Bagai mana dengan keadaan pejabat anda sekarang. Berkonsepkan terbuka atau tertutup. Adakah anda bahagia dengan keadaan pejabat anda sekarang?. Biasanya mereka yang terikut-ikut dengan budaya kerja Jepun akan cenderung untuk mengikuti konsep pejabat terbuka manakala yang berpengalaman bekerja dengan syarikat dari Barat pula lebih cenderung dengan konsep tertutup.
Persoalannya apakah konsep pejabat terbuka bagus untuk sesebuah syarikat dan para pekerjanya?. Kajian mendapati bahawa konsep pejabat terbuka mendedahkan kita pada:
- Berkurangnya produktiviti
- Menjejaskan ingatan para pekerja
- Syarikat biasanya menghadapi pusingan keluar masuk pekerja yang tinggi
- Konsep pejebat terbuka juga dikaitkan dengan pekerja yang kerap sakit
- Pekerja akan kerap bermusuhan
- Pekerja menjadi malas
- Pekerja menjadi lebih tidak berkeyakinan
- Pekerja juga lebih terdedah pada tekanan darah tinggi
- Pekerja juga terdedah pada stress
- Pekerja juga lebih kerap mendapat selsema
- Pekerja sentiasa curiga pada rakannya yang akan mencuri lihat apa ada paka skrin komputernya
- Pekerja juga sentiasa risau rakannya mencuri dengar perbualan telefonnya.
- Pekerja juga di dapati lebih kerap bertekak
- Pekerja juga lebih atau amat jarang membincangkan hal-hal peribadi dengan rakan sekerja
- Pekerja juga terdedah pada suasana bising tidak terkawal dan meningkatkan kadar degupan jantung.
- Pekerja biasanya lebih mudah marah, tidak suka bersosial dan lembab membantu orang lain.
Saya memang lansung tak suka dengan konsep pejabat terbuka. Ia cuma sesuai dengan kerja pembuatan di kilang di mana konsep terbuka memudahkan para pekerja berinteraksi dan tidak menjadi bosan.
Sebaliknya jika di kawasan pejabat di mana masing-masing mempunyai tugasan tersendiri, mereka perlu disediakan satu ruang persendirian yang terpisah agar ada ruang peribadi bagi setiap pekerja melaksanakan tugasannya dengan lebih baik dan aman.
Maklumat boleh didapati di buku bertajuk Quiet: The Power of Introverts in a World That Can't Stop Talking.
Maklumat asal di sini
Maklumat asal di sini
No comments:
Post a Comment