperbaiki kehidupan dengan konsep kerja sedikit tapi hasil berganda.

Selamat mencuba.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-59205508825089693522023-10-16T20:27:00.003-07:002023-10-16T20:27:39.021-07:00Kalau nak mudah berjaya dalam berniaga, pastikan anda tak layan semua orang

Ada sekali tu seorang rakan yang buat perniagaan dadih datang jumpa saya di pejabat syarikat pest control saya ketika itu di Glenmarie, Shah Alam. Saya lebih awal berhenti kerja dan berniaga.

Beberapa tahun kemudian, saya dapat tahu dia pula berhenti. Bila dia datang berkunjung, baru saya tahu dia buat bisnes apa. Dia nak kongsikan masalah perniagaannya. Mungkin sebab saya mula berniaga lebih awal dan dia nampak bisnes saya macam ok saja, maka dia rasa saya ada sesuatau yang boleh dipelajari.

Ceritanya pada saya ..

Dia pasarkan dadih buatan sendiri di beberapa tempat sekitar Lembah Kelang terutamanya di kantin-kantin sekolah. Jumlah pengeluarannya masa tu adalah dalam 2 ribu dadih sehari.

Ada satu persoalan yang sedang berkisar dalam kepalanya. Ada ada bertemu dengan seorang prospek pelanggan yang merupakan seorang Mak Datin. Dia telah berikan beberapa sampel dadih pada Mak Datin itu untuk rasa dan ternyata Mak Datin amat suka pada dadih buatannya.

Mak Datin bercadang untuk pasarkan dadih tersebut pada rangkaian rakan-rakannya yang terdiri daripada kumpulan Mak-Mak Datin dan para isteri kepada orang-orang ternama dan penting.

Cuma ada sedikit masalah timbul. Mak Datin bertanyakan air apa yang dia gunakan dalam proses membuat dadih itu.

Rakan saya terangkan dia menggunakan air paip yang dimasak. Itu membuatkan Mak Datin risau samada rakan-rakannya dapat terima dengan penggunaan air paip.

Layan permintaan Mak Datin

Mak Datin mengesyorkan rakan saya itu menggunakan air mineral kerana ia lebih terjamin kebersihannya dan berkualiti tinggi. Kalau tidak, agak sukar untuk dia mengambil dadih tersebut.

Itulah yang menjadikan rakan saya serba salah dan tidak dapat jalan penyelesaian. Kos jika menggunakan air mineral adalah tinggi dan dia tidak dapat mengekalkan harga dadih sebagai mana sekarang.

Persoalannya adalah, macam mana nak buat, itulah sebabnya dia datang menemui saya.

Saya bertanyakan padanya berapa ramai jumlah Mak Datin di Lembah Kelang dan dari jumlah tersebut agaknya berapa ramai yang akan membeli dadih daripadanya.

Rakan saya terdiam, cuba mencongat buat kiraan agaknya. Saya berikan pandangan bahawa tak ramai jumlah Mak Datin berbanding pasaran semasa yang telah dia bina.

Dalam situasi itu, adalah tidak berbaloi dia melayan permintaan Mak Datin tersebut yang mana peningkatan hasil atau penambahan jualan daripada pasaran Mak Datin ada apa-apa makna sangat. Penambahan yang langsung tidak memberangsangkan.

Adalah lebih baik dia menumpukan pasaran yang ada sekarang yang lebih fokus pada mereka yang berpendapatan rendah dan tidak terlalu memilih dan mengada-ngada macam geng mak datin tu.

Ini bermakna rakan saya tak perlu melayan Mak Datin dan sekali gus masalah tersebut tidak wujud dan tidak perlu difikirkan langsung.

Dia tersenyum bersetuju dan merasa lega kerana tidak terlintas apa yang saya sampaikan padanya sebelum.

Jangan layan semua orang

Salah satu kelebihan berniaga adalah anda boleh menentukan dengan siapa anda mahu memasarkan produk atau perkhidmatan yang mahu ditawarkan. Ertinya anda boleh memilih siapa yang nak dilayan.

Kadangkala para peniaga tidak sedar kelebihan ini. Mereka cuba memasarkan produk atau perkhidmatan pada semua orang seramai yang mungkin.

Apabila sesebuah perniagaan itu cuba menjadi jaguh dengan melayan semua orang, maka perniagaan hilang fokus dan tidak dapat membina keunikannya yang tersendiri.

