Formula ajaib 4 langkah ini amat berkesan untuk jadikan produk dan syarikat anda mantap


Tahu apa yang membuatkan taukeh bisnes kecil senyum lebar sentiasa?

Salah satunya adalah jika dia mempunyai sebuah syarikat yang mantap. Dilengkapi pula dengan produk yang sangat bagus.

Itu 2 persoalan yang mahu dibincangkan di sini.

  • Bagaimana nak bina produk yang bagus?
  • Macam mana nak buat supaya syarikat mantap?

Usahawan mana yang tak mahu ada sebuah syarikat yang mantap?

Mantap dengan ertikata berfungsi secara automatik, punya budaya dan amalan berniaga yang harmoni seimbang antara pekerja, pelanggan, pemilik syarikat dan masyarakat sekeliling. Dan paling penting menjana keuntungan

Usahawan mana yang tak mahu syarikatnya ada produk yang sangat bagus?

Bagus dalam erti kata orang suka, ramai beli, ulang beli dan kekal setia sepanjang hayat.

Kesemua di atas tu adalah umpama syurga bagi seorang usahawan. Permata bernilai bagi seorang pelabur.

Saya dah berpuluh tahun punya idaman macam tu. Saya yakin yang anda juga sama macam saya.

Setiap kali ternampak buku atau tulisanyang cerita dan kupaskan topik berkenaan produk yang laku keras, syarikat yang hebat, sudah pasti akan cetus percikan minat yang besar.

Rasa ingin tahu yang kuat. Macam mana syarikat tu buat. Macam mana produk tu sangat mendapat sambutan?

Formula ajaib bina produk yang bagus

Sejak mula buat bisnes dulu, sentiasa tercari-cari kalau-kalau ada satu formula yang mudah dan ringkas. Formula yang boleh diadaptasi oleh semua orang. Jika ada, tentu sangat membantu.

Formula bermaksud, satu rumusan asas.

Boleh diguna pakai dalam semua keadaan. Hanya perlu disesuaikan dengan pemboleh ubah yang relevan untuk membuatkan formula itu berfungsi.

Orang fizik dan orang matematik sangat suka pendekatan formula atau rumusan begini. Mereka akan berusaha me-matematikkan semua kejadian dalam satu bentuk formula asas.

Formula itu dibentuk dari aktiviti kajian terhadap semua perkara yang dah berlaku. 

Semua maklumat akan diambil dan dicerapkan untuk dilihat kaitan antara input terhadap output. Bila dapat satu corak, formula akan dibina.

Formula itu kemudiannya akan uji untuk melihat kebenarannya.

Untuk diuji samada apa yang bakal berlaku dapat diteka dengan menggunakan formula tersebut.

Bila dah uji dan diuji ternyata ramalannya semua benar belaka, maka sah lah yang formula itu boleh diguna pakai.

Disiplin itu sebenarnya adalah jauh lebih rumit.

Biasanya satu formula akan tertolak jika anda dapat buktikan satu saja kes di mana hasil tidak sama seperti yang dinyatakan.

Hanya dengan berikan satu saja bukti formula itu salah, maka ia sudah jadi satu teori yang tidak benar lagi.

Ok! 

Dah terlajak saya cerita pasal matematik dan fizik pulak. Kita patah balik semula kepada tajuk artikel ni.

Apa yang saya nak bagi tahu adalah, saya punya minat yang sama macam perangai orang matematik dan fizik tu. 

Itulah yang membuatkan saya suka cari formula ringkas dan mudah untuk fahami semua urusan kerja yang dibuat.

Fokus utama otak saya sentiasa ke arah untuk meringkaskan perjalanan kehidupan. Perjalanan menuju ke jalan yang benar dan selamat.

4 langkah ajaib bina tabiat baik

Baru-baru ini ketika sedang minum dengan seorang kenalan. Yang juga rajib membaca. Dia kongsikan satu buku menarik pasal ‘tabiat’.

Dia dah beli dan baca buku tu.

“Hang akan berterima kasih pada aku lepas baca buku itu”, tekan kawan saya tu, yakin.

Tak tunggu lama. Terus pergi cari dan beli bukut tersebut. Tambahan pula bila dengar lagi komen seorang jemputan kat Radio BFM tentang buku yang sama. Dia mahu amalkan pedoman buku tu sempena tahun baru.

