Tak puas hati dengan keadaan semasa - Ini 4 pilihan yang anda boleh buat ..


Pernah dengar nama Carmen Medina?

Tak pernah dengar pun tak apa. Yang penting, moral dari cerita yang nak saya sampaikan di bawah ni.

Cuba ikuti cerita tentangnya di bawah ..

Carmen Medina ni, ialah seorang pegawai analisa CIA yang cemerlang.

Pada awal tahun 1990-an, dia ditugaskan ke Eropah. Kena duduk sana buat kerja selama 3 tahun.

Habis kerja di sana, dia balik semula ke Amerika. 

Dia mula rasa peluang untuk naik dalam kerjayanya jadi terbantut disebabkan tugasan selama 3 tahun di luar Amerika sebelum itu.

Disebabkan dia memang dah terbiasa untuk sentiasa berikan yang terbaik, dia mula cari tugasan yang dapat berikan sumbangan yang lebih bermakna untuk dirinya.

Untuk itu, dia menyertai jabatan yang bertanggung jawab dalam projek penambah baikan aktiviti risikan CIA.

Salah satu masalah besar yang CIA sering hadapi adalah dalam bab perkongsian maklumat penting risikan. 

Setiap agensi hanya kongsikan maklumat yang telah siap dalam bentuk laporan kertas kerja sahaja.

Laporan itu pula keluar sekali sehari.

Bila setiap agensi keluarkan laporan mereka masing-masing secara berasingan, koordinasi maklumat secara menyeluruh tidak berlaku. 

Maklumat penting tak sampai ke agensi yang sepatutnya.

Sedangkan kesemua urusan tersebut melibatkan keselamatan negara. Ia melibatkan urusan hidup dan mati.

Ertinya setiap perubahan, setiap maklumat sangat penting setiap saat.

Sepatutnya pengurusan dan koordinasi maklumat berlaku dengan cara yang lebih cekap dan pantas.

Carmen Medina tak puas hati dengan keadaan itu. 

Dia cadangkan supaya semua maklumat dikongsikan secara terus melalui Intelink.

Intelink merupakan sistem internet rahsia perisikan yang digunakan oleh semua agensi perisikan di sana.

Cadangan macam tu tidak pernah dibuat orang sebelum ini. 

Bagi mereka, ketika itu, kongsikan rahsia perisikan secara dalam talian internet adalah kerja gila yang berisiko tinggi.

Semua percaya perkongsian dengan kertas fizikal jauh lebih selamat.

Maka tak hairanlah bila semua orang tembak jatuh cadangannya mentah-mentah. Bagi mereka itu cadangan mengarut yang lansung tak masuk akal.

Namun begitu Carmen Medina yakin cadangannya itu bukanlah sesuatu yang mustahil. 

Perubahan kecekapan menyampaikan maklumat dari mesin Fax ketika itu adalah satu bukti bahawa perkongsian maklumat secara digital bakal memberikan impak yang jauh lebih besar lagi.

Dia berdegil dan terus menyuarakan pendapatnya.

Kawan-kawan mula pesan supaya dia jangan rosakkan kerjaya dengan berterusan melawan pendapat orang atasan. 

Dia tak peduli.

Akhirnya dia dipulau oleh semua kawan-kawan di CIA.

Kecewa dengan apa yang berlaku, dia lalu cari kerja lain.

4 perkara orang buat bila tak puas hati

Dalam cerita Carmen Medina di atas tadi, apa yang berlaku sebenarnya?

Anda mungkin pernah alami situasi yang sama dalam melayan kerenah birokrasi kerja yang sangat lembab. 

Bila sound, orang marah pulak. Bila degil berkeras suarakan pendapat dan mahukan perubahan, kena pulau pulak!

Di mana saja anda berada, bila tak puas hati, hanya ada 4 pilihan berikut sahaja yang boleh dilakukan.

  1. Bersuara – orang yang bersemangat dan berani hadapi risiko akan ambil langkah macam ini. Biasanya mereka yang memang jenis cemerlang dan tak suka buang masa dengan kekal pada tahap yang sama lama-lama.
  2. Blah – Seperti yang berlaku pada Carmen Medina tadi, bila anda lawan arus, akhirnya akan kena pulau. Jika tak tahan anda akan cabut ke tempat lain Habis cerita.
  3. Bertabah – Bagi orang yang dah berpengalaman kena macam tu tapi tak mau cabut, dia akan tetap berikan komitmen dengan kerjanya dalam keadaan bertabah. Tasbih akan sentiasa tersedia untuk dia gunakan dan tempat mengadu terbaiknya adalah berdoa selepas solat.
  4. Buat bodo – Bagi yang tak bercita-cita sangat, dia akan buat bodo saja walaupun nampak segala kepincangan. Kerja dia buat juga sekadar mencukupi supaya tak sampai kena buang. Ini ramai kat luar sana dalam mana-mana organisasi.