Yang lebih memburukkan lagi keadaan adalah anda akan hilang tenaga akibat letih melakukan kerja yang sia-sia dan tidak mendatangkan hasil yang optimum.

Cerita di atas adalah contoh di mana para peniaga kadangkala terlupa yang mereka perlu menetapkan siapa pasaran mereka sejak awal dan istiqamah membina pasaran tersebut.

Apabila anda telah tetap dengan pasaran, masa yang ada boleh digunakan untuk memikirkan bagaimana membesarkan lagi pasaran tersebut dan menyediakan produk atau perkhidmatan yang paling ideal yang dapat memenuhi kehendak pasaran itu.

Bagi yang terlupa, pastikan anda sedar siapa pasaran, jenis macam mana pelanggan yang anda mahu berniaga. Pastikan anda fokus terhadap pasaran itu sehingga berjaya.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-91218244565948120422023-10-11T22:56:00.002-07:002023-10-11T22:56:30.597-07:00Anda boleh amalkan 3 tips mudah ini untuk tingkatkan kecekapan dan kepuasan pekerja

Untuk meningkatkan kecekapan dan tahap kegembiraan para pekerja, anda mungkin terfikir yang ia memerlukan satu perubahan struktur organisasi yang ada.

Tapi sebenarnya tak perlu buat perubahan besar. Anda boleh lakukannya dengan 3 cara mudah yang akan saya kongsikan di bawah ini.

Jika anda mempunyai pejabat dan pekerja yang agak ramai. dengan menggunakan pendekatan mudah ini, anda mampu meningkatkan tahap kecekapan para pekerja sehingga 25% daripada tahap yang ada sekarang.

Fokus kepada 3 amalan ini adalah dalam meningkatkan tahap keseronokan bekerja. Ia membawa kepada peningkatan tahap kecekapan pekerja sekaligus bakal memberi kesan kepada meningkatnya tahap kecekapan syarikat.

Berikut 3 langkah mudah yang anda boleh lakukan segera.

1. Keluar makan sekali

Jangan biarkan para pekerja keluar makan sendiri-sendiri. Galakkan mereka keluar makan sekali dalam satu kumpulan. Makan sama-sama terutamanya ketika waktu rehat. Lagi ramai mereka keluar bersama lebih bagus.

Pantau untuk kenal pasti jika ada di kalangan pekerja yang suka jadi kera sumbang. Selidik atau bertanya kepadanya kenapa dan galakkan agar dia turut serta dengan yang lain atau jika dia tak selesa dengan teman-teman sekerjanya, cadangkan untuk dia tinggalkan syarikat pergi cari kerja di tempat lain yang dia boleh berkawan dengan teman sekerja.

Mungkin anda anggap ini perkara ringan. Tapi kajian mendapati mereka yang bersosial rapat sesama rakan sekerja lebih cekap sumbangannya pada syarikat. Perlu ambil perhatian cara mudah ini dan pastikan semua staff mampu jalin perhubungan kerja.

Ada juga kawan-kawan yang berniaga ambil pendekatan untuk masak nasi dan lauk ringkas buat para pekerjanya makan di waktu rehat. Ini juga satu idea yang amat baik.

2. Susun atur tempat duduk

Susun kedudukan para pekerja dengan betul dan berkesan berdasarkan keperluan mereka bekerjasama.

Jangan biarkan pekerja yang saling perlukan kerjasama untuk tugasan mereka, duduk berjauhan. Permudahkan mereka untuk saling bertemu dan berbincang.

Bayangkan jika pekerja terpaksa berjalan jauh, sukar bertemu dengan rakan sekerja yang mereka perlukan sedangkan kerja mereka saling berkait rapai. Ini amat menyusahkan dan bakal meruntuhkan tahap moral mereka untuk bekerja.

3. Komunikasi bersemuka

Kurangkan penggunaan e-mail, wasap dan seumpamanya ke tahap maksimum. Sebaliknya lebihkan mereka berkomunikasi secara terus bersemuka.

Melaksanakan tugasan sesama rakan sekerja secara berdepan jauh lebih cekap daripada sekadar e-mail atau wasap. Galakkan mereka berbincang secara berdepan dan sediakan kemudahan untuk perbincangan tersebut.

Kalau ada ruang elok adakan tempat di mana rakan sekerja dapat melakukan perbincangan. Adakan ruang mesyuarat yang selesa lengkap dengan meja kerusi dan white board adalah sangat baik.

