Keupayaan membuat keputusan menentukan tahap kejayaan anda dalam kehidupan

Hidup adalah proses buat keputusan selagi hayat dikandung badan. Setiap saat, ketika sedar, anda berhadapan dengan cabaran membuat keputusan demi keputusan.

Sedar atau tidak, sebaik saja anda terjaga dari tidur, bermulalah aktiviti buat keputusan. Kena putuskan samada mahu buka atau teruskan lagi tutup mata.

Bila dah buka mata, putus kan samada nak terus bangun atau mengeliat kendurkan otot dan sendi terlebih dahulu.

Bila dah tegakkan diri duduk, buat keputusan lagi. Samada terus bangun berdiri atau teruskan lagi duduk sebentar atas katil sambil hulurkan kaki pijak lantai.

Bila dah bangun berdiri, buat keputusan samada nak ambil telefon tengok wasap atau buka media sosial, atau terus masuk ke bilik air. 

Dan begitulah seterusnya. Berangkai satu demi satu.

Dalam semua urutan tindakan demi tindakan tersebut, ada banyak keputusan yang berlaku secara spontan tanpa perlu berfikir. Ia berlaku pada aktiviti yang sudah sebati jadi amalan tetap.

Sesuatu tindakan akan berubah jadi tabiat bila anda sering amalkan bertalu-talu secara konsisten. Amalan itu meresap jadi sebati dan melekat tanpa perlu fikir atau buat apa-apa pilihan.

Berfikir untuk buat keputusan

Kebiasaannya, segala keputusan spontan dikuasai oleh tabiat. Dalam keadaan diri anda sedar penuh sahaja barulah tabiat itu dapat dikawal.

Kita tengok contoh.

Katakan anda sedang memandu beratur panjang menunggu giliran masuk simpang, tiba-tiba ada kereta datang potong Q.

Tentu terus timbul perasaan marah.

Tanpa dsedari, tabiat mula kuasai diri. Ia mendorong anda bertindak menyekat orang yang potong Q itu secara spontan. Tekan minyak ke depan. Halang kenderaan itu dari cuba masuk.

Tapi jika anda berada dalam keadaan sedar, anda dapat rasai bahawa diri anda sedang rasa marah dan tak puas hati.

Diri sedar itu mula ambil masa 2 atau 3 saat untuk fikir dahulu. Pertimbangkan langkah seterusnya dengan melihat pilihan yang ada. Kemudian baru bertindak.

Dalam keadaan begitu sahaja tabiat buruk tersebut dapat dikawal. Barulah tindakan seterusnya adalah satu keputusan yang dipertimbangkan terlebih dahulu.

Begitulah keadaannya yang sering berlaku pada kita semua.

Satu lagi keadaan di mana tabiat tidak daat kuasai adalah apabila berhadapan dengan sesuatu yang tidak lagi pernah berlaku.

Katakan keadaan tersebut tidak membutuhkan satu keputusan yang pantas. Anda punya ruang untuk fikirkan secara mendalam dalam membuat pertimbangan mana yang terbaik untuk tindakan seterusnya.

Apa yang saya terankan di atas adalah gambaran bagaimana proses membuat keputusan berlaku dalam hidup kita sepanjang masa.

Sekarang kita cba fokus kepada bab berniaga pulak. Bab seorang usahawan dalam membuat keputusan.

Buat keputusan dalam perniagaan

Cabaran membuat keputusan lebih terasa jika anda seorang usahawan. Ia perlu ditempuh agar usaha menguruskan syarikat dan perniagaan, bergerak ke arah sasaran yang anda harapkan.

Dalam menjalankan perniagaan, proses buat keputusan berlaku setiap saat. Kebiasaannya keputusan dibuat secara spontan. Itu terjadi bila perniagaan anda dah ada rutin dan sistem yang tersusun rapi.

Lebih mantap susunan sistem perjalanan syarikat anda, lebih sedikitlah keputusan yang perlu buat secara sedar.

Sistem yang baik dalam sesebuah perniagaan, membantu jadikan syarikat anda punya amalan yang konsisten.

Contohnya, orang yang kerja di ‘line production’ dalam sebuah kilang pengeluaran barang elektronik. Mereka tak perlu buat apa-apa keputusan dari satu langkah ke satu langkah seterusnya. Semua dah ditentukan secara sistematik supaya proses kerja lancar dan pantas.

Untuk kerja yang perlu buat keputusan lebih sikit, ia akan diberikan kepada line leader. Makin banyak kena buat keputusan, makin tinggi pangkat orang yang diberikan amanah kepadanya.

Apa yang saya cuba terangkan di atas adalah kaitan antara proses membuat keputusan dengan pembinaan sistem pengurusan dan perjalanan sesebuah perniagaan. Ia penting dalam menjadikan syarikat anda konsisten.

Sekarang kita pergi kepada cabaran buat keputusan yang dihadapi oleh taukeh perniagaan kecil pulak.

