Jangan buat 3 perkara berikut di akaun media sosial anda


Setakat tahun 2023, sebanyak 59.4% penduduk bumi menggunakan media sosial. Itu bersamaan dengan seramai 4.76 Billion warga dunia!.

Masa yang setiap orang habiskan melayan media sosial pula secara puratanya adalah selama 2 setengah jam setiap hari.

Anda pulak macam mana?

Berapa jam masa yang dihabiskan melayan media sosial setiap hari?

Dari statistik yang saya dapat dari google, masa yang diluangkan untuk media sosial berbeza ikut umur pengguna. Lagi muda, lagi masa banyak habis melayan medsos. 

  • Umur antara 13 ke 17 tahun: 8 jam 39 minit
  • 18 ke 29 tahun: 5 jam atau lebih
  • 30 ke 49 tahun: antara 4 ke 5 jam
  • Umur 50 ke atas: Kurang dari 4 jam

Saya sendiri ada masanya terkejut bila dapat info dari phone berkenaan masa yang saya habiskan menggunakan telefon bimbit. Ada kalanya sampai mencecah 7 jam sehari secara purata dalam satu minggu.

Terkejut dengan aktiviti tak sedar itu, maka saya ambil kesempatan bulan ramadan ini delete kesemua media sosial yang rasanya tak mahu dilayan sangat. Saya delete twitter, FB, dan Instagram dari skrin phone tu.

You tube masih ada juga sebab ada banyak video pembelajaran yang saya sering buka untuk menambahkan maklumat dan pengetahuan.

Selepas delete kesemua medsos yang saya sebutkan di atas tadi, ketara sekali penurunan purata penggunaan handphone saya telah berkurangan. Alhamdulillah!

Buruk baik medsos

Media sosial memang ada baik dan ada juga buruknya. Tapi yang saya sangat pasti, media sosial ini adalah salah satu alat propaganda yang sangat berkesan dan meluas di guna pakai di seluruh dunia sekarang. Manusia diserang dari segenap sudut.

Bila sebut perkara propaganda ini, saya terfikir ia bukan saja di guna pakai oleh syarikat, perniagaan politik dan seumpamanya, malah saya yakin syaitan juga menggunakannya. Teringat ayat berikut di bawah dalam Surah Al-A'raaf ayat 16 dan 17.

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

Bagi penggunaan individu antara manfaat medsos ni adalah dapat berhubungan semula dengan kawan yang telah lama terpisah. Dapathubungkan semula tali persaudaraan dan perkenalan yang dah terputus setelah berjauhan masing-masing bawa haluan.

Yang buruknya bila berhubung ni adalah apabila anda berhubungan semula dengan bekas teman wanita yang telah lama terpisah sedang anda dan dia sudah berkahwin. Takat sekali berhubung saja ok lagi. Tapi kalau melarat memang sengaja cari nahas.

Satu lagi keburukan yang saya sering lihat adalah aktiviti merakamkan gambar makanan, suasana, dan apa-apa sahaja yang lalu di depan untuk dipamerkan ke laman media sosial buat tontonan kawan-kawan. Saya pun terjebak juga (Astagaaa .. ). Banyak masa terbuang untuk aktiviti seperti itu.

Satu lagi yang amat ketara adalah dalam bab berkumpul ramai-ramai sekeluarga tapi tidak bermesra. Banyak kali saya lihat majlis makan beramai-ramai sekeluarga dicemari dengan aktiviti media sosial.

Kebiasannya hanya kelihatan seorang atau dua sahaja yang berbual mesra, selainnya terutamanya yang muda terbenam dengan aktiviti berFB atau bertwitter mereka, seolah-olah mereka hanya sendirian di situ. Mereka lansung tidak pedulikan kehadiran saudara mara.

Mari tanam azam agar aktiviti buang masa daripada FB dan juga Twitter akan ditinggalkan segera. Lebih baik masa tersebut digunakan untuk perkara lain seumpama membaca, berbual dengan rakan-rakan, baring tengahari lepaskan lelah, berjalan di taman atau lain-lain lagi yang mendatangkan manafaat.

Bagi anda yang fokus kepada perniagaan pula, media sosial tak boleh diabaikan untuk dijadikan salah satu dari alat pemasaran. 

Jadi tak dapat nak elakkan penggunaan medsos ni. 

Bila dah guna, selalunya akan terlajak. Dari maklumat pembacaan yang saya jumpa, media sosial ni memang direka supaya setiap yang menggunakannya akan jatuh ketagih. 

Itulah bahayanya!

3 perkara perlu dielak di media sosial

Khas untuk yang tak dapat elakkan diri dari menggunakan medsos, saya kongsikan 3 benda yang anda perlu elakkan ketika menggunakan media sosial.

1. Kongsi lokasi dan aktiviti

Elakkan membuat laporan di mana anda berada atau apa yang anda sedang lakukan sekarang.

Segala maklumat yang menjawab di mana anda berada dan apa yang anda sedang buat tak payahlah nak susah-susah untuk laporkan habis pada kawan atau pengikut.

Melainkan anda seorang artis glamour, apa yang anda buat dan di mana anda berada tak ada orang nak ambil peduli. Ramai yang perasan macam glamour sangat dengan update apa dia sedang buat dan segalanya didedahkan pada semua orang.

Update pasal perniagaan di mana dan apa yang syarikat anda sedang tawarkan memang ok. Tapi tak perlulah kerap sangat sampai orang jadi meluar asyik nak menjual saja kerjanya. Share pada kawan-kawan yang sama seban hari perkara yang sama akan membuatkan orang meluat.

2. Sumpah seranah 

Jangan buat kemaskini dengan rungutan dan celaan atau menyumpah dan seumpamanya

Laman sosial sama juga dengan aktiviti bercakap, orang tak gemar mendengar anda berleter, merunggut dan sebagainya. Anda boleh buat begitu jika mahu selitkan tips atau nasihat yang berguna dari pengalaman anda. 

Kalau setakat nak updat FB atau Twitter dengan perkataan seperti “aku bosan lah…”, tak payahlah anda membuang masa anda dan masa orang lain, dan sebenarnya tak ada yang pedulipun apa yang anda rasa jika anda bukan artis kegilaan orang ramai.

3. Posting orang tak baca

Buat hanya posting yang bermanfaat. Tak payahlah update pada laman sosial semata-mata untuk beritahu orang ramai kehadiran anda seperti .. 

“Assalamualaikom, pagi yang ceria!”.

Aaait! itu saja nak tulis?

Simpanlah dulu sehingga ada sesuatu yang bagus dan bermakna serta amat bermanfaat untuk anda kongsikan dengan orang lain barulah mulakan dengan ayat tersebut.

Rumusan di atas saya petik dari bancian terhadap aktiviti twittter yang dijalankan bagi mengenal pasti tahap mesej yang berlegar diruang cyber samada berguna atau tidak Dan apakah orang peduli apa yang anda tuliskan dalam akaun twittter anda.

Maklumat ni agak lama, tahun 2012 dulu. Tapi saya yakin masih tetap relevan.  Baca di sini

Post a Comment

Previous Post Next Post