Malangnya ramai di kalangan kita yang terjerumus kepada mencari peluang perniagaan baru yang orang tak pernah buat. Logiknya adalah jenis perniagaan sebegitu tidak ada persaingan maka peluang untuk mengaut keuntungan berlipat ganda amat cerah.
Sebenarnya perkiraan sebegitu amat salah dan menyebabkan ramai bakal usahawan jatuh ke dalam lembah kesusahan akibat dari perniagaan yang gagal yang tidak dapat direalisasikan. Saya kenal ramai kawan yang lebih 20 tahun asyik mencari perniagaan baru yang hebat-hebat tapi sampai sekarang tak ke mana.
Cara paling selamat untuk memulakan perniagaan adalah dengan memilih jenis yang biasa orang buat dan kalau lagi ramai yang dah buat lebih bagus. Kenapa saya kata begitu?:
- Peratusan untuk berjaya lebih tinggi. Kajian menunjukkan mereka yang buat apa yang orang lain telah buat berkemungkinan berjaya sebayak 80%. Maknannya dalam 10 orang yang mulakan perniagaan biasa 8 daripada mereka berjaya.
- Kebarangkalian untuk gagal dengan buat benda baru adalah tinggi. Kajian menunjukkan peratusan untuk gagal dengan memulakan perniagaan baru dan tak pernah orang lain buat adalah 80%. Maknannya dalam 10 yang buat perniagaan luar kebiasaan akan ada 8 orang yang gagal. hanya 2 yang akan berjaya.
- Pilihan selamat. Siapa yang suka mengambil risiko untuk gagal yang tinggi. Jalan selamat adalah mengambil risiko kegagalan yang rendah. Jadi sebagai orang biasa eloklah pilih jenis perniagaan yang dah biasa orang buat. Melainkan anda jenis Indiana Jones yang sukakan cabaran, anda boleh ambil jalan susah.
- Jenis perniagaan biasa pasti ada pembeli. Jika sesuatu perniagaan tersebut ramai yang dah lakukan. Maknanya ada pembeli yang pasti. kalau tidak tak akan ada yang meneruskannya. Tambahan pula jika perniagaan tersebut sudah lama bertapak ia menunjukkan itu jenis perniagaan yang ada potensi untuk hidup.
- Sudah ada contoh untuk kita tiru dan perbaiki. Memandangkan ramai dah lakukannya, kita ada contoh nyata yang boleh kita jadikan ikutan. Tak payahlah memerah otak untuk mereka satu sistem atau program perniagaan yang tidak pasti kejayaannya. Kita hanya perlu menjadi lebih bagus sedikit sahaja daripada mereka yang telah memulakan perniagaan tersebut. Untuk menjadi pelari nombor satu dunia, kita hanya perlu lebih pantas 0.1 saat saja daru Usain Bolt, tak perlu lebih daripada itu.
- Perniagagan baru hanya sesuai untuk mereka yang sudah berniaga besar dan punyai sumber kewangan yang banyak. Mencuba perniagaan baru adalah kerja R&D dan itu adalah kerja yang belum pasti berjaya dan memerlukan wang yang banyak. Jadi terbukti mereka yang baru nak menapak berniaga masih tidaak layak untuk buat cubaan begitu.
- Mudah untuk mengenal pasti jenis perniagaan. Dalam zaman ini adalah sukar untuk mendapatkan idea perniagaan yang orang lain tak pernah buat. Hampir apa saja yang terlintas difikiran kita ada orang dah buat. Bezanya hanyalah di mana kita berada. Ada perniagaan yang tidak sesuai dijalankan di negara kita dan banyak yang sesuai. Lihat saja sekeliling dan pilih satu yang sesuai dengan kemahiran dan jiwa kita.
Jelas bahawa memilih nak berniaga apa bukanlah satu kerja yang sukar. Memilih jenis perniagaan yang sudah terbukti berjaya lebih mudah dan risiko untuk berjaya adalah tinggi. Jadi jangan buang masa dan wang kita untuk mencuba benda baru yang kemungkinan gagalnya amat tinggi.
Kita hanya perlu sediakan kerta dan pen dan mula catitkan apa saja perniagaan yang melintas di depan kita yang menang terlalu banyak. Mula buat saringan mana yang bersesuaian dengan cara hidup kita, menyeronokkan diri kita dan kita ada kemahiran tentangnya.
Setelah anda temuinya, mula belajar daripada mereka yang telah berjaya dan jika ada peluang mohon bekerja terlebih dahulu pada perniagaan tersebut untuk melihat bagaimana perniagaan tersebut diuruskan. Selepas itu anda boleh berhenti dan buat lebih baik sedikit saja dari tempat yang anda belajar tadi. Insyallah kemungkinan untuk anda berjaya amatlah tinggi. Yang pentingnya anda perlu sabar dan berfikiran positif. Selamat mencuba!

No comments:
Post a Comment