2 kerja utama Taukeh

Sebagai taukeh, anda perlu pastikan 2 perkara utama ini berlaku.

Pertamanya kerja yang memerlukan tenaga dan aktiviti fizikal tanpa perlu buat apa-apa keputusan yang berat.

Contoh: Kerja-kerja buruh.

Kedua adalah kerja yang memerlukan aktiviti mental, tanpa perlu buat apa-apa kerja yang berat.

Contoh: Kerja merancang strategi tingkatkan jualan.

Dalam mana-mana organisasi perniagaan, kedudukan pekerja adalah berdasarkan keupayaannya dalam menggunakan aktiviti mental.

Makin banyak akviti mental diperlukan, makin tinggi kedudukan pekerja itu dalam sesebuah organisasi.

Makin banyak aktiviti fizikal diperlukan, makin rendah kedudukannya dalam sesebuah syarikat.

Nampak macam satu susunan kasta. Tapi begitulah realitinya.

Jika dilihat dari semua amalan manusia, terutamanya dalam dunia moden, keupayaan menggunakan fikiran dalam membuat keputusan lebih dinilai tinggi tahap kedudukannya berbanding keupayaan menggunakan kekuatan fizikal.

Orang yang kuat fizikalnya, rajin bergerak dan rajin buat kerja, tapi bodoh dalam menggunakan akalnya fikiran, tak akan ada peluang untuk naik jadi ketua paling tinggi dalam sesebuah organisasi.

Sebab itu anda sering disarankan membaca, ambil kursus, bercampur dengan orang. Luaskan kenalan dan tingkatkan tahap pemikiran.

Semua itu penting untuk membaiki keupayaan membuat keputusan.

Taukeh yang mahu ringankan bebanan buat keputusan terpaksa ambil pekerja yang mampu buat keputusan untuk mewakili dirinya.

Bayangkan jika taukeh lebih pentingkan kekuatan fizikal dan abaikan keupayaan mental dalam melantik seorang pengurus dalam syarikatnya.

Pengurus yang kuat daya fizikal tak pakai keupayaan akal sangat. Dia terus buat saja sebab selama ini dia dah terbiasa buat banyak kerja, semuanya sendiri.

Dia tak akan fikir panjang. Buat dulu, lihat apa berlaku dan terus buat dan buat sehingga masalah timbul.

Bila berhadapan dengan perkara baru, akan ada banyak masalah yang timbul. Masalah itu pergi balik semula kepada Taukeh.

Sebab kebanyakkan keputusan pengurusnya itu tidak difikirkan dengan baik malah lebih berlandaskan emosi atau moodnya ketika itu.

Memilih ketua dalam syarikat

Ada satu petua yang sangat baik dalam melantik seseorang ketua dalam syarikat.

Anda perlu lihat keupayaan dalam 2 perkara berikut:

  • Kepandaian akal
  • Kerajinan buat kerja

Dari dia keupayaan asas di atas akan ada 4 keadaan;

  1. Pandai & Rajin – Orang sebegini tak sesuai untuk dijadikan ketua sekalipun dia pandai. Sebab dia lebih suka buat semua kerja sendiri dan tak mahu serahkan tugas pada orang lain. Jika perniagaan anda perlukan teamwork, orang begini elok buang saja dari syarikat anda.
  2. Pandai & Malas – Ini orang yang sangat sesuai untuk dilantik ke tahap paling tinggi dalam syarikat anda.
  3. Bodoh & Rajin – Ini orang yang sesuai untuk diambil untuk laksanakan semua kerja yang ada dalam syarikat. Anda hanya perlu pastikan semua cara buat kerja tersusun rapi dengan SOP yang baik dan jelas serta mudah diikut.
  4. Bodoh & Malas – Anda tak perlu risau dengan orang sebegini sebab mereka tak akan keluar rumah untuk pergi cari kerja.

Jika anda lihat kesemua 4 kategori orang di atas, orang yang pandai tetapi malas duduk di tahap paling tinggi.

Mungkin ada yang pelik kenapa nak lantik orang pandai tapi malas jadi ketua?

Sebab utamanya, orang begitu yang bercita-cita tinggi, akan sentiasa cari jalan terbaik untuk mendapat hasil yang lebih tinggi dengan usaha yang lebih rendah.

Itulah yang sesebuah syarikat perlukan.

Bila syarikat mahu membesar, dia terpaksa pastikan penggunaan tenaga adalah lebih cekap. Syarikat yang ada 5 pekerja kemudian membesar jadi 10 pekerja, perlu cekapkan penggunaan segala sumber yang ada.

Penjimatan tenaga perlu lebih rendah supaya syarikat dapat bertahan dan pergi lebih jauh.

Ertinya jika anda perlukan RM100 ribu sebulan untuk sara syarikat anda dengan 5 orang pekerja, anda tak boleh terus buat cara kerja yang sama dengan RM200 ribu diperlukan untuk sara syarikat dengan 10 orang pekerja.

