- Paling pantas
- Paling ringkas
- Paling cekap
- Paling kurang pembaziran
- Paling kurang kos
- Paling kurang sumber dan
- Paling kurang usaha
Semua yang tersebut di atas akan dikerahkan sepanjang kehidupan bagi menjalankan perniagaan mereka.
Berikut 11 perkara penting yang semua usahawan perlu tahu, sentiasa belajar dan sentiasa peka dalam mereka menjalani kehidupan sebagai seorang usahawan:
- Mencari dana bagi membiayai perniagaan - Menarik pelabur, membuat pinjaman atau lain-lain.
- Memulakan perniagaan dengan betul - Samada memulakan syarikat, produk atau perkhidmatan yang baru
- Menjadi pemimpin - Memahami perniagaan, industri dan juga diri anda sendiri
- Membina kumpulan - Merekrut pekerja, membuang pekerja, menilai pekerja dan lain-lain
- Menguruskan manusia - Bagaimana menggunakan sumber manusia dengan cara terbaik dan optimum
- Menjual - Samada menjual produk atau perkhidmatan anda
- Memelihara dan menjaga pelanggan - Tangkap dan simpan pelanggan anda
- Mencanangkan syarikat anda - Memasarkan syarikat dan menggunakan saluran komunikasi terbaik
- Mimbina jaringan - Berkawan, bersosial dan berkomunikasi
- Mengawal kos - Sentiasa peka dengan kos dan perbelanjaan
- Operasi pejabat - Menjalankan segala urusan dengan licin dan lancar
"Selamat Tahun Baru 2013...hargai masa kehidupan kita setiap kali bertukarnya tahun. Sambutan tahun baru tidak ada makna jika ia tidak dijadikan sebagai satu alat memperingatkan kita bahawa masa sedang laju berjalan meninggalkan orang yang lalai."

No comments:
Post a Comment