Mudah tapi berkesan

Jika anda lihat ketiga-tiga petua di atas, ia amat mudah untuk dilakukan dengan kadar segera. Hampir tak ada kos pun. Tapi jika anda berusaha melakukannya, kesannya amat baik untuk lahirkan suasana gembira di tempat kerja dan paling penting ia bakal naikkan tahap kecekapan syarikat anda sekarang.

Ramai di kalangan usahawan kecil-kecilan yang punyai beberapa pekerja mengambil ringan semua faktor di atas, termasuklah saya. Jika anda serius untuk berjaya, jadikan ia satu pedoman dalam menyusun para pekerja di pejabat agar anda mampu untuk pergi lebih jauh dan membuka peluang pekerjaan yang lebih besar dengan merekrut lebih ramai pekerja yang cemerlang.

Nota: Rujukan

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-25645230010578596802023-10-04T07:24:00.003-07:002023-10-04T07:25:50.208-07:00Siapa yang sesuai berniaga dan bila masa paling sesuai untuk berhenti kerja dan berniaga

Adalah lebih mudah untuk berniaga atau jadi usahawan jika anda sudah tiada pilihan untuk menyara kehidupan selain dari berniaga.

Maksud saya, anda mungkin sangat sesuai untuk memulakan perniagaan jika berada dalam situasi seperti berikut di bawah.

1. Berhenti sekolah dengan keputusan yang teruk.

Samada tamat tingkatan lima dengan keputusan peperiksaan yang teruk atau berhenti awal dari sekolah atas apa saja alasan sekalipun membuatkan anda terkeluar dari arus makan gaji dengan kerjaya yang baik.

Paling kuat, anda boleh jadi buruh kasar dan bina kemahiran perlahan-lahan dari bawah.

Jika anda bercita-cita tinggi nak kaya dan berjaya, maka pilihan terbaik adalah jadi usahawan.

Ramai yang memilih untuk jadi buruh kasar. Masih ok jika anda rancang untuk belajar selok belok industri tersebut dan beralih arah jadi taukeh bila dah bersedia nanti.

Atau anda boleh terus mula berniaga secara kecil-kecilan. Dengan bermula awal, anda punyai peluang yang yang lebih cerah untuk berjaya. Mula berniaga ketika umur masih muda membolehkan anda gagal banyak kali sebelum berjaya

2. Habis Universiti tak ada kerja

Selalunya setelah selesai menuntut ilmu di Kolej atau Universiti, anda mula cari kerja makan gaji sesuai dengan status sebagai seorang terpelajar dalam bidang tertentu.

Ada yang buang masa lebih daripada setahun menunggu tibanya tawaran pekerjaan.

Bagi yang bernasib baik, dapat tawaran dan mula kerja awal tapi sentiasa melompat dari satu kerja ke kerja yang lain sebab dirasakan tak serasi.

Samada tak dapat kerja atau kerja tak sesuai, apa kata jika anda memulakan perniagaan saja. Peluang untuk berjaya lebih baik daripada golongan yang saya sebut mula-mula di atas tadi. Biasanya pelajar yang ceburkan diri dalam perniagaan ni dah terdetik untuk berniaga ketika tahun akhir pengajian lagi.

3. Kena buang kerja

Bila dah kena buang kerja, samada secara sukarela atau secara terpaksa, anda sudah tiada lagi sumber pendapatan. Ditambah lagi dalam keadaan ekonomi yang tak baik dan ramai majikan mula kurangkan jumlah pekerja mereka, peluang untuk anda dapat kerja baru adalah tipis.

Dalam keadaan begitu, memang sesuai sangat untuk mulakan perniagaan.

Anda yang pernah bekerja dah punyai rangkaian kawan-kawan yang agak baik. Anda juga mungkin dah mempunyai sedikit duit simpanan. Bagi yang mengambil skim VSS pula tentu ada sedikit pampasan.

Semua itu boleh dijadikan modal untuk memulakan perniagaan. Seeloknya cari bisnes yang modalnya kosong, jadi duit yang ada jadi bekalan untuk terus bertahan sehingga bisnes menjana jualan yang mencukupi. Mulakan dari kecil dan perlahan-lahan membesar.

4. Tamat perkhidmatan / Pencen.

Ramai yang tanam impian untuk mula berniaga bila pencen nanti.

Tapi saya lihat ramai yang terus pencen dan melayan kehidupan dengan tidak melakukan apa-apa pekerjaan. Mereka jadi ahli sukarela buat kebajikan masyarakat.