Cara yang betul diperlukan agar bila ada 10 orang pekerja, jumlah yang lebih rendah dari RM200 ribu diperlukan untuk sara syarikat anda. Purata sesebuah syarikat yang sangat cekap hanya perlukan dalam RM170 ribu saja bila saiz syarikatnya naik dari 5 kepada 10 orang.

Begitulah seterusnya dari 10 kepada 20 pekerja, anda perlu pastikan kos saraan syarikat anda adalah lebih rendah dari RM340 ribu. Mungkin hanya RM289 ribu sahaja.

Bayangkan betapa besarnya cabaran untuk laksanakan semua urusan mengoptimumkan sumber dengan pembesaran syarikat.

Orang yang bodoh dan rajin tak akan mampu buat semua urusan berfikir untuk mencapai matlamat tersebut.

Kerja perlu dipantaskan. Perlu dioptimumkan atau di automasikan. Jika selama ini anda perlu ambil masa seminggu untuk laksanakan sesuatu urusan, perlu difikirkan bagaimana nak kurangkan tempoh tersebut kepada hanya 3 atau 4 hari.

Orang yang rajin tapi malas berfikir tak akan mampu buat semua urusan sebegitu.

Rajin sahaja tanpa anda kebijaksanaan berfikir untuk cari jalan pintas, lambat laun akan tenggelam dalam bebanan kerja yang tidak mampu dilaksanakan lagi.

Itulah yang sering berlaku pada pekerja yang rajin tapi malas berfikir. Dia akhirnya rasa diperlakukan seperti hamba. Semua itu dapat diatasi jika ada penyelia di atasnya yang buat kerja fikir cari jalan pintas dan pekerja rajin kat bawah itu tidak dibebani dengan kerja di luar keupayaannya.

Pertimbangan dalam membuat keputusan

Semua yang saya sebutkan di atas perlu diberikan pertimbangan dalam membuat keputusan bila anda jadi taukeh.

Taukeh perlu pastikan perkara utama diambil kira dalam menguruskan syarikatnya. Dan perkara utama dalam sesebuah syarikat adalah keupayaan menjana jualan dan memuaskan hati pelanggan yang membeli.

Orang yang pandai menggunakan akal pemikirannya dalam memastikan dua urusan tersebut berlaku adalah yang paling utama diberikan perhatian dan peranan dalam syarikat.

Tanpa jualan dan tanpa adanya pelanggan yang setia kepada sesebuah syarikat, tidak ada gunanya kekal berniaga. Memang tak boleh bertahanpun. Hanya membuang masa dan tenaga saja .. syok sendiri.

Bayangkan jika anda lantik pengurus yang blok no phone pelanggan syarikat yang tak puas hati. Dalam banyak pilihan tindakan yang boleh dibuat, blok telefon pelanggan yang sedang marah pula dipilihnya.

Itu tindakan tidak bertanggung jawab yang boleh ada pada seseorang pengurus.

Tindakan sebegitu jelas menunjukkan keupayaan berfikir yang cetek dan lemah, seorang pengurus dalam berhadapan dengan krisis perniagaan.

Semua pertimbangan tersebut perlu diambil oleh Taukeh dalam membuat keputusan terhadap semua perkara yang berlaku dalam syarikatnya

Akan ada masanya pekerja yang hanya pentingkan dirinya sahaja tak akan faham keadaan itu.

Tidak bersedia untuk ambil tahu dan cuba faham juga adalah satu lagi ciri kelemahan akal fikiran.

Saya berpengalaman berurusan dengan orang yang lemah akal fikiran sebegitu. Dia biasanya akan gunakan alasan maruah dan segala tok nenek punya pantang dalam merasionalkan tindakannya memberontak.

Boleh jaga maruah atau jaga air muka. Tapi bukanlah sampai buat benda bodoh.

Contohnya bila seorang staff di letakkan di bawah seorang staff lain yang baru dinaikkan pangkat. Staff itu tak setuju sebab dia rasa maruahnya tercalar jika perlu kerja di bawah staff yang dia tak suka.

Memang layaklah dia tidak diberikan pertimbangan untuk menjadi orang penting dalam membuat keputusan mewakili Taukeh.

Jika ada pekerja yang mampu ambil peranan buat keputusan untuk Taukeh dalam memastikan pergerakan syarikat lancar dan berkesan, ia adalah satu rahmat. Orang sebegitulah yang perlu dijaga dan diberikan peranan yang lebih besar.

Kalau nak cerita pasal bagaimana Taukeh buat keputusan memang sangat panjang. Tapi cukuplah setakat ini saja dulu. Moga ada manfaatnya .. 

2 Comments

  1. bukan mudah untuk buat keputusan..

    suka pulajk dengan teori ...Pandai dan malas untuk menjadi ketua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah jika kena fikir.. kalau tak fikir selalu saja buat keputusan. Hehe !

      Delete
Previous Post Next Post