3 jenis orang yang duduk dalam sesebuah negara. Pastikan anda masuk jenis ke-3



Ada 3 golongan manusia dalam sesebuah negara. Golongan itu terbentuk hasil dari 3 jenis pemikiran.

Di mana saja negara, termasuklah di negara kita, ketiga-tiga golongan ini boleh dilihat dengan jelas kewujudan mereka melalui fahaman yang mereka pegang.

Saya terangkan 3 jenis fahaman tersebut di bawah.

  1. Fahaman Tongong – jenis pemikiran paling teruk yang boleh ada dalam sesebuah negara.
  2. Fahaman Kesukuan – lebih baik dari yang pertama. Namun fahaman ini tidak dapat membantu kemajuan sesebuah negara.
  3. Fahaman Warga Negara – Setiap negara perlukan penduduk yang berfahaman ini untuk maju, stabil aman dan sentosa.

Jom lihat pemikiran itu satu persatu.

Fahaman Tongong

Orang berfikiran tongong ini bukan bermaksud dia ada masalah kecerdasan akal atau bermasalah mental. Mereka ni tak bodoh. Tidak juga gila. Boleh berfikir. Boleh buat kerja. Boleh cari jalan penyelesaian. Malah tidak mustahil ada kecerdasan akal yang tinggi.

Apa yang sangat ketara ada pada golongan ini adalah, tumpuan luar biasa terhadap diri mereka sendiri sahaja.

Orang Tongong ni, apa saja yang dia buat, semuanya kearah kepuasan dan kepentingan dirinya semata. Pi mampus dengan orang lain. Dia tak ambil pertimbangan lansung. Tak terlintaspun untuk fikir pasal hak atau kepentingan orang lain.

Soalan pertama keluar dalam otaknya setiap kali nak buat sesuatu adalah, 'apa yang dia dapat?'.

Kalau ada, dia teruskan. Kalau tak ada dia belah. Bila dia libatkan diri, fokusnya 100% untuk bolot apa saja untuk faedahnya tanpa kira orang lain. Sasarannya adalah 100% untuk dia saja.

Oleh sebab terlalu obses pada diri sendiri, orang tongong ini tiada ilmu dan kemahiran untuk bertindak secara satu kumpulan. Kemampuan bekerjasama mereka zero!

Jika tak dikawal dia boleh songlap duit, tipu laporan, tipu kerja dan apa saja boleh. Asalkan mencapai matlamat untuk kepentingan diri sendiri.

Dia beroperasi tanpa ambil kira apa berlaku pada sekeliling atau pada orang lain. Dia akan mengelak hanya jika tindakannya mendatangkan masalah atau bahaya buat drinya. 

Orang macam ni lah yang anda sering lihat buang sampah keluar dari kereta. Parkir ikut suka hati. Kona tanpa bagi signal dan lain-lain seumpamanya.

Mereka lansung tak tergerak dalam hati untuk memberikan sumbangan pada masyarakat atau negara.

Anda akan tersiksa jika tinggal berjiran dengan manusia macam ni.

Fahaman Kesukuan

Ini jgolongan kedua. Bagus sikit daripada kat atas tu. Ada kerjasama berkumpulan.

Tapi malangnya, mereka sangat kuat berpegang pada semangat kesukuan sesama mereka sahaja.

Mereka fanatik sesama suku. Sangat setia pada ketua suku atau kumpulan mereka. Fokus utama adalah kepentingan kumpulan mereka sendiri sahaja tanpa ambil kira orang atau suku lain.

Kalau dalam masyarakat, jika dia duduk dalam satu taman, kebetulan dalam taman ada beberapa kumpulan kecil lain, akan ada jenis yang taat setia pada satu kumpulan mereka sahaja.

Kumpulan ini akan jaga kepentingan sesama mereka tanpa pedulikan kepentingan atau hak orang lain. Mereka tak ada masa nak fikirkan kepentingan masyarakat taman keseluruhannya.

Mereka bergerak secara kumpulan. Mungkin tak satu taman. Contohnya mereka dari satu negeri yang sama sekalipun berlain taman atau lokasi, tetap akan bersatu jadi satu kumpulan fanatik kesukuan.

Dalam bahasa orang putih kita panggil 'tribalisme'. Fahaman ini sangat kuat syak wasangka terhadap kumpulan lain. Semua perkara yang berlaku ditafsirkan sebagai menentang kumpulan mereka.

Fahaman ini memberikan manfaat sesama ahli kumpulan mereka tetapi tidak menjadikan masyarakat harmoni.

Ada satu puak sebegini tinggal di taman anda, habis kucar kacir satu taman.

Fahaman Kewarganegaraan

Ini fahaman yang perlu ada pada setiap orang dalam sesebuah penempatan.

Orang yang punya pemikiran ini punya pengetahuan dan kemahiran untuk memberi pertimbangan terhadap kesemua orang yang ada di sekeliling mereka.

Mereka tahu bina perhubungan dan pandai menjalin kerjasama secara win-win situation.

Mereka tahu hak yang mereka ada dan perjuangkan hak tersebut tanpa menafikan hak semua orang lain. Mereka juga sanggup perjuangkan hak orang lain sekecil manapun demi mencapai maksud kesejahteraan sama rata untuk dikecapi oleh semua orang.

Golongan berfahaman begini sudah tentu akan memberikan sumbangan besar terhadap negara di mana mereka tinggal. Sebab mereka sentiasa melihat semua perkara dalam kontek yang lebih besar dalam membuat apa saja tindakan dan keputusan.

Selain dari berikan pertimbangan terhadap diri mereka sendiri, sanak saudara dan keluarga, jiran tetangga, kumpulan atau suku yang berbeza, mereka juga ambil berat terhadap alam persekitaran.

Manusia jenis macam ni mudah untuk diajak berbincang. Tujuan mereka bukan untuk saling jatuh menjatuhkan, sebaliknya untuk saling faham memahami agar satu titik pertemuan dan persetujuan dapat dicapai.

Pekerja syarikat anda jenis mana?

Jika anda seorang usahawan, ada pekerja, Pekerja anda jenis yang mana satu?

Kalau jenis tonggong atau kesukuan, elok buang sahaja. tak ada pun tak apa dalam syarikat.

Jika anda makan gaji, pastikan masuk dalam kumpulan pekerja yang ke-3 di atas. Itupun jika anda mahu terus kekal kerja kat syarikat tersebut.

Paling penting lagi jika anda nak jadi warganegara Malaysia yang menyumbang. Pastikan jadi manusia jenis yang ke-3 sahaja. Selain dari itu, elakkan lah.

Nota: Kredit pada ucapan Dr. Kethoser (Aniu) Kevichusa. Lihat pautan di sini.

Post a Comment

Previous Post Next Post