Barangkali ini jalan yang lebih selamat jika anda sudah punya simpanan yang mencukupi untuk Teruskan sisa-sisa kehidupan.

Bagi anda yang pencen dan punya kemahiran yang orang lain sanggup bayar untuk dapatkan khidmat atau kemahiran anda, ini masa yang sesuai untuk mulakan perniagaan. Yang pentingnya anda suka dengan perniagaan dan kerja yang dilakukan.

Berniaga atau makan gaji

Jika anda bukan dalam salah satu dari kategori yang saya sebutksan di atas, bermakna anda samada seorang usahawan atau masih ada kerja makan gaji.

Samada makan gaji atau berniaga, kedua-duanya merupakan jalan menyara kehidupan yang baik asalkan ada pendapatan yang halal. Teruskan saja.

Bagi yang sedang makan gaji dan dalam masa yang sama sangat teringin, mengidam untuk berniaga, akan ada masalah sikit. Kemungkinan besar anda sedang giat berniaga dan dalam masa yang sama makan gaji.

Ada dilema samada anda kerja part-time atau berniaga part-time. Selalunya anda kata kerja full-time, tapi amalan menunjukkan sebaliknya.

Jika dengan berniaga tidak mengganggu prestasi kerja makan gaji tidak apa. Pastikan juga tidak ada masa yang sepatutnya diperuntukkan kepada majikan, anda gunakan untuk perniagaan sambilan anda tu.

Yang penting anda pastikan kesemua perkara yang diamanahkan oleh majikan dapat diselesaikan dengan baik.

Jika dengan menjadi peniaga sambilan anda curi masa kerja, prestasi serta kerja anda macam melepaskan batok di tangga, elok difikirkan semula tindakan anda itu.

Anda WAJIB berhenti seandainya amanah dicurangi dan lebih parah lagi masa, peralatan, sumber bahan mentah dan lain-lain seumpamanya, diambil daripada majikan untuk kegiatan perniagaan anda.

Itu namanya aktiviti HARAM. Sila buat pilihan samada nak kerja atau makan gaji.

Masa sesuai berhenti kerja

Bagi anda yang sedang makan gaji dan teringin nak jadi usahawan, anda mungkin sedang menunggu masa yang sesuai untuk berhenti dan berniaga.

Sudah tentu ada berbagai-bagai halangan yang terlintas dalam kepala yang menghentikan hasrat untuk letak jawatan dan berniaga.

Selalunya, alasan yang paling popular adalah “masih tak cukup modal”.

Jika anda benar-benar yakin dengan produk atau servis yang nak ditawarkan punya pasaran yang baik, modal tak sepatutnya dijadikan alasan. Anda boleh dapatkannya samada melalui wang simpanan, pinjam pada kawan serta sanak saudara, pinjam pada bank atau lain-lain seumpamanya.

Perlu diusahakan dah kalau yakin sangat. Kalau tunggu dan tunggu, modal tidak akan datang bergolek.

Masalah utama anda masih makan gaji dan tidak berniaga sebenarnya adalah tidak adanya keberanian. Anda hanya jadikan alasan belum bersedia, belum pandai, belum ada duit dan modal, belum ada partner dan lain-lain bagi menutup ketakutan yang anda ada dalam kepala.

Dalam berniaga, tidak ada masa yang sesuai. Tidak wujud suasana ideal di mana apa yang anda perlukan untuk berjaya semuanya serba cukup.

Sebab itu aktiviti berniaga dijalankan oleh usahawan, iaitu mereka yang sentiasa berusaha merealisasikan cita-citanya dengan menggunakan apa saja yang ada pada dirinya serta sekelilingnya. Anda bukan usahawan kalau tak ada sikap sedemikian.

Jadi jika anda tanya saya bila masa yang sesuai untuk letak jawatan dan berniaga, jawapan saya adalah,

“SEKARANG”

Jika anda sudah ada rancangan serta produk untuk berniaga, berhenti saja. Nak takut apa lagi. Asalkan anda tak buat kerja gila berhenti kerja dan baru mahu fikirkan idea nak berniaga apa.

Jika anda nak berniaga sebab nak jadi kaya, elok teruskan saja kerja makan gaji tu. Boleh saja nak jadi kaya dengan makan gaji. Ada caranya jika anda bersabar dan berbelanja sebagai seorang yang ada hasrat nak jadi kaya.