Tajuk buku tu, “Atomic Habits: An Easy and Proven Way to Build Good Habits and Break Bad Ones”. Ditulis oleh James Clear. Saya pergi ke MPH, ke kaunter customer servis, terus minta nak cari buku tu. Sekejap saja dia buka komputer, tengok status, bangun dan pergi cari. Dia datang balik bawa satu bagi kat saya.

Dan saya dah baca.

Memang betul kata kawan saya tu. Saya ucapkan terima kasih padanya sebab syorkan buku yang sangat menarik tu.

Disampaikan dengan cara yang mudah. Walaupun dah banyak buku pasal tabiat yang saya baca, apa yang dia tulis banyak membantu untuk buatkan saya lebih faham.

Apa yang ada dalam buku tu, merupakan satu formula ringkas, mudah dan paling penting, berkesan.

Mujarab untuk bina tabiat baru yang bagus. Atau buang tabiat lama yang buruk.

4 langkah ajaib bina produk yang bagus

Apa kaitan formula bina tabiat atau buang tabiat dengan bina produk pulak?

Mungkin itu soalan anda.

Sebenarnya ia merujuk kepada aktiviti atau usaha yang sama. 

Segala aktiviti dan amalan manusia adalah berdasarkan tabiat. Perubahan kita dari bagus menjadi tak bagus adalah berpunca dari amalan. 

Begitu juga sebaliknya.

Produk anda laku keras hanya berlaku apabila tabiat beli produk itu telah berjaya diterapkan oleh syarikat anda kepada pengguna.

Syarikat anda berjaya buat macam tu, jadi mantap, sebab anda dah berjaya terapkan tabiat yang baik kepada semua staff yang ada. Juga sebab anda punya tabiat yang baik bagi menarik pembekal yang terbaik.

Keseluruhan perjalanan anda, syarikat, staff, pembekal, pelanggan, penyokong, pembantu, pesimpati, pemiutang, penghutang … semuanya terbentuk hasil dari keupayaan pembiaan tabiat yang baik.

Sebab itulah formula berkenaan ubah tabiat atau bina tabiat ini wajib diguna pakai dalam perniagaan. Selagi urusan cari, beli dan pakai ni dilakukan oleh manusia, selagi itu bab mendalami tabiat manusia adalah satu ilmu yang tersangat penting untuk diselami dan difahami.

Jadi apa dia 4 langkah ajaib tu?

Saya kongsikan kat bawah ni.

#1. Cetusan

Semua tabiat yang anda buat bermula dari timbulnya cetusan. Dalam bahasa popular orang panggil ‘Cue’. Saya terjemahkannya sebagai cetusan. Kalau anda rasa ada terjemahan lain yang lebih sesuai sila bagi tau ya.

Cetusan ni boleh berlaku dalam banyak keadaan. Ia memberikan hint untuk tabiat anda mula berlaku. Jika anda seorang perokok, sebaik saja selesai makan, makanan pedas pulak tu. Selesai basuh tangan, sandar kat kerusi dan terus capai sebatang rokok.

Jadi cetusan tabiat tu, salah satunya adalah selepas makan.

#2. Teringin

Mereka namakan ‘Craving’.

Bahasa mudahnya, timbul rasa gelisah nak buat. Dalam kes perokok tadi, mulut rasa macam tak siap saja. Tangan rasa macam tak sempurna. Mata liar cari rokok.

Perasaan atau keinginan itu perlu dipenuhi.

#3. Bertindak

Keinginan yang makin lama makin kuat itu membuatkan anda bertindak.

Liar tengok samada penguat kuasa kesihatan ada tak. Tengok sekeliling ada orang yang ada rupa mulut laser kat tepi anda atau tidak. Tengok ada orang lain merokok tak.

Check atas meja. Check dalam poket. Kalau teringat tak ada terus ke kedai 7-E sebelah, beli sekotak.

Selagi tak selesai.

Selagi amalan tu tak dilakukan, selagi itulah kegelisahan berterusan.

Sebaik saja anda ambil sebatang rokok. Letakkan di bibir, nyalakan pemetik api, sedut asap. ‘Sippppppp … !’

Barulah proses teringin tu berhenti dari menghantui anda.

#4. Ganjaran

Ahhhh! Legaaaa!

