Bagaimana anda buat perancangan atau berangan-angan terhadap perniagaan yang anda sedang jalankan. Adakan sekadar di dalam minda atau dengan melihat nombor-nombor di atas kertas yang diconteng?
Sejak hari pertama saya berniaga, saya menggunakan excel sheet untuk mengira segala kos keluar dan masuk dalam perniagaan secara terperinci. Berikut contoh jadual yang boleh kita gunakan:
Bulan Jan Feb March April May Jun July
Duit Masuk
Jualan (RM) 100 100 100 100 100 100 100
Duit Keluar
Bahan mentah
Petrol
Tol
Gaji Pekerja
Bil letrik
Bil air
Bil Tel
Sewa pejabat
Komisyen
Dll
*********************************************************
Baki
*********************************************************
Baki terhimpun
*********************************************************
Setial kali sesuatu bulan itu berlalu, saya akan kira dan masukkan kos sebenar di dalam excel sheet tersebut di atas dan mengira keuntungan atau kerugian sebenar yang telah di alami. Untuk bulan-bulan seterusnya yang belum berlaku, akan di masukkan jumlah anggaran atau telahan yang saya yakin boleh diperlolehi..
Dengan menggunakan excel sheet dan memasukkan formula di dalamnya. Kiraan akan berlaku secara automatik setiap kali kita membuat perubahan pada angka-angka pada kos pembolehubah. Angka yang sering dan paling seronok saya main adalah pada hasil jualan.
Saya akan masukkan hasil jualan anggaran dan pecahkannya kepada produk-produk yang ada secara terperinci. Setelah itu kos yang bersangkutan bagi merealisasikan jualan tersebut akan di masukkan pada ruang duit keluar di bahagian bawah dan hasilnya akan kelihatan pada baki di bawah sekali.
Setiap kali baki adalah negatif (rugi) saya akan laraskan jualan dan kos-kos yang lain untuk memastikan ianya untung semula.
Bagi mereka yang memahami penggunaan excel sheet, tentu mudah untuk merangka angan-angan perniagaannya dengan membuat jadual seperti yang saya sebutkan di atas. Kita boleh megira peratusan setiap kos yang dibelanjakan dan membandingkannya dengan pasaran semasa.
Sebagai contoh, kita boleh mengira kos pekerja berbanding jualan. Jika kos yang kita dapati adalah 40% dan kos pasaran adalah 30%, menunjukkan bahawa kita berlebihan pekerja atau pekerja kita tidak produktif berbanding pasaran.
Begitu juga jika kita dapati kos bahan mentah kita adalah 30%, sedangkan pasaran kebanyakannya adalah 20%, bermakna kita terlebihb menggunakan bahan mentah.
Kos pasaran boleh didapati daripada jaringan kawan sesama industri. Jika kita lakukan perniagaan apapun, menjalinkan kawan yang rapat sesama pesaing amat penting. Ini untuk membolehkan segala maklumat industri yang kita ceburi sentiasa dikemaskini dalam minda sebagai bahan untuk perancangan kita.
Duduk menghadap excel sheet selkama lebih dari dua jam sehari adalah amat melekakan. Tetapi ia banyak membantu kita berangan-angan dan merangka segala strategi yang diperlukan untuk membesarkan perniagaan.
Ia juga merupakan tempat kita mencurahkan segala maklumat yang diperolehi daripada pasaran. ia juga adalah wadah curahan idea atau anagan-angan kita selama setahun sehingga limat tahun akan datang.
Nota:
Jika anda mengambil program HR Biz Coaching yang saya tawarkan, ini merupakan bahan atau alat utama yang akan digunakan dalam merangka keseluruhan strategi perniagaan anda sehingga berjaya.

tapi en shubhi..guna excel semata2 susah juga bila masa nak audit..pada pendapat saudara adakah lebih mudah guna accounting software?
ReplyDeletesekarang saya keje dgn sykt sdn bhd..guna excel semata tapi bila time audit memang pening kepala..ada pandangan?
Ya Nurul,
DeleteBetul tu! jika syarikat ada budget, tindakan bijak adalah dengan gunakan software dan pastikan kita tahu menggunakannya secara optimum.
Kalau tak ada budget, ada syarikat yang menawarkan khidmat update bookkeeping, print report and budgeting dengan software setiap bulan dengan charges yang minimum.
Salah satu syarikat saya ada sediakan khidmat tersebut..rujuk ke http://azamacc.eilham.com/.
Namun begitu saya masih selesa gunakan excel sehingga sekarang dalam berangan-angan terhadap perkembangan perniagaan saya walaupun syarikat sudah punya accountant serta software.
Terima kasih
stai baq hang...
ReplyDeleteaskm. ms-excel banyak kelebihan jika tahu gunakan dan mesra pengguna juga.
ReplyDeleteSetuju...
DeleteSalam tuan. Saya azhari dari raub,pahang. Bisnes sekadar cukup-cukup makan. Biz saya,kek di pasar malam. Soalan saya,bolehkah saya belajar dengan tuan mengenai bisnes ? Bagaimana ? Apa syaratnya ? Dan,bagaimana menggunakan exxel sheet ? Saya boleh dihubungi di 0104151394. Terima kasih,tuan.
ReplyDeleteBoleh, Nanti saya hubungi. Insyallah
Delete