Nak jadi kaya dengan berniaga juga anda perlu bersabar, malah lebih tinggi tahap kesabaran yang diperlukan berbanding nak jadi kaya dengan cara makan gaji. Sebab itu saya kata tak payah berhenti kerja kalau tujuan berniaga hanya untuk jadi kaya.

Rumusannya, kalau anda betul-betul ada produk atau servis yang baik mahu ditawarkan kepada orang ramai, berhenti kerja dan berniaga. Pulun sampai berjaya.

Kalau produk tak ada, makan gaji saja dan fokus kepada kerjaya anda sampai naik ke tahap yang paling tinggi.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5765070893516048007.post-30034185726903721582023-09-27T19:32:00.003-07:002023-09-27T19:32:52.690-07:00Bagaimana bank buat duit dengan hanya menguruskan transaksi duit orang sahaja

Di London ada satu gereja yang ditubuhkan dalam tahun 1185 bernama Temple Church. Ia kemudian menjadi pusat kepada Knights Templar di London.

Ia boleh dianggap sebagai bank pertama di London.

Anda tentu tertanya bagaimana sebuah gereja boleh jadi bank pulak?

Kisahnya begini.

Temple Church jadi bank

Pada tahun 1099, tentera kristian Eropah telah berjaya menawan Jerusalem dari tangan tentera Islam. Bila Jerusalem berada di bawah kristian, penganut agama Kristian beramai-ramai mula pergi ke situ untuk menunaikan perjalanan ke tempat yang mereka anggap suci itu. Jerusalem menjadi pusat menunaikan haji orang kristian.

Dalam melakukan perjalanan yang jauh begitu, secara beramai-ramai pulak, perlu ada persediaan kenderaan, makanan, minuman, tempat tinggal dan sebagainya, sepanjang perjalanan itu. Kena bawa duit banyak dalam perjalanan.

Kalau anda bawa duit banyak masa tu, anda mendedahkan diri kepada para perompak. Jadi perlu ada solusi yang lebih selamat.

Solusi itulah yang disediakan oleh Temple Church.

Para pengembara hanya perlu simpan duit tunai mereka di Temple Church. Kemudian mereka akan diberikan surat jaminan bank. Perjalanan boleh diteruskan tanpa perlu bawa duit.

Bila sampai di Jerusalem nanti, pengembara boleh tunaikan duit mereka di sana.

Yang menarik, aktiviti perkhidmatan kewangan itu dilakukan oleh pihak gereja dan bukanlah pihak kerajaan. Boleh dianggap sebagai Bank Swasta bagi zaman sekarang. Bank swasta yang dimiliki oleh Pope yang ada kabel besar dengan semua raja dan kerajaan lain di seluruh eropah.

Aktiviti kemudahan kewangan yang pihak Temple Church tawarkan pergi lebih jauh sehingga ke tahap menjadi broker jual dan beli hartanah.

Khidmat kewangan Dinasti Tang

Cara sama telah dilakukan oleh Dinasti Tang beberapa abad lebih awal dari itu. Ia di panggil 'Feiqian' -Para peniaga boleh simpan duit mereka di mana-mana bandar lain tukarkan kepada dokumen dan boleh ambil balik duit tu di pusat bandar lain.

Di China, perkhidmatan itu dilakukan oleh kerajaan.

Cara yang sama sebenarnya sudah diamalkan oleh para pedagang Islam sejak abad ke 9 lama dahulu. Orang Islam membentuk sistem perniagaan dan kewangan yang teratur dan maju untuk orang awam gunakan dengan selamat. Saya pasti anda dah tahu tentang cerita tersebut jadi tak perlulah saya ceritakan semula di sini.

Khidmat kewangan di Lyon

Pada abad ke 16 jika anda pergi ke Lyon, di Perancis ada sebuah ekspo perniagaan antarabangsa yang mengumpulkan semua pedagang dan peniaga dari seluruh Eropah. Mereka bawa barangan masing-masing untuk berniaga.

Ada yang datang untuk membeli barang dan ada juga yang hadir untuk menjual barang.

Tapi ada pedagang dari Itali yang hadir di situ tidak bawa apa-apa barang. Mereka juga tak beli barang dari mana-mana pedagang yang ada. Sebaliknya, mereka ada dalam ekspo perdagangan itu dengan sebuah meja, kertas dan pen.

Anda boleh lihat pedagang akan datang dan pergi, berurusan dengan orang Itali sama sibuk dengan aktiviti jual dan beli barang. Dan aktiviti itu membuatkan mereka jadi kaya raya. Orang yang tak faham, tentu timbul curiga terhadap aktiviti mereka.