Perasaan itu timbul sebaik saja asap dihenbuskan ke udara. Rasa semua yang tersekat tadi terlepas keluar seperti terlepasnya hembusan asap ke udara tu.

Otak anda mula ligat semula untuk berhujah. Mula ligat semula untuk mulakan satu lagi topik baru. Atau keluarkan lagi tambahan hujah terhadap topik yang masih tak habis tadi.

Kepuasan itu terasa secara halus di dalam diri anda. Darah yang menerima bekalan nikotin dari asap rokok memberikan rasa lega dan puas.

Kepuasan itu tersimpan masuk bertambah lagi bukti atau pengalaman kenikmatan merokok. Ia berjaya tebalkan lagi tabiat merokok.

Tanda yang pusingan 4 langkah yang saya terangkan dari #1. kat atas tadi akan berulang lagi dan lagi. Ia dah menjadi satu tabiat.

Bina 4 langkah ajaib terhadap produk

Macam mana nak gunakan 4 langkah ajaib berlakunya tabiat di atas dalam menghasilkan produk dalam perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang?

Saya berikan secara ringkas saja kat sini. Bagaimana kesemua produk yang laku keras di pasaran sekarang telah berjaya melakukannya. Dari Cocal Cola, Colgate, Facebook, Apple …

  1. Cetusan – Bagi nampak jelas
    • Jadikan produk anda sangat jelas kelihatan. Mudah nampak, mudah faham, mudah kenal, mudah ambil, mudah sebut semuanya sangat jelas dan nyata.
  2. Teringin – Tonjolkan produk dan bagi orang meleleh mahu
    • Ceritanya mesti menarik emosi. Wajib ada unsur-unsur yang disukai oleh nafsu atau kepuasan jiwa. Samada naikkan status, selesaikan masalah, berikan kegembiraan atau lain-lain seumpamanya.
    • Kaitkan produk anda dengan artis kegilaan adalah salah satu pendekatan yang biasa diguna pakai. Atau kaitkan produk anda dengan produk yang dah ada nama juga mujarab.
  3. Bertindak – Permudahkan pelanggan bertindak
    • Buatlah apa saja supaya pelanggan tak habiskan masa dan tenaga untuk dapatkan produk anda tu. Segala proses untuk mendapatkan produk anda mestilah dengan cara paling sedkit menggunakan tenaga dan usaha.
  4. Ganjaran – Melegakan
    • Ini sangat jelas dan anda sendiri tahu sangat penting. Kalau produk anda tidak berikan kelegaan, maka pembelian kedua tidak akan berlaku. Jadi pastikan pelanggan anda tak jadi mayat selepas menggunakan produk tu.
    • Macam yang saya terangkan kat atas sana. Lega boleh datang macam-macam cara. Status, nikmat kelazatan, pujian, kegembiraan dan sebagainya.

Kesemua proses membina produk agar menjadi pilihan itu perlu sentiasa diperhatikan agar anda tidak ketinggalan di belakang pesaing.

Jika produk anda diletakkan di tepi produk pesaing, lawan dari kesemua empat perkara di atas akan membuatkan produk anda tidak menjadi pilihan.

Maksudnya, jika produk anda tidak jelas kelihatan, produk anda tidak menarik, produk anda mudah nak capai, dan produk anda tak melegakan, semuanya akan membuatkan pesaing mendahuliu anda.

Mudah saja kan formulanya.

Tapi usaha untuk menjadikannya adalah satu perjalanan yang sangat jauh.

4 langkah ajaib jadikan syarikat mantap

Anda boleh pakai formula yang sama dalam melahiran budaya syarikat.

Budaya adalah perkataan yang sama untuk tabiat jika diguna pakai untuk individu pekerja. Bila semua staff ada tabiat yang sama dala melayan pelanggan secara ‘world class’, maka terbentuklah budaya layanan pelanggan secara world class dalam syarikat anda.

Jadi gariskan apa budaya yang syarikat anda mahu terapkan sekarang.

Kemudian buat apa saja agar budaya tersebut ada ciri-ciri 4 formula ajaib yang saya dah gariskan kat atas tadi.

Pastikan ia jelas, menarik, mudah buat dan memberikan kelegaan bila dah buat. 

Post a Comment

Previous Post Next Post