Apa sebenarnya yang anda perlu buat dalam keadaan begitu?

Nampak kepincangan, tapi bila suarakan kena pancung!?

Demi kebaikan dan perubahan menjadi sebuah organisasi yang lebih bagus, demi menjadikan anda seorang yang besar sumbanganna kepada organisasi, masyarakat dan seterusnya bangsa dan negara, kena buat perubahan juga.

Kalau tidak akan jadi macam budaya bodek membodek. 

Budaya ‘hang urut belakang aku dan aku urut belakang hang’. Seperti yang dah lama berlaku kat sebuah negara di bawah Selatan Thailand sana.

Apa Carmen Medina buat

Berbalik kepada cerita Carmen Medina di atas.

Dia cabut kerja ditempat lain. Dah tentu dia rasa kecewa.

Kerjanya masih dalam lingkungan agensi CIA juga. Cuma bukan kerja projek penting lagi. 

Dia hanya jadi staff admin biasa saja!

Tapi, sedekad kemudiannya, dia jadi antara orang penting yang melahirkan Intellipedia

Iaitu sebuah Wikipedia dalaman khas untuk semua agensi perisikan mendapatkan maklumat terkini dan penting.

Sistem Intellipedia itu mendapat sanjungan dan pujian dari semua pihak dan merangkul berbagai anugerah.

Carmen Medina tersenyum puas akhirnya apa yang dia suarakan telah berjaya diusahakannya sampai menjadi.

Siapa anda nak bersuara buat perubahan

Satu perkara yang anda perlu faham bila nak buat perubahan. 

Perlu ada 'darjat yang tinggi'.

Macam kata pepatah orang Laos ..

“Suara orang miskin tak akan pergi jauh.”

-- Pepatah Laos

Pernah nonton dan ingat lagi pantun 'Kajang Pak Malau, Kajang berlipat .. '

Sama juga kes nya. 

Orang yang statusnya tak berapa nak ada, memang susah untuk kuat-kuasakan apa-apa. 

Memang sukar nak suarakan sebarang perubahan. Tambah pulak cadangan kita lawan arus, lagi lah sukar.

Dalam dunia ni, status atau darjat datang sekali dengan keupayaan bersuara dan kuasa. 

Tak kisah macam mana anda dapat darjat tu, tapi kena ada kalau nak buat sebarang perubahan.

Darjat juga boleh datang bila anda sangat dihormati atau dikagumi. 

Untuk mendapatkan semua itu, perlu ambil masa.

Itulah Carmen Medina buat bila gagal melawan arus sebab dia tersedar yang dia tak ada apa-apa status bila dah lama kena bertugas di luar dan terkeluar dari lingkungan agensi tempat kerjanya.

Dia masuk semula dalam jabatan yang menguruskan hal ehwal keselamatan maklumat. 

Walaupun kerjanya biasa saja tapi kena dengan aliran yang dia nak cuba bawa. 

Dia bina reputasi semula kat situ dan mula cucuk ideanya perlahan-lahan dan akhirnya berjaya.

Satu lagi strategi yang dia buat adalah dengan menyuntik idea pada kumpulan bawah yang tak ada apa-apa nak dipertahankan. 

Macam kerani, atau pegawai rendah biasa yang jauh lebih ramai.

Mereka lebih senang terima cadangan sebab tak ada apa-apa risiko untuk kerjaya mereka. 

Carmen juga cucuk pegawai paling atasan yang berfikiran skeptikal dalam apa saja cadangan.

Orang atasan macam itu walaupun keras sebenarnya adalah orang yang sentiasa bersedia nak mendengar idea atau bangkangan orang lain yang mampu lawan hujah dia. 

Biasanya jika idea memang baik orang begitu akan berikan peluang untuk cuba.

Perkara paling tak sesuai untuk buat cadangan perubahan adalah, suarakannya kepada golongan menengah. 

Mereka golongan yang paling kuat pertahankan status quo sebab dengan keadaan itulah mereka duduk di situ.

Bila ada ancaman berupa perubahan, mereka paling takut berubah sebab risau jatuh ke bawah pulak.

Renung sejenak, di mana status anda berada sekarang?

Post a Comment

Previous Post Next Post