Bagi para peniaga dan pedagang elite di eropah, mereka faham dan sudah biasa dengan aktiviti orang Italy itu. Ia adalah sah bagi mereka malah sangat membantu. Pedagang Italy itu kerjanya jual dan beli hutang.

Jika anda nak beli sesuatu di sana, hanya perlu ke meja orang Italy itu dan dapatkan pinjaman yang dipanggil Kredit Note. Ia dikeluarkan dalam nilai unik mereka tersendiri yang diiktiraf oleh semua agensi pinjaman sesama mereka di peringkat antarabangsa.

Anda tak perlu bawa duit orang Melayu untuk beli yang dijual oleh orang Lyon di Perancis dalam mata wang franc. Kredit note itu boleh diguna pakai dan ditukar kan di negara anda sendiri dalam mata wang tempat tersebut.

Antara kelebihannya adalah orang Lyon dapat percaya kepada pembelian dan pembayaran yang anda buat sekalipun tiada rekod reputasi dan anda orang Melayu yang siapapun tak kenal di pesta perdagangan Lyon sana. Itu satu nilai besar. Tak hairanlah orang Itai tu semua jadi kaya.

Setiap beberapa bulan sekali, agen dari semua peminjam itu akan bertemu sesama mereka dan mula semak dan contra balik semua pertukaran yang ada pada mereka. Kemudian bayar mana yang lebih atau kurang dan selesai urusan buat duit mereka itu tanpa perlu ada duit satu sen pun.

Khidmat Ceti dan Along

Kalau anda tanya tok nenek atau orang tua anda jika masih hidup, tentu di ingat tentang wujudnya ceti ketika zaman P Ramlee dulu. Mereka wujud dan jadi kaya dengan menawarkan perkhidmatan kewangan yang lebih kurang sama juga lah. Beli dan jual hutang.

Zaman sekarang, bila bank di negara kita sudah terlalu dikawal dan hanya beberapa buah bank saja yang dibenarkan beroperasi di Malaysia, maka sistem kewangan di bawah undang-undang negara sudah jadi sistem oligopoli dengan semua bank perlu tunduk pada bank negara.

Bila jadi begitu, pengguna yang rugi sebab pihak bank tak payah berlawan sangat untuk berikan khidmat terbaik mereka kepada orang ramai.

Para peniaga nak buat pinjaman jadi susah dan terlalu banyak benda kena buat.

Akhirnya Along muncul untuk berikan pertolongan mereka kepada para peniaga yang terdesak. Along buat kerja pantas untuk proses pinjaman. Bagi IC saja dah cukup dan anda dapat duit. Tak ada mana-mana bank yang mampu lawan cara along bagi pinjam. Maka kegiatan along bercambah sebab mendapat sambutan meriah dari ramai peniaga yang bermasalah.

Along dan Ceti buat duit tanpa perlu buat apa-apa perniagaan barang pun. Hanya beli dan jual hutang.

Kewangan digital

Zaman sekarang dengan kecanggihan teknologi yang ada, anda boleh ke sani sini, berbelanja, makan dan minum hanya dengan bawa telefon pintar anda saja.

Kalau dulu kemudahan pembayaran hanya ada pada peniaga yang besar saja, sekarang peniaga nasi lemak tepi jalan pun dah boleh guna kemudahan pembayaran itu. Yang paling hebat paling ramai di pakai ada pembayaran melalui QR Code.

Ia memberikan kebaikan kepada ramai peniaga.

Tapi malangnya, peniaga akan mula di kenakan charge untuk perkhidmatan itu. Chargenya pulak lebih tinggi dari charge yang kad kredit kenakan.

Sistem QR Code itu di miliki oleh ketuanya bank negara dan semua rangkaian bank-bank lain yang memang semua orang tahu saban tahun catatkan keuntungan berbillion-billion. Dan mereka masih tidak puas dengan apa yang sudah dikecapi. Mereka mahu lebih lagi.

Sistem beli dan jual hutang seperti mana yang orang Italy di atas buat dulu itu sudah diadakan semula secara digital sekarang oleh pihak bank yang menguasai sistem kewangan sekarang dan ia turut sama disekongkol oleh pihak bank negara yang sepatutnya berkecuali dan lebih kepada menjaga kepentingan rakyat dan peniaga kecil.
Unknownnoreply@blogger.com1