9 daripada 10 sumber rezki ada dalam perniagaan. Semua orang tahu samada mereka berniaga atau makan gaji. Tapi 9 daripada 10 orang yang mencari rezki, tidak mencarinya dalam perniagaan sebaliknya lebih selesa dengan makan gaji.
Salah satu punca ramai yang jadi begitu mungkin kerana tidak yakin samada dia akan menemui rezkinya jika berniaga. Majoriti daripada pekerja yang telah selesa makan gaji akan merasa takut untuk berhenti kerja dan berniaga atas alasan dah kahwin, dah ada anak dan ada banyak komitmen lain.
Itu ketakutan biasa yang sering kita dengar. Namun perkataan takut tersebut diterjemahkan sebagai 'risiko tinggi'. Berhenti kerja dan berniaga dalam keadaan punya tanggungan anak isteri diterjemahkan sebagai berisiko tinggi.
Pengalaman kawan-kawan
Majoriti daripada kawan-kawan yang saya ada dari dulu sampai sekarang adalah golongan mereka yang tidak makan gaji. Jika diukur dari segi kewangan atau material, bukan semua yang berhenti kerja untuk berniaga telah berjaya.
Ada yang berjaya dengan jumlah harta yang banyak, ada yang berjaya dengan syarikat yang besar. Dan ada juga yang tidak pernah kekal dalam satu perniagaan yang sama. Malah ada juga yang tidak pernah menjadi dalam apa-apa perniagaan pun.
Bagi yang tidak menjadi langsung dalam apa-apa perniagaan, dek kedegilan, mereka tetap tidak makan gaji malah terus berusaha dan berusaha. Ajaibnya kumpulan ini tetap ada rezki mereka, tetap ada kehidupan mereka seperti juga orang lain.
Antara udara dan rezki
Melihat kesemua itu di depan mata membuatkan saya yakin bahawa takut kalau-kalau tak ada rezki adalah sesuatu yang benar-benar salah. Saya sering umpamakan rezki itu seumpama udara yang Allah anugerahkan pada kita.
Pernah terlintas di dalam benak kepala kita kalau-kalau esok atau lusa udara tak ada untuk kita bernafas? sudah tentu tidak. Kita bangun saban hari tanpa memikirkan langsung kewujudan udara yang membuatkan kita boleh bernafas untuk hidup.
Alangkah hebatnya kita jika dapat praktikkan kepercayaan yang sama dalam bab rezki. Bukankah Allah telah tetapkan rezki kita sebaik saja kita hidup. Apabila terputusnya rezki, maka itu merupakan saat kematian kita.
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
(Hud, ayat 6)Andaikata keyakinan tersebut terpahat dalam hati sanubari masing-masing, maka kaedah mana kita berusaha mendapatkan rezki bukanlah bermatlamatkan untuk rezki tersebut, sebaliknya ia bermatlamatkan untuk menerima cabaran dan ujian agar kita termasuk dalam golongan mereka yang beriman.
Antara udara dan rezeki. Memang contoh yang baik. Memang betul. Rezeki insyaAllah ada. Yang penting degil berusaha.
ReplyDeleteAntara udara dan rezeki. Memang contoh yang baik. Memang betul. Rezeki insyaAllah ada. Yang penting degil berusaha.
ReplyDeleteJika rezeki seperti udara, kenapa masih ramai lagi orang serba kekurangan dan kelaparan walaupun setelah berusaha gigih?,..
ReplyDeleteudara sudah tentu ada walaupun tanpa kita mencarinya..
Nampaknya anda masih tak faham tentang rezki...adakah orang yang lapar tak ada rezki? adakah mereka yang serba kekurangan bermakna mereka tak ada rezki? dan adakah mereka yang berusaha gigih tapi tak kaya bermakna mereka tak ada rezki?
DeleteCuba bertanya pada mereka yang menggemis di jalanan samada pernah mereka melalui lebih dari 3 hari tanpa ada sejemput rezki berupa makanan?
berkemungkinan anda sangka rezki itu adalah kesenangan dan kekayaan, maka mereka yang sebegitu biasanya menjadi manusia yang tidak pernah bersyukur kerana alasannya adalah kerana mereka lebih susah daripada orang lain.
Orang yang tidak bersyukur kerjanya membenci mereka yang lebih daripada mereka, lalu dijauhi...semakin dijauhi semakin jauh dia terpinggir maka semakin teruk kehidupannya.
Walaupun perutnya kenyang habis makan setelah dia kelaparan dia masih berkata hidupnya kesusahan tanpa rezki....
artikel yg menarik!
ReplyDeleteKatanya, selama ada usaha, disitu ada jalan.
ReplyDeletesalam