Cara selesaikan masalah dengan cara paling mudah dan ringkas tapi berkesan


Petua selesaikan masalah ini agak menarik. Khasnya untuk anda yang sedang usahakan perniagaan kecil dan berhadapan dengan masalah.

Selalunya, dengan gunakan cara ringkas ini, 95% dari masalah anda akan selesai. Bisnes insyaallah akan lancar kembali.

Saya pernah gunakan cara yang akan saya kongsikan di bawah ini. Alhamdulillah, memang ajaib!

Sangant mujarab.

Bisnes ada masalah perkara biasa

Anda tentu tahu. Masalah dalam bisnes adalah perkara biasa.

Baik bisnes kecil, mahupun besar.

Hidup atas muka bumi ni, tak akan pernah sunyi dari cabaran masalah. Semua benda hidup akan lalui perkara itu. Macam tubuh badan kita juga.

Masalah adalah petanda yang baik untuk kegunaan hidup. Dia nak bagi tahu, ada sesuatu yang tak kena.

Cari dan korek supaya dapat tahu dengan pasti kat mana masalah tu. Ambil pendekatan terbaik untuk betulkannya sehingga selesai.

Cuma adakalanya, anda tak tahu kat mana masalah sebenar. Hanya tahu memang ada masalah, itu saja.

Jadi macam mana nak buat?

Belajar dari alat eletronik

tahukah anda bahawa 95% masalah yang anda hadapi pada komputer, telefon bimbit atau apa saja alat elektronik lain, selalunnya dapat diselesaikan dengan hanya 'reboot' sahaja!

Contohnya, kalau komputer tiba-tiba ada masalah, tak kisahlah software ke apa. Perkara paling simple sebagai langkah pertama yang anda boleh buat adalah, re-start balik komputer tu.

Tutup, switch-off, kemudian switch-on balik.

Biasanya masalah tu selesai.

Atau telefon pintar tetiba slow, restart balik, insyaallah selesai masalah.

Sama juga jika ada aplikasi 'jem' ketika guna komputer atau telefon. Tutup dan Restart, insyaallah selesai.

Kat rumah jika ada Unifi, tiba-tiba ada error tak tau nak buat apa. Sama juga, 'restart' .. buka balik, masalah selesai.

Banyak contoh boleh saya bagi. Saya yakin anda memang dah biasa buat perkara ni dan kebanyakan dari masa, memang selesai.

Saya ada cari maklumat kenapa formula tu berkesan?

Ini yang saya dapat ..

Biasanya, masalah timbul hanya disebabkan ada sikit tak kena saja pada software. Disebabkan yang sikit tu, habis kacau berlarutan ke perkara lain dan akhirnya jadi tak ketahuan.

Jadi bila restart, semuanya dimulakan balik dengan betul. Hasilnya, semua masalah yang serabut diperbetulkan secara automatik.

Perkara hampir sama berlaku pada masalah dalam bisnes.

Bisnes yang anda buat, ada masa buka dan ada masa rehat. Esoknya buka balik dan petang rehat semula.

Ketika berjalan mungkin berlaku sikit saja masalah. Anda tak perasan dan tak dapat kesan.

Masalah yang sikit tu menjalar ke tempat lain berangkai-rangkai dan akhirnya keseluruhan bisnes jadi serabut penuh dengan masalah yang tak diselesaikan.

Keesokkan harinya buka semula, bermula dengan masalah yang masih ada tapi tidak diselesaikan. Terus jalan macam biasa dan semua masalah membesar dan merebak ke segenap ruang.

Akhirnya anda serabut tak tau nak buat apa.

Jalan paling ringkas, boleh ikut cara selesaikan masalah IT kat atas tadi.

Tutup sebentar dan buka balik

Untuk membolehkan anda susun semula dan mula balik tanpa masalah adalah dengan tutup sebentar. Tak tau apa masalah sebenarpun tak apa. Tenang dulu!

Kerangka perniagaan adalah sangat jelas dan mudah.

Masa tutup tu, anda hanya perlu lihat semula satu persatu kerangkanya. Susun bagi elok kembali ke tahap paling asas.

Saya kongsikan kerangka asas bisnes kat bawah.

5 kerangka asas bisnes

Ada 5 perkara asas yang perlu ada dan perlu betul dalam setiap perniagaan seperti tersenarai di bawah ini.

#1. Produk bernilai

Setiap perniagaan tentu ada produk atau servis yang bernilai, ditawarkan kepada pelanggan.

Produk tu bernilai sebab dia dapat selesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda.

Kenal pasti apa masalah yang produk atau servis anda selesaikan tu.

Pastikan sekurang-kurangnya anda selesaikan pertamanya, masalah umum dan keduanya. masalah yang lebih spesifik.

Saya buat contoh untuk kedai makan.

Masalah umum adalah lapar. Ini masalah yang diselesaikan oleh semua kedai makan.

Masalah spesifiknya pula adalah, makan dikedai yang tersorok tak ada orang nampak. Ini masalah yang membezakan kedai makan anda dengan kedai makan lain.

Perlu pasti dengan terang dan jelas kedua-dua perkara tersebut di atas kalau nak terus berniaga.

Cuba buat senarainya satu persatu dan ringkaskan dalam satu ayat simple.

Bila dah jelas dengan perkara ni, pergi ke kerangka asas ke-2 di bawah ni pula.

#2. Pastikan orang mahu

Ini pun perkara mudah juga.

Tapi, yang mudah tulah selalunya orang ambil mudah.

Tahukah anda bahawa, perkara paling mudah dibuat, adalah perkara yang paling mudah tidak dibuat!.

Ingat tu ..

Perkara paling mudah dibuat adalah yang paling mudah tak dibuat

www.hidupringkas.com

Anda sangka, disebabkan produk boleh selesaikan masalah, maka tentulah orang mahu.

Betul tak?

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kenapa tak ada orang datang beli pun?

Punca paling besar jadi macam tu adalah kerana "orang tak tahu" tentang perniagaan anda tu.

Kalau dah tak tahu, macam mana pelanggan nak datang?

Maknanya, anda gagal teruk dalam aktiviti pemasaran. 

Gagal beritahu kepada seramai mungkin pelanggan sasaran anda.

Sekalipun anda mungkin dah buat pemasaran, anda masih gagal jelaskan supaya orang faham maksud yang cuba disampaikan.

Sebab itu saya mulakan dengan, kenal pasti apa masalah yang produk anda selesaikan kat atas tadi. Pilih ayat yang betul. Sentuh emosi mereka sampai semua bakal pelanggan faham dan yakin yang mereka perlukan produk anda.

Sekarang, cuba senaraikan saluran pemasaran yang anda pakai sekarang untuk beritahu pelanggan sasaran tentang bisnes yang dijalankan.

Biasanya ada 2 saluran utama.

  • Fizikal - Buat list saluran fizikal anda sekarang macam mana, lokasi kedai, signboard, tanda arah, expo, kad bisnes dan lain-lain lagi.
  • Digital - Senaraikan saluran digital yang anda pakai selama ini. Media sosial, Google, Waze, Wasap, Email, blog, mudah, grab, foodpanda, jomorder dan lain-lain lagi.

Pastikan ada saluran yang anda berikan tumpuan. Sekurang-kurangnya 3 saluran yang ‘berkesan’.

Saya hitamkan perkataan berkesan tu sebab penting.

Tak guna ada 12 saluran tetapi satupun tak berkesan!

Betulkan balik supaya lancar dan lihat kerangka ke-3 pulak.

#3. Menjual

Bila kerangka asas ke-2 di atas tadi dah berjalan baik, orang akan datang. 

Samada fizikal atau digital. Masuk kedai atau telefon atau mesej atau wasap atau DM.

Maka bermulalah aktiviti menjual.

Proses dan pendekatan yang anda amalkan menentukan samada mereka akan setuju atau tidak keluarkan duit untuk buat pembelian.

Jika seratus datang, seorang pun tak beli, anda perlu semak semula aktiviti pemasaran di atas. 

Adakah anda beritahu pada orang yang betul.

Atau jika dalam 100 orang datang hanya seorang saja yang beli, itupun sebab dia kawan baik anda, ada masalah menjual kat situ.

Cuba semak sekarang bagaimana proses menjual berlaku selama ini. Adakah anda amalkan 4 langkah asas menjual.

Bagaimana anda lakukan kesemua 4 langkah tersebut satu persatu.

Semak semula.

Ok!, anda dah mula risau sebab tak tahu ada 4 langkah dalam proses menjual rupanya.

Tak apa.

Saya kongsikan juga kat sini.

Berikut 4 langkah menjual.

Ambil hati > kenal pasti masalah > berikan cadangan solusi > jual

4 langkah menjual – www.hidupringkas.com

Itu secara ringkasnya.

Cuba semak semula apa yang dah diamalkan selama ini dalam memenuhi setiap langkah proses di atas tadi.

Bila dah betulkan semua proses menjual dan berpuas hati dengannya sila betulkan pula kerangka ke-4 di bawah.

#4. Puaskan hati pelanggan

Setiap orang yang keluarkan duit untuk dapatkan produk anda adalah dengan satu hasrat.

Dengan bayaran itu, dia harap apa yang anda janjikan ketika proses pemasaran dan penjual kat atas tu ditunaikan. Tak boleh kurang sedikitpun, lebih tak apa.

Soalan yang perlu ditanya sekarang, apakah yang anda dah buat selama ini untuk pastikan perkara tersebut berlaku?

Tak payah nak teruk-teruk cari idea luar biasa. Cukup dengan pastikan segala apa yang pelanggan 'bakal dapat' dijelaskan dengan baik supaya tidak ada salah faham.

Untuk itu, buat senarai ‘barang’ yang pelanggan akan dapat dari pembeliannya.

Buat manual cara menggunakan semua barang itu. Dan paling penting buat secara back n white apa yang barang itu boleh lakukan untuk pelanggan anda.

Dengan hanya buat benda kat atas tu saja, anda akan berjaya selesaikan hampir semua kemungkinan salah faham.

Langkah itu dapat selesaikan lebih separuh dari rasa tak puas hati pelanggan yang mungkin berlaku selama ini.

Rujuk semula proses menjual kat atas tadi di kerangka ke-3. 

Proses penjelasan terhadap produk sudah berlaku ketika itu. Semak apa tools yang anda gunakan selama ini untuk pastikan tak terlebih janji hingga tidak dapat ditunaikan.

Buat juga proses step by step bagaimana anda tunaikan pembelian tadi.

Proses tunaikan pembelian untuk bisnes servis tak sama dengan produk fizikal. Tapi kedua-duanya wajib ada proses yang terang, jelas dan konsisten.

Semak semula semua proses tiu satu persatu dan betulkan mana yang rasa perlu.

Bila dah selesai, anda boleh pergi ke kerangka akhir bawah ni.

#5. Pastikan ada untung

Ini bab kewangan. 

Suka atau tidak, ianya adalah perkara paling penting dalam bisnes. Kalau ini tak ada, bukan bisnes namanya. Anda bukan buat kebajikan atau layan hobi.

Jika nak pastikan bisnes anda hidup dan stabil serta bergerak ke depan, pastikan ada untung.

Soalan paling utama dalam bab kewangan ini adalah, adakah selama ini bisnes yang dijalankan menjana keuntungan?

Kalau ya, bagus!.

Soalan ke-2, berapa peratusan keuntungannya?

Berapa Gross Profit Margin bisnes anda dan berapa Net Profit Margin?

Kalau tak faham semua benda ni, atau jika tak pernah tahu semua peratusan keuntungannya, ada kemungkinan besar yang anda tak tahupun berapa jualan minimum yang bisnes kena buat supaya ianya mula jana keuntungan.

Saya andaikan anda tahu. Kalau tak pasti boleh rujuk artikel lain dalam blog ini nanti, berkenaan cara urus kewangan dan cara kira untung.

Betulkan 5 kerangka dan buka semula

Dalam masalah komputer, anda perlu restart semula sahaja. Proses betulkan semula satu persatu apa yang berlaku dalam komputer tu berjalan secara automatik berdasarkan algorithme yang memang dah ada di dalamnya.

Tapi untuk bisnes anda, proses betulkan algorithme terpaksa dibuat sendiri.

Itulah proses betulkan 5 kerangka asas yang saya dah kongsikan semua tu kat atas.

Bila dah buat, saya ingatkan, tak payah serius dan nak hebat sangat dalam buat pembetulan tu. Ikut saja proses yang saya terangkan secara mudah tu dan buat yang perlu saja tapi lengkap.

Kemudian buka balik bisnes tu dan jalankan setiap kerangka satu demi satu. Insyaallah, akan lancar semula sehingga ke satu tahap yang baru.

Rajinlah review semula proses kesemua 5 kerangka tu satu persatu secara konsisten dan buat penambahbaikan sedikit demi sedikit.

Bimbingan peribadi betulkan bisnes

Saya yakin anda ada kemampuan untuk laksanakan apa yang diterangkan di atas tu sendiri. Kalau tak ada duit, nak bayar pada kawan yang lebih pandai untuk lakukan semua itu, terpaksalah buat sendiri-sendiri.

Perah otak dan jangan timbul perasaan malas. Nak maju kena hadam kesemuanya suka atau tidak suka.

Tapi, jika anda rasa ragu-ragu takut tak boleh nak buat sendiri. Jika anda perlukan orang bimbing semak dan brainstorm untuk betulkan kesemua 5 kerangka di atas ..

Anda hanya perlu laburkan RM700 sahaja, untuk bayaran satu sesi.

Saya boleh bantu anda lakukannya.

Hanya perlu email kepada saya dengan tekan menu ‘contact’ kat atas tu dia akan terus bawa anda ke email saya. Tulis kat situ maklumat berkenaan bisnes anda berserta alamatnya.

Jika ada rezki, kita berhubung lebih lanjut dan insyaallah anda boleh datang bertemu dengan saya untuk sesi semak dan betulkan kerangka untuk buka semula bisnes yang bermasalah itu

Selamat berjaya ! 

Post a Comment

Previous